Thursday 12 November 2015

JJCM Kelantan : ABC restoran ikan bakar kukup

Last saturday, husband cakap jumla kite pi jalan jalan around kelantan or go to the mall untuk ambik angin. Sebab tiap kali weekend husband and I habiskan masa dekat rumah, spent time tengok movie sama sama atau kemas rumah. Sebab weekend ja ada banyak sikit masa untuk buat semua tu. Kalau weekdays basically hidup mostly dekat pejabat. Since movie dah tengok, rumah da kemas maka solusinya ayuhlah hirup udara luar sat. 

So, mulalah seorang maisarah mencari lokasi jjcm. Malas nak jalan dalam mall sebab tak rasa nak window shopping. Dan dalam kepala dah aim nak makan ABC sebenarnya :p Salah satu tempat yang orang suggest pi makan ABC ni dekat restoran ikan bakar kukup area kota bharu and dekat je dengan rumah. Kami pi lah berdua, nasib suami kite pun layan ja kite ni nak pi makan sini kihkih. Ambience kedai ni best! Tepi jalan besar tak payah susah susah nak masuk dalam lorong kecik ka apa untuk sampai. Gambar tak sempat ambik sebab dok khusyuk makan ABC super sedap ni. Haha. Anyway, google je nama kedai ni nanti akan keluar gambar kedai ni so that lagi senang nak cari selain guna waze ataupun google map ;)

 

ABC yang ada aiskrim @ ABC special ni harga dia rm5, untuk ABC biasa rm4. For me, price is quite okay sebab sedap! Serious! Paling sedap part warna kuning tu sebab rasa jagung yang sedap nauuu T_T Oh, sebenarnya boleh ja nak mintak ais jagung ja tapi tak stated dalam menu, kite tau pun sebab nampak ada yang order hihi. Bolehla kalau nak repeat lagi kedai ni inshaAllah! 

* kedai ni offer steamboat dengan harga rm22.50 untuk dewasa. Berpatutan bagi kite sebab susah dah nak jumpa harga gini dekat tempat lain.

Saturday 7 November 2015

Resepi : Paru masak berlado

Antara lauk yang simple + inshaAllah sedap sampai suami puji. Bahan pun simple je ;)

Bahan A
- paru {ada yang panggil lampung}
- garam
- kunyit

i. Hiris paru ikut ketebalan yang disukai
- kite suka tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal, just nice purpose dia nanti senang nak makan je hihi :p
ii. Gaul paru bersama garam dan kunyit
iii. Goreng paru hingga garing dan ketepikan

Bahan B
3 biji Cili masak
4-5 biji cili padi {optional : tambah kalau nak rasa pedas sedikit}
1 inci belacan
Sedikit garam
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1/4 kiub ikan bilis

i. Tumbuk kesemua bahan hingga lumat.

-----------------------------------------------


i. Panaskan kuali dengan sedikit minyak
ii. Masukkan bahan B dan tumis sebentar
Tambah sedikit air - ini optional bagi yang taknak hidangan mereka terlalu kering
iii. Masukkan bahan A iaitu paru yang sudah di goreng terlebih dahulu sebentar tadi
iv. Gaul rata kedua dua bahan tersebut hingga mesra
v. Dan hidangan sedia untuk di hidang!

* selamat mencuba ya :)