Thursday 24 January 2019

Icha dah 2 tahun.

Assalamualaikum ♥



Alhamdulillah.

Membesar jadi anak yang menyenangkan ya sayang.
Biar semua jadi suka dan jatuh sayang..

Orang kata, anak first ni lain macam sikit memori dia.
Betul lah..

Setiap kali birthday icha (which is baru 2 kali haha), akan berlaku sesi throwback. Kisah mengandung, ragam mengandung, perangai masa mengandung, saat saat nak bersalin.. Semua sekali. Tipula kan kalau semuanya manis belaka. Mestila ada naik turun dalam fasa mengandung tu. Masa mula mula tahu pregnant, perasaan happy tu masih segar sampai ke hari ni. Tapi lawak pun ye. Masa tengah happy tu, tunjuk strip pregnancy test dekat husband. Husband siap tanya double line ni apa? Nasiblah masa tu excited melebihi segalanya. Tak jadi merajuk haha. Terus explain. Lepas explain, husband kiss dahi, cakap tahniah dan sambung tidur. Hahahah. Part ni husband sendiri kata, kenapa dia cakap tahniah? Kenapa dia tidur balik? Tahla yang, jem kepala nak fikir bahaha.

Lepas daritu, excited bukak buku pink. Sebab masa belajar master tu selalu travel back and forth perak kelantan. Banyak masa on the road. Nasibla nurse ok je nak bukak buku awai. Lepas je bukak buku, dalam 2 minggu, dtg morning sickness yang maha dasyat.

Bunyi.
Suara.
Makanan.

You name it.

Semua takleh. Bunyi orang cakap pun kite takleh dengar. Rumah kena sunyi 24/7. Husband nak tengok movie sila pasang earphone. All i do was melepek atas katil whole day. Makanan pun tak selera tengok.. Banyak sangat berat turun masa 1st trimester tu. Slowly masuk je 2nd trimester masa raya, im back to normal self. Lega sgt.. Walaupun morning sickness tu takde adegan muntah, fuh masih mencabar jugak haha. Lepastu i enjoy my pregnancy journey. Nasibla masa tu dekat kelantan, takda langsung mengidam pelik pelik. Nak tomyam secret recipe dengan air tin teh chrysanthemum je. Balik perak nearly 2 months before deliver. All i do was makan makan sampai kena sound dengan nurse haha.

I gained nearly 20 kgs during pregnancy. Bahaha. So tell me, macamana nurse tak berletiaq dekat situ. Siap ada pakej GDM lagik. Aigo betui la.


Bersalin aleesa, dalam pantang masuk kelas. Semester dah start. Bayangkan la kelas dengan sejuknya, pesanan keramat parents suruh pakai tebal tebal. Dengan kena pump. Dengan bengkak susu. Pengalaman sungguh.. Nasibla ada suami dengan adik adik yang banyak bantu masa kitorang duduk jenderam tu. Tu belum masuk cabaran dengan master lagi. Tapi manisnya dapat jaga anak sendiri. Dalam satu sem tu nasib adik cuti, dapatla dia jagakan sementara kelas. Ada time tu, kelas tak habis lagi. Icha nangis taknak susu botol. Adik call kata dah habis cara dah nak pujuk.. Kite rushing balik dari upm dalam keadaan bengkak susu. Sampai rumah kena marmet. Eh eh takla meraung teruk pun icha. Pandai dia buat ibu kalut. Masa pantang tu kan kelas, kite siap mintak budi bicara prof nak skip for 2 weeks nak habiskan pantang. Nasib dpt.. Balik perak balik sambung pantang.. Lepastu sambung kelas sampai habis sem. Memang roller-coaster ride sungguh. But it was a memorable experience.

Alhamdulillah jugak dapat exclusively BF icha for 2 years. Masuk je 10 bulan icha totally reject botol susu. Setiap kali kasi botol, icha menjerit macam kena pukul hehe. EBM stok dalam deep freeze sampai expired. Kite siap guna mandikan icha hahahaha. Bila icha stop botol, kite pun slowly stop buat stok EBM.. Alhamdulillah takda episod engorged sampai nangis dah. MashaAllah kenangan sungguh.. Breast pump tu kite fully utilised sungguh la. Memang berbaloi beli.. Happy jugak sebab dapat tengok icha membesar depan mata. Aleesa ni boleh kata senang jaga masa pantang. Sampai besar alhamdulillah waktu tidur masih terjaga. Jaga for susu only. Episod merengek kalau lapar, nak tukar pampers. Gitu je. Cuma dari umur 5 bulan gitu sampai la ke beso ni melekat dengan ayah ibu sebab takut orang. Sekarang baru ok sikit..

Anyway..

All her progress..
All her development..

Alhamdulillah dapat tengok.



Tiba tiba dah 2 tahun. Kejap je kan? Rasa aleesa membesar seiring dengan master ibu. Perancangan yang Allah swt susun tu dah cantik sangat dah.. Rezeki bukan cepat atau lambat, rezeki anak datang tepat pada masanya..

By the way.. Tak lama lagi kalau ada rezeki ibu nak kerja dah. Sekarang pun dalam fasa wean off icha from BF. Kalau tak tidur, minum susu kotak atau dari botol je.. Unless nak tidur baru BF. So far nampak okay. Walaupun kena nego dulu dengan icha. Yela kan.. Manala si kecik ni nak faham.. 2 tahun melekat dengan ibu. Sebelum ni nak susu je ibu kasi. Tiba tiba nak susu kena minum dari botol. Episod air mata mengalir jgn cakap la. Episod icha cakap" pls bu pls bu sikit je.. " memang cair hati. Rasa nak bagi je. Tapi ibu kena kuat semangat.. Sampai bila kan? InshaAllah kalau dah berjaya fasa 1 ni, kite share pengalaman.. Hehe. Doa doa la berjaya. Takda episod air mata merayu pujuk ibu nak BF siang hari.

Till then...