Saturday 19 March 2016

Tempat Makan Best Kuala Terengganu

Assalamualaikum ♥

Masa kursus makrofotografi haritu, dalam pada jadual kursus yang super pack tu sempat kite and husband buat JJCM (jalan jalan cari makan) sekitar terengganu. Before pergi lagi kite dah study nak makan mana dekat ganu. <---- sampai study k don't play play dengan seorang penggemar makanan inniwww :p

Warung Pok Nong (makanan celup tepung)

sotong celup tepung medium size rm7

Jagung parut sedap rm4

suasana kedai Pok Nong. Totally full -_-
Hari first, dapat pi satu tempat ja which is Warung Pok Nong, yang jual haiwan laut bertepung. Dia ada sotong, udang dan ikan celup tepung. Antara tiga ni, paling femes is SOTONG CELUP TEPUNG. Serious. Pantang letak je habis dalam sekelip mata. Even masa orang kedai bawak dekat kaunter semua dah ready dengan penyepit. Pantas dan tuntas everyone k. Dan, nak makan dekat kedai ni kesabaran tu mesti no 1. Haha kite beratur dekat sejam lebih semata mata nak beli ikan sekor dengan sotong sekor. Bila beratur lama sangat ni kesabaran memang teruji. Dengan karenah orang datang buat dek potong q macam nak ambik barang tapi sebenarnya nak potong q. Orang gini common sense totally ZERO. Takda adab fikir diri sendiri je. Huhu. Air ada kaunter berlainan juga konsep layan diri dan ada lagi satu kaunter jagung parut yang boleh dikatakan femes. Konsep warung ni beratur dan ambiklah gunting and potong sendiri haiwan laut korang. Untuk peringatan, warung ni pack gila masa cuti sekolah dan weekend. Peak hour. Untuk elakkan dari diri diuji dengan pelbagai perkara, avoid waktu gini :) That day kite makan sotong saiz sederhana, ikan kembung, dan jagung parut cost us rm14.50. Tapi Pok Nong kasi diskaun rm13 jewww hihi makasih Pok Nong! Semua sedappp! 

Husband bagi 3/5 bintang, kurang bintang sebab kena tunggu lama beno T_T

Air Buah Gelas Besar

Kopok leko, air tembikai gelas besar 
Kami pi sini second day of kursus. Habis kursus dalam 5.40 macamtu. Mula mula pi pantai tok jembal cari laksa, yang ada laksa kurus (tak macam laksa biasa makan dekat perak) terus takda selera nak try huhu. So, banyak masa dah terbuang and agak rushing nak pi jauh jauh. Bila waze, kedai ni few kms je dari hotel kami tu terus pi sini. Kedai ni pun antara suggested by banyak blog. Sedap k air buah dia. Kami ambik air tembikai gelas besar (rm 4), kopok lekor (rm2) dengan kueytiaw sup (rm 4). Overall semua sedap. Wajib datang kedai ni! Alhamdulillah masa pi kedai ni tak pack, servis laju, tu buat dapat markah extra dari husband kite. 

So, husband kite kasi 4/5 bintang! Yey!
* korang waze je kedai buah gelas besar, click location yang keluar first tau.

Dapo Pata

Tako ayam Rm4 untuk 4 pcs
Air anggur sedap rm2.50
Malam hari kedua, teruskan penggembaraan food hunting lagi. Hehe. Walaupun dah makan A&W (which were frustating to both of us sampai rasa dah taknak makan situ lepasni), kami decide pi jalan pantai lepak lepak jap. So, kami pi balik Pantai Tok Jembal yang dah pegi siang tadi. Semata mata nak pegi tempat yang viral dekat internet = Dapo Pata. Ape yang buat tempat ni jadi viral kan? Macam ada question in mind. Well.. It was a good decision to be there. Environment yang best, rasa selesa dengan tempat tu. Setiap kedai buat dua tingkat with different deco from one stall to another. Sangat kreatif. Makanan takdelah pricey sangat. Sebab kite expect akan jadi pricey bila jadi tumpuan ramai. Kami makan tako (rm 4), bakso (rm 4) and air grape sedap (rm2.50).

And husband rate 3.5/5 star for food. 
Dan untuk suasana, dapat 4/5 sebab lomentikkkk uols.

Bukit Tok Beng 2209 (B.T.B.2209)

Kopok leko cheese burst, eh?! hehe taklah. ni melimpah punya cheese.
Tak ingat the exact name.
Last day, last place to go before back to reality. Lepas dah penat playing tourist around kuala terengganu main attraction, kami singgah tempat ni. Nampak dalam menu banyak cheese jadi tak keruan sampai nak order semua. Out of 7 choices, kami ambik 5. Haha banyak kan? Sampai orang ambik order tu macam terkejut dengan kitorang. Bila siap order je baru diri sendiri terkejut tengok hehe. Yang kami ambik kopok leko biasa, cheese bebola dan cheese panjang, cheese melimpah dengan blackpepper cheese. Sedap tu sedap tapi bila banyak sangat makan cheese, tastebud jadi weird. Tekak pun rasa lain maciammm. Tapi Alhamdulillah sebab dapat peluang rasa sendiri kopok leko cheese ni :) 

So, husband rate 3/5 stars. Sebab teh ais kurang kick mihihi.
* korang waze je B.T.B.2209 insaAllah sampai. Kedai ni tepi jalan je :)

Till then, people ♥

Tuesday 15 March 2016

Kursus Makrofotografi + Place2stay Gong Badak

Assalamualaikum ♥

Kite and husband baru habis kursus makro. Penat tapi kutip banyak ilmu berkaitan makrofotografi. Since my master project ada kena mengena with makrofotografi (kena ambik gambar yang kecil which is kelulut) sebab tu sv insist me to attend this course. Fun? Yes. Mestilah sebab husband ada sekali which i can play around instead of kena seriously absorb all the knowledge by myself. :p Sebenarnya kite kena attend sendiri je, tapi organizer let my husband to attend the course as well. Behehe terus i happy. Yey boleh bosan sesama belajar makro (kite fikir bosan la mula mula) but then it was a total turn around. 

Best tau. Serious.

Ni best betul punyaaa best. Banyak input dapat, banyak ilmu baru tentang makrofotografi. Pengajar yang tak lokek ilmu langsung (which make this course a lot more fun) hands on yang membantu, kite tangkap gambar and tanya pendapat peserta lain dan juga pengajar sekali. Dorang tolong betulkan, ajar adjust F, aperture and so on to make sure dapat gambar makro yang cantik. Setiap soalan tanya pasti akan ada jawapan yang buat kite "ohhh.. macamtu, patutla" dia macam jawapan kepada segala kemusykilan laaa hehe.

Kite jenis tak berapa nak sabar untuk tengok outcome gambar yang kite tangkap. Which totally opposite with my husband. Sabar betul tangkap gambar berjam jam masa outing dekat sekayu. Kite sejam je boleh fokus, lepastu kelaut T_T mulala pusing pusing dan dah malas nak tangkap gambar. Haha dasar pemalas betui. Plus, Maisarah easy distracted. (sebabnya husband dah ada untuk tolong belajar kan.. :p) But overall. Best. Makanan sedap k. Walaupun 3 hari berturut breakfast nasi lemak. Sedappppp. Lunch pun sedapppp!

Nota serba sikit pasal makro
A part of jalan jalan KT :)
Habis program je setiap petang terus pi jjcm. Hari ahad petang tu makan pok nong (beratur lama gilaaaaaa sejam k huhu), isnin petang pi air buah gelas besar and malam makan A&W Mydin Gong Badak dengan dapo pata (which we both totally loveee the view). Isnin habis program tengahari shoot pi kuala terengganu untuk tengok masjid kristal, taman tamadun islam (tak masuk sebab mahal rm21+/pax), pi pasar payang, Tok Beng 2209 untuk kopok leko cheese and shoot balik ganu. Pack kan jadual kitorang? Masa dkt ganu tu balik hotel betul betul untuk rehat jeeee. Tu balik hotel terus tido tak ingat donia. Hehe. --- part jjcm nanti kite compile dalam satu entry baru :)


**********************************

Pasal tempat tinggal, kitorang stay dekat Place2Stay Gong Badak. Selesa but sempit. Masuk bilik bukak pintu jumpa katil terus. Tapi syukur jugak sebab selesa sebab hotel pun dapat claim (cuma kena within budget). Yela, harga RM68/night what do you expect? Takkan nak besar bila dengan harga gitu kan. Selesa dan bersih dah cukup bagus dah k :') kitorang enjoy our stay, dekat dengan banyak tempat. Cuma slack sikit masa check in je. Should be boleh check in at 1 pm but 2.30 pm baru kami dapat check in bilik. So i rate this hotel 3.5/5 star. Boleh di katakan dekat dengan main attraction yang kite nak pi so hotel ni dapat plus point balik dekat situ.

But afterall, kami happy. It was a nice trip. The view pun best kitorang suka. Kalau ada rezeki inshaAllah we both will come back untuk explore pulau pulak nnt 

Till then, babai uols ;)

Tuesday 8 March 2016

Movie best part 1

Piku

Kisah cerita ni pasal anak perempuan yang kena layan karenah ayah dia yang ada sakit tua. Cerita ni bagi kite sedih la masa mula sebab tengok anak perempuan dia macam kasar dengan ayah dia (tapi ayah dia seriously memang menguji kesabaran). Ayah piku totally depend dekat piku, which maybe sebab tu piku a bit stress kot. Plus ayah dia ada sakit and tak boleh nak pupu jugak (read: buang air besar). Journey nak pergi calcutta (balik hometown) tu tak pasal pasal pemandu teksi tu terheret sama hihi. Jalan cerita dia menarik, husband pun suka tengok sebab cerita ni takde cheesy part and all. Banyak lesson which i love it. Ending cerita ni sedihhhhh.. Pls tengok! Tak menyesal inshaAllah.

Piku, ayah piku dan pemandu teksi hihi.

Rate: 4 stars


Theory of Everything (2014)

Kisah pasal stephen hawking (cerita ni based on true story). Start dari muda umur 21 tahun which dari mula dia sakit (motor neuron disease) sampai dia tua. Stephen hawking ni student Cambridge university. Cerita ni ada banyak emosi playing around. But i like the storyline. Bila tengok cerita ni baru tau Stephen Hawking ni one of orang pandai dalam dunia yang masih hidup. Eventhough dia sakit pun, masa sakit tu boleh fikir banyak new things. New findings. Hebat betul. Kalau kite sakit, dok merengek je la tak fikir benda lain dah :p okay, cerita ni pun kena tengok! Gambar bawah ni dia kawin even dah start sakit. 


Rate: 4 stars

Pursuit of Happyness (2006)

Main actor (Chris Gardner) Will smith dengan anak dia Jaden Smith. Hidup susah, kena halau keluar dari apartmen (sampai isteri dia tinggalkan dia sebab susah). -- part ni buat kite a bit emotional sebab isteri dia sanggup pergi macamtu je sebab taktahan susah and at the same time husband dia takda income.  Dalam banyak konflik macamtu, chris dapat offer intern untuk 6 bulan. Tapi bila dapat jadi intern selama 6 bulan, masalahnya with no income. Hidup dorang makin susah. Tidur dalam tandas (part paling sedih), sampai will smith nangis. Hidup as gelandangan sebab takda tempat tinggal. But hard work paid off bila finally dapat jadi permanent staff dekat broker firm tu. The good value cerita ni, even though hidup susah and all, chris tak give up untuk terus cuba and cuba for the sake of the love one. So touching :') Tengok okay?

Dekat rumah gelandangan, Chris and his son.

Rate: 4.5 stars

Saturday 5 March 2016

Kimbab Kelantan dan Jamuan

Last week thursday, Jabatan Neuro (lab kite + husband) buat makan makan antara student dgn staf. Main reason sebab ada staf yang naik pangkat dan juga ada student yang dapat biasiswa TPM (Tenaga Pengajar Muda). Makan makan ni kira macam majlis kesyukuran la. 

Makan = Maisarah
Feast = Make me happy of course :p

So, selain dari main dish yang ada, each and everyone yang lain bawak potluck dari rumah masing masing untuk memeriahkan majlis. :) sebenarnya i love the idea of potluck. Semua orang akan bawak makanan masing masing dan share dengan semua orang. Kite rasa cara macamni dapat eratkan hubungan antara satu sama lain. Example macam masa preparation time before makan makan. Semua orang happy borak between one another sambil hidang all the dishes. Yela kan, before this busy with lab and all. This makan makan macam one opoortunity for everyone to get along. Sebelum majlis pun kitorang dah start rasa bekal yang everyone bawak and praise each other macam 'kenapa sedap sangat' 'nak resepi pls!' Things like that. Which i love it :)

Oh and for this makan makan kite bawak kimbab dan jeruk asam. Both handmade, buat sendiri dan bila orang makan dan puji sedap rasa puas hati sebab masa yang kite buat lama tu berbaloi :') jeruk asam tu nanti kite cerita lain but everyone insist me to sell this jeruk asam sebab sedap. Dan kimbab pun sama. Everyone impress because i did it by myself and rasa dia boleh di terima. At first kite tak yakin langsung nak kasi ofismate makan, tapi sebab husband cakap sedap kite pejam mata je letak (at the same time risau tak habis takut tak sedap kan..) Bila everyone makan je, semua puji. Rasa mimpi kejap at that moment sebab orang semua suka. Terus kembang semangkuk iols :p and, they insist me to sell kimbab as well.

Well, i'll think about it first.
Sebab buat kimbab ambik masa nak siapkan..
dan whatever i do mestila kena commit kan.

Overall.. It was a success makan makan. Semua happy. Perut kenyang, Alhamdulillah. Habis kimbab handmade MaisaraHafiz :p Afterall, key for delicious kimbab? jangan kedekut inti. NO PLS. Lebihkan je inti dan nasi. Baru puas orang nak makan. Dan nasi pun letak extra. Kasi mampat bila roll seaweed tu nanti. TAPI. Nak cari nasi untuk buat kimbab susah k area Kota Bharu + Kubang Kerian. I looked high and low for the sumo rice sampai nak give up. I went to mydin, nirwana tapi takda. Bila survey cakap cari dekat tesco dengan pacific kb mall. Bila pergi jual 5kgs punya beras 1kg punya dah habis stok. Uit banyak k.. Dan mahal. Dekat tesco rm39, kb mall sumo rm37. Bila fikir terus macam takpelah no need la beli.. Banyak sgt. Takut tak guna later. Jadi solution? Buat guna beras biasa je lebihkan air macam nak buat bubur tu. Dan Alhamdulillah jadi.. Risau tak jadi.

Extra tips: masa letak nasi atas seaweed tu tekan nasi tu kuat kuat sampai nasi tu flat atas seaweed. Baru cantik masa nak roll.. ;)

----------------------------------------------------------------


Meh kite kasi bahan buat kimbab
- sosej (kite potong 2 bahagian)
- crab stick (tak potong)
- timun jepun (potong memanjang)
- telur dadar (potong memanjang)
- nasi yang lembik (so melekat dengan seaweed, senang nak roll)
- seaweed

* Masa roll kite guna tangan, tak guna tikar sushi atau apepun. Still jadi. Cuma kena tahan panas sikit la masa roll tu :)

Selamat mencuba! Let me know the outcome kalau ada antara u guys yang cuba okay? 

Assalamualaikum! ♥