Thursday 22 June 2017

Production susu drop masa puasa, help!

Assalamualaikum. ♥

Salam 29 ramadhan semua.

Baru baru ni production susu drop. Buat stok ebm pun dapat below 1 oz even more than 30 minutes pumping session. Sebelum ni pernah la dengar yang production susu memang akan drop masa bulan puasa since water intake kite berkurang kan? Cuma kite tak sangka la amount after pumping for both sides will be this low. Kelam kabut sangat. Sedih pun ada jugak sebab risau production susu stop terus. Bertambah sedih bila tengok muka anak, dok fikir yang diri sendiri tak ready nak kasi anak minum susu formula lagi for this time being. Tapi kite cepat cepat ubah mindset jadi positive untuk elakkan penghasilan susu jadi more chaotic bila emosi tengah tak stabil. Huhu.

Hasil encik google, ada few things kite buat untuk buat production meriah macam before puasa.

1. Fix pumping time. Contoh kite nak pam 2 kali sehari kan? Make it 12 hours gap. 11 pagi dan 11 malam. Ni example. Tak kisah sebenarnya pukul berapa. As long as the gap is fix. Masa ni baru kilang susu bekerja ikut demand. Which make the milk supply enough for our baby, inshaAllah.

2. Amalkan dried longan with red dates. Untuk kite Alhamdulillah berhasil. Ni pun baru mula dalam 4 hari. Lepas baca thru net pasal longan dengan kurma merah ni, cepat cepat ajak husband pi beli. Harga longan a bit pricey compared to red dates tapi the outcome inshaAllah berbaloi.

3. Emosi stabil. Kena make sure kite punya emosi stabil throughout this journey. Stress boleh affect the milk production which benda ni la kite nak elakkan. Betul tak? Cuba cari something that can divert you stress. Tengok movie ke ape ke kan..

So far, kite amalkan this three things religiously. And milk production Alhamdulillah dah naik balik dah. If before dapat below 1 oz after pumping session, kali ni dapat dalam 6 oz. Alhamdulillah! Syukur sangat. Moga rezeki susu untuk anak ibu ni akan berterusan.. Amin..

Apepun, Selamat Hari Raya semuaaaa! Maaf zahir batin for everything. Salam kosong kosong from our little family. Tak sabar nak tunggu esok beraya for the first time with our hearthrob Aleesa Sofia. Aaaaa have a bless raya okies!

P/s: if any of u tahu any other ways to improve the amount of milk production do share ya. Kite kongsi sama sama meh :)

Friday 16 June 2017

Puasa, Breastfeed & Asthma

Assalamualaikum ♥

Salam 21 Ramadhan uols.

Pejam celik pejam celik dah Ramadhan ke 21 untuk tahun ni.
Agak agak rasa cepat ke tidak? untuk kite, kite rasa cepat 😄

Permulaan ramadhan sambut with family, pertengahan ramadhan pun dapat balik kampung berbuka with family. mestila rasa cepat je masa berlalu kan? hihi. Ni hujung ramadhan dan permulaan syawal pun bakal pulang ke kampung. Another one weeks at hometown. Soooo looking forward for it. Best ok berbuka with family and the in laws. Lepastu dengan juadah berbuka yang pelbagai, siap ada dessert dengan air pelbagai jenis. Maka, nikmat manakah yang mahu kau dustakan lagi wahai Maisarah? 😂

As a first time mom yang fully bf, a bit challenging at the very beginning of the fasting month. Ni semua sebab kena asthma attack yang teruk sampai 3 kali kena ambik neb dekat klinik. First neb one day before puasa, another 2 neb after one week puasa. Asthma yang masih tak recover after the first neb. :( Dah lama rasa tak kena ambik neb, my last neb was wayyy back in 2015 masa first time sampai kelantan. Selalunya with double/triple puff je asthma will subside. But not this time. Masa kena asthma ni dengan demam sekali, risau betul Aleesa jangkit. Tapi Alhamdulillah Aleesa ok. Cuma tak boleh kerap angkat Aleesa la masa ni as i cannot breathe properly sebab asthma. Tapi masa ni la Aleesa nak badan taknak botol, bertabahlah asalkan anakku kenyang :') (percayalah, ibu sakit pun mesti akan dahulukan anaknya in any condition. dulu tak faham sekarang ada anak i totally understand hehehe ibu ibu betul dah ni)

AND NOW ALHAMDULILLAH DAH RECOVER.

Lega betul. Sebab dah bertahun tak kena attack lama macamni. Alhamdulillah atas kesihatan yang Allah kurniakan. I am back on track again.

So far, kalau df baby memang akan totally dahaga. Kalau tak puasa boleh minum air. Ni time puasa ni dahaga dia totally unexplained gitu 😅 If Aleesa okay with bottle kite memang bagi botol je. Tapi incase Aleesa cranky kite df. Baru baru ni Aleesa demam kite banyak df sebab nak turunkan suhu badan Aleesa cepat cepat. It works wonders ok for baby yang demam.

Jadi macamana pengalaman puasa breastfeed dan asthma?

Best. Macam macam perasaan bercampur. Tapi paling penting syukur pada Allah swt atas nikmat rezeki yang dikurniakan. Tahun ni dapat puasa with our little gem. Last year puasa dalam keadaan morning sickness yang maha hebat. Next year macamana la pulak ye? Moga yang baik baik berlaku pada korang semua di bulan Ramadhan ni ya. Amin ♥