Wednesday, 26 April 2017

Bayi Perempuan sunat: perlu ke?

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah Aleesa dah selamat disunatkan sabtu minggu lepas 😄

Masuk 3 bulan terus remind husband nak sunatkan Aleesa. Asalnya nak buat lagi awal sebelum Aleesa masuk 3 bulan lagi, tapi ayah ibu Aleesa ni sibuk bebeno asyiklah terlupa. Jadi sebelum terlupa lagi, mohle cepat cepat buat, huhu. Sebelum nak bawak bersunat tu, banyak info kite baca untuk cuba faham dengan lebih mendalam isu sunat untuk bayi perempuan. sebab banyak sangat soalan berlegar dalam kepala kite.

"Betul ke baby perempuan kena sunat?"
"Umur berapa kena sunat?"
"Tak sakit ke baby kena sunat?"
"Lama tak luka nak sembuh bila dah sunat?"

Ada yang kata tak boleh masa baru lahir ada yang kata kena lewatkan sikit bagi baby besar dalam 5-6 bulan. Jadi untuk tak pening kepala, kite pun mula baca artikel and bahan bacaan yang berkaitan. Bila kite dah faham dan yakin, terus nak sunatkan Aleesa ASAP. Lagi kecik baby sunat, rate nak meragam tu kurang and lagi senang nak handle. Bayangkan la kalau anak dah besar nak disunatkan, masa tu anak dah tau erti sakit lagila payah dengan anak bersilat masa nak bersunat tu 😰 Lepastu kalau baby masih menyusu badan fully, takpayah pening pening kite nak fikir baby kite kena pantang makan apa untuk bagi luka cepat sembuh kan. Dan sunat untuk perempuan sangatlah sikit yang dipotong, inshaAllah cepat sembuh.

Ni kite selitkan info pasal sunat untuk bayi perempuan:

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

 الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

 “Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jadinya, sabtu lepas 22/4 kami bawak Aleesa pergi bersunat dekat klinik di Putrajaya. Klinik An Nur, dekat dengan mydin putrajaya. Proses bersunat pun tak lama. Sekejap je. Mula mula tu macam takut jugak nak tengok anak sendiri bersunat, kesian pun ada sebab kecik lagi kan. But this is lifetime experience. Jadi marilah pegang Aleesa masa Aleesa sunat dan tabahkan diri tengok proses sunat tu. Amazingly Aleesa tak menangis. Sampai husband pun pelik siap tanya pembantu klinik tu lagi, memang baby sunat takkan nangis ke? Hehe. Pembantu klinik tu kata it depends. Ada baby nangis, ada yang tak nangis. Bagus anak ayah ibu tak nangis. kihkih.


Gambar atas ni husband tengah sembang dengan Aleesa nak kasi dia tak sedar proses yang bakal berlaku. Haha. 😝 Klinik ni selesa nak pergi, dan kawasan tak sesak. Senang cari parking dekat dengan klinik. Harga untuk sunat kanak kanak perempuan rm45. Takda ubat kena consume lepas proses sunat. Don't worry. Cuma misi letak kapas yang ada iodine je dekat tempat sunat, boleh bukak after 2 hours. Aleesa siap pupu lepas sunat tu, takda nangis ke apapun. Balik rumah pun Aleesa tak meragam. Alhamdulillah ;)

Ni la muka budak sebelum dan selepas sunat. Sebelum sunat tu Aleesa baru je bangun tido, sebab tu monyok gitu. Macam tau je nak kena sunat. Lepas sunat terus cerah je muka hehe.  Plan asal nak balik rumah terus. Disebabkan Aleesa tak meragam, singgah sat kedai lepastu pi beli dominos. EH eh :p by the way, malam hari pun Alhamdulillah Aleesa okay je tak meragam. Masa mandikan tu, mandikan je macam biasa biar kena air dekat tempat sunat. InshaAllah takda pape ;) Lepastu no need letak ubat or anything. So far sampai harini kite tengok okay je tempat sunat tu. And untuk info, sekarang susah dah cari klinik yang sunatkan baby guna pisau. Mostly guna jarum je. Husband kite call banyak klinik untuk survey, semua guna jarum. But if any of u yang tau klinik yang still guna pisau untuk sunat baby girl, share with me ok? :)

Ni kite share alamat dan no telefon klinik: 
101, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia 
+60 3-8881 1063

Wednesday, 12 April 2017

Ibu vs Isteri vs Pelajar

Assalamualaikum ♥

Dulu never know that i will have all this three responsibilities at the same time. Belajar, become a housewife and become a mother at the same time sounds so big kan. But i loved it! Well, tipulah kalau kata takda naik turun dalam nak handle all this three things at the same time. Mestilah ada. I try my very best to cherish every moment of it. Ni kan rezeki dari Allah swt untuk kite sekeluarga ;)

Ibu
Not everyone will experience the remarkable blessings. Alhamdulillah for this opportunity. Dalam sibuk pergi kelas, husband akan bergilir jaga Aleesa. Dalam kite sibuk nak memasak, ada adik kite yang akan bantu kite mandikan Aleesa, jaga Aleesa. Dalam kite sibuk buat thesis, Aleesa sendiri tak meragam tidur je :') Tapi tipula kalau semua manis je kan? Paling challenging masa dalam pantang dulu. Nak adapt with new routine. Alhamdulillah for the greatest support system. Terutama husband and adik kite.

Isteri
Bila kite dapat pasangan yang faham, kerja kite akan lebih mudah. Husband kite plays a major role in helping me. He helps me with Aleesa. Big time. Dalam pantang dulu memang husband kite mandikan Aleesa semua. Lepastu with my studies, he help me too. Research kite berjaya siap pun sebab husband banyak bantu. huhu. Become a wife is less burden with the help of my understanding husband. Bersyukur sangat.

Pelajar
Since kite dalam writing phase, memang a bit challenging since kite jaga Aleesa sendiri at home. Kite and husband decide untuk jaga sendiri and tak hantar pengasuh. Bila menulis thesis kadang kadang stuck tu normal kan? Jadi kite ambik peluang untuk main main dengan Aleesa untuk revive my idea. Kalau Aleesa tidur, tengok muka dia pun dah buat hati tenang balik, idea datang mencurah curah untuk sambung writing. Still in the phase where i try to balance everything. Assignment pun terlupa nk buat padahal kena submit lagi 3 jam. Not funny. nasiblah ada adik pandai photoshop 😂 so sempat siapkan huhu. Kalau balik kelas terkejar kejar nak siapkan dinner pun kite enjoy the moment. Best okay bila masak then orang puji. Hilang terus segala penat 😃

Kite tau ramai je ibu ibu dekat luar sana macam kite. Or even lebih banyak tanggungjawab dari apa kite tulis ni kan? Whatever it is, whatever things u are facing right now i hope u guys cherish it. Mungkin at first it is hard to adapt with the situation, but inshaAllah u will become better ;) Always look forward. Kalau rasa penat, look for something that will boost your energy. Bila otak dah mula nak fikir negatif pls jangan layan. nanti akan emosi and mula fikir macam macam. Tak bagus kan?


Thursday, 6 April 2017

Breast feed dan botol susu

Assalamualaikum ♥ 

Last few weeks kite and suami berdepan dengan challenge bila Aleesa taknak botol susu lepas dia baik demam. For us, it was totally a disaster since botol susu is a BIG YES for her untuk menyusu bila kite masuk kelas. Dah cuba banyak kali, dah cuba banyak teknik still our baby refuse botol susu. Maybe ada kaitan dengan masa Aleesa demam kite totally bagi direct latch. So, Aleesa dah terbiasa with that and takmau susu botol dah huhu. But since that, kite and husband tak putus asa untuk ajar balik Aleesa susu botol. Untuk kite dengan husband yang masih sambung belajar, benda ni penting untuk Aleesa sebab bila kite atau husband ada labwork and someone else jagakan Aleesa it will be hassle free. Kitorang ajar Aleesa minum thru botol susu since dalam pantang lagi. To some people they might disagree. But, pls be in our shoes to know our situation. No hate pls? Jadi, apa yang kite dengan husband buat untuk bagi Aleesa nak susu botol balik 👶

Masa siang = masa untuk botol
Dari pagi Aleesa bangun until pukul 7 malam macamtu memang masa untuk botol. Kite akan defrost frozen EBM untuk Aleesa minum dalam botol. Mula mula she will definitely refuse. Ada dalam seminggu macamtu Aleesa mengamuk sebab nak direct feed takmau botol. Struggle betul masa tu Bayangkan tengah kelas kite berlari turun bawah masuk kereta untuk bf Aleesa sebab dia mengamuk taknak botol. huhu. Pengalaman betul. Tapi kunci utama pls SABAR. Our baby can sense us. They know if kite tak sabar, and sebab tu dorang akan cranky. Ok? Kalau kite takda kelas pun kite still bagi susu botol dekat rumah. Kalau dah banyak kali pujuk pun tak jalan jugak baru last resort kasi susu badan..Ni untuk makesure Aleesa tau, masa siang = masa untuk menyusu botol. Malam baru direct feed. Ni cara yang berkesan sebab baby akan tau and tak mengamuk. Ni pun ibu kite bagitau.. Ibu kata siang je botol, malam no. Mesti susu badan. and make sure follow betul betul. sebab kalau tak nanti baby confuse and refuse susu botol balik..

Selalu sembang dengan baby 
Kite selalu sembang dengan Aleesa masa main dengan dia ke, masa menyusu ke. contoh macam "Aleesa kn budak baik, Aleesa kena minum susu dari botol ni.. Ibu kena masuk kelas" Kite akan puji dia and cakap kena minum susu botol. Always tell a reason why. Baby surely cannot respond to us but he/she definitely dengar apa yang kite sembang dengan dia. Dont take this things for granted ok? 😃 use this opportunity wisely and always talk about good things. 

Tukar botol susu baby
Macam kite, tukar botol susu memang berhasil. Before kejadian Aleesa refuse susu botol, Aleesa guna tommee tippee. Bila baca few suggestion from the internet, they said kalau tukar susu botol maybe boleh buat baby nak balik minum susu botol. Jadinya kite serahkan tugas cari botol susu yang baru pada husband, hehe. Husband pun dok cari la botol susu yang elok and ada banyak good review. Banyak yang suggest guna pigeon, sebab puting botol susu ni lembut.. Mula mula macam fikir betul ke sebab botol sebab nanti kalau beli baru baby still taknak botol macamana pulak kan. Dah membazir. Tapi kami gamble je beli. Bila lagi nak train baby menyusu botol balik bila dia asyik meragam nak direct feed jugak kan. Alhamdulillah Aleesa nak minum susu balik thru botol berkat sabar kami train Aleesa. Itupun after few episod reject-meragam-nangis hehe.

Doa
Ni kunci utama sebenarnya. Keep doa. Know that Allah swt listen to u.. Jangan give up. Kalau lambat pun takpa, as long as our baby still nak susu botol. Percaya ada hikmah pada tiap benda yang berlaku.. Kalau lambat baby nak susu botol balik, anggap Allah swt nak train diri kite untuk jadi lebih sabar. Setiap ibu kan ada superpower, chaiyok! 💪

Our precious baby girl yang refuse botol few days before her majlis kesyukuran. thrill betul hehe
Soooo, it was totally a new experience to both of us bila Aleesa taknak menyusu botol secara tiba tiba bila dia baik demam. hehe. Kelam kabut tu pasti. Stress pun ada jugak. Risau pun ada jugak. Macam macam perasaan kami rasa.. tapi bila suami isteri work well with each other as a team inshaAllah ada penyelesaian dia.. tambah lagi bila family sentiasa bantu kami berdua. Blessed.

p/s: Untuk ibu yang totally bagi direct bf takmau kecam ya kite bagi susu botol. Ni alternative untuk kite as a mum yang masih belajar. I had to. Kite buat stok EBM untuk Aleesa, so whenever guna botol dia akan guna stok EBM. 😄