Wednesday, 26 April 2017

Bayi Perempuan sunat: perlu ke?

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah Aleesa dah selamat disunatkan sabtu minggu lepas 😄

Masuk 3 bulan terus remind husband nak sunatkan Aleesa. Asalnya nak buat lagi awal sebelum Aleesa masuk 3 bulan lagi, tapi ayah ibu Aleesa ni sibuk bebeno asyiklah terlupa. Jadi sebelum terlupa lagi, mohle cepat cepat buat, huhu. Sebelum nak bawak bersunat tu, banyak info kite baca untuk cuba faham dengan lebih mendalam isu sunat untuk bayi perempuan. sebab banyak sangat soalan berlegar dalam kepala kite.

"Betul ke baby perempuan kena sunat?"
"Umur berapa kena sunat?"
"Tak sakit ke baby kena sunat?"
"Lama tak luka nak sembuh bila dah sunat?"

Ada yang kata tak boleh masa baru lahir ada yang kata kena lewatkan sikit bagi baby besar dalam 5-6 bulan. Jadi untuk tak pening kepala, kite pun mula baca artikel and bahan bacaan yang berkaitan. Bila kite dah faham dan yakin, terus nak sunatkan Aleesa ASAP. Lagi kecik baby sunat, rate nak meragam tu kurang and lagi senang nak handle. Bayangkan la kalau anak dah besar nak disunatkan, masa tu anak dah tau erti sakit lagila payah dengan anak bersilat masa nak bersunat tu 😰 Lepastu kalau baby masih menyusu badan fully, takpayah pening pening kite nak fikir baby kite kena pantang makan apa untuk bagi luka cepat sembuh kan. Dan sunat untuk perempuan sangatlah sikit yang dipotong, inshaAllah cepat sembuh.

Ni kite selitkan info pasal sunat untuk bayi perempuan:

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

 الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

 “Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jadinya, sabtu lepas 22/4 kami bawak Aleesa pergi bersunat dekat klinik di Putrajaya. Klinik An Nur, dekat dengan mydin putrajaya. Proses bersunat pun tak lama. Sekejap je. Mula mula tu macam takut jugak nak tengok anak sendiri bersunat, kesian pun ada sebab kecik lagi kan. But this is lifetime experience. Jadi marilah pegang Aleesa masa Aleesa sunat dan tabahkan diri tengok proses sunat tu. Amazingly Aleesa tak menangis. Sampai husband pun pelik siap tanya pembantu klinik tu lagi, memang baby sunat takkan nangis ke? Hehe. Pembantu klinik tu kata it depends. Ada baby nangis, ada yang tak nangis. Bagus anak ayah ibu tak nangis. kihkih.


Gambar atas ni husband tengah sembang dengan Aleesa nak kasi dia tak sedar proses yang bakal berlaku. Haha. 😝 Klinik ni selesa nak pergi, dan kawasan tak sesak. Senang cari parking dekat dengan klinik. Harga untuk sunat kanak kanak perempuan rm45. Takda ubat kena consume lepas proses sunat. Don't worry. Cuma misi letak kapas yang ada iodine je dekat tempat sunat, boleh bukak after 2 hours. Aleesa siap pupu lepas sunat tu, takda nangis ke apapun. Balik rumah pun Aleesa tak meragam. Alhamdulillah ;)

Ni la muka budak sebelum dan selepas sunat. Sebelum sunat tu Aleesa baru je bangun tido, sebab tu monyok gitu. Macam tau je nak kena sunat. Lepas sunat terus cerah je muka hehe.  Plan asal nak balik rumah terus. Disebabkan Aleesa tak meragam, singgah sat kedai lepastu pi beli dominos. EH eh :p by the way, malam hari pun Alhamdulillah Aleesa okay je tak meragam. Masa mandikan tu, mandikan je macam biasa biar kena air dekat tempat sunat. InshaAllah takda pape ;) Lepastu no need letak ubat or anything. So far sampai harini kite tengok okay je tempat sunat tu. And untuk info, sekarang susah dah cari klinik yang sunatkan baby guna pisau. Mostly guna jarum je. Husband kite call banyak klinik untuk survey, semua guna jarum. But if any of u yang tau klinik yang still guna pisau untuk sunat baby girl, share with me ok? :)

Ni kite share alamat dan no telefon klinik: 
101, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia 
+60 3-8881 1063

No comments: