Wednesday 7 November 2018

Filem Operasi X terbaik: Belut Si Penyeri

Hi semua! Assalamualaikum ❤



Dang dang dut tali kecapi
Dapat tengok belut ana banyak happy 😆

Akhirnya dapat juga ke panggung untuk tengok filem ni. Ni semua sebab awie la ni, buat den tak keruan nak tahu apa jadi! Haha. Percaya tak after 2 years baru saya tengok wayang balik? Itu pun sebab husband off day semalam boleh jagakan si kecik. Maka me time lah si ibu tengok awie 😉 thanks sayang!


Image may contain: 1 person, beard and textDalam filem ni, saya paling teruja dengan watak belut yang dilakonkan oleh awie. Watak belut ni betul betul menarik perhatian saya.. Setiap kali belut buka mulut, saya pasti geli hati. Walaupun babak tu tak lah kelakar sangat hehe. Bagi saya, watak belut sememangnya buat cerita ni hidup. Dialog belut yang paling saya ingat,

 "takkan dalam spender aku pun ada cip?"
 "salam mana salam?"
 " neraka kirim salam dekat kau" 

Kelakar ok! Haha. Thanks belut! You made it all worth it to watch this film 😉 nilai murni belut dalam menghargai adiknya mat bong juga sepatutnya di puji. Tersenyum sendirian saya tatkala melihat filem ini. Nilai yang sangat bagus diterapkan dan ditonjolkan di dalam filem ini.. 

Image may contain: 1 person, text and outdoor




Watak utama kedua ialah watak Ridzuan yang dibawakan oleh Aaron Aziz. Awalnya, i didn't expect much sebab watak aaron selalunya sama all the time. But not this time. Masih ada sisi romantik tu, cumanya watak polis berjaya dihidupkan oleh Ridzuan. salute him for that! Kisah ayu dengan Ridzuan yang diselitkan dalam cerita ni plus point bagi saya dan saya suka sebab taklah 24/7 asyik nak lawan je kan? Maka tersenyum la si ibu ini dapat tengok cheesy part tu sikit haha 😅 





Dan yang bestnya bagi saya ialah.. Pemandangan di awal cerita semasa di pulau cantik sangat. Saya dah fall in love dengan pemandangan pulau di pulau pinang. Betul betul cair tengok cerita ni at the beginning of the story. Rasa nyaman dan tenang! Okay nanti boleh google lokasi sebenar tempat tu hehe.



Berdasarkan cerita yang saya tengok, ini yang saya dapat kongsikan sedikit.. 

Filem ini bermula apabila kawan baik Ridzuan, Aman di bunuh oleh Mat Bong adik Belut. Mat Bong juga mati semasa operasi pertama tersebut. Rasa kecewa, sedih sebab kematian kawan baik yang dianggap darah daging menyebabkan Ridzuan lari tinggal disebuah pulau. Di situ dia berkenalan dengan Ayu.. Selepas dipujuk barulah Ridzuan kembali bertugas dan mengetuai operasi untuk menumpaskan kegiatan kumpulan belut. ASP Ridzuan juga turut menubuhkan satu kumpulan khas (alimat, janggut, nash, pablo) bagi membantu menjejaki group belut dengan lebih cepat dan pintas. 

Anyway.. 

Berjaya tak operasi ni? 
Belut and the gang kena tangkap tak?
Siapa sebenarnya yang bunuh Mat Bong? 
 Ayu dan Ridzuan jadi apa nanti? 

Jeng jeng. Jangan lupa ke pawagam berhampiran untuk ketahui jawapannya! 😉

Sebab belut buat filem ni hidup, 
saya kasi 🌟🌟🌟🌟 bintang!

Sunday 4 November 2018

Itik Salai Masthar, Bangi

Assalamualaikum. ♥

Siapa dekat sini suka makan masak lemak? Ha. This entry specially dedicated for you 😋

Trailer Operasi X gandingan dua hero Malaysia yang buat jiwa kacau

Assalamualaikum ❤

Buat semua pembaca tercinta
Di sini saya berkongsi berita
Cerita baru terbaik di carta
Mari ku kongsi serta merta