Entry ni dah ada dalam draft quite some time. Husband pun tanya bila nak update pasal lido corner hehe. Untuk kite sendiri kite baru pi first time and for husband dah pi dua kali. First husband pi dengan ofismate je sebab masa tu kite dkt UPM settle pasal subjek master. And finally masa second time datang i tag along together with ofismate. Mula mula tak tahu pun pasal Lido Corner ni, but dah banyak kali read somewhere on social media about this stall.
Dia macam "you akan rugiseumur hidup bila tak makan dekat kedai ni k".
Haha i made up that words. Tapi serious kena pi try.
Masa sampai kedai ni, yey Alhamdulillah sebab bukak :') kite dah banyak kali datang before sebab nak try tapi tutup. Bila nampak kedai ni bukak and full with crowd terus tersengih. Happy betul dapat jugak merasa makan sini. For info satu set yang ada nasi, sup campur yang ada daging, perut and everything dengan ayam/daging bakar berharga rm10. Portion dia a bit bigger daripada suliza sup perut air asam yang ada set nasi, sup perut air asam dengan daging bakar harga rm7 atau nasi, sup daging dengan ayam bakar rm10. Taste wise dua dua kedai ni berbeza. Dua dua ada rasa sedap yang tersendiri :) and kite suka dua dua tempat ni. Mainly sebab sup! (Kite adalah penggemar tegar soup-based food) makan sup je dah buat happy.
So, kedai ni meja nearly penuh. Terus duduk dekat tempat kosong since kami datang 9 orang. Ramai kan? Hehe kami pakat ramai ramai makan sekali. Kedai ni konsep dia layan diri. Pi kaunter and order makanan yang kite nak. Air je dia akan ambik order dari meja. Akan ada 2 kaunter untuk beratur, kaunter nasi dan daging/ayam bakar dan kaunter sup. Sup ni boleh pilih nak yang kosong atau sup campur. Masa sampai ni dah rambang mata dah. Tengok sup tu terus rasa satu tak cukup. Hehe. Husband cakap order satu tak cukup nanti baru ambik lagi. Nasibla husband memahami kite memang gini kalau nampak makanan sedap :')
Sebab? Sedap :')
Habis kite makan termasuk sup husband sekali. (Tak mintak any extra soup sebab perut dah penuh, hehe husband tau dah kite memang gini. Masa nampak makanan terus rambang mata nak beli banyak banyak end up tak makan banyak pun :p)
Kite ambik set daging bakar dengan sup campur. Husband ambik set sup kosong je. Sebab kami kongsi daging bakar. Air teh beng (teh ais) dan singo beng (limau ais). Kenapa semua sedap niiiii? Total kami makan rm14 untuk dua orang. So happy makan sedap and harga berpatutan.
Lepas dah makan kali pertama kite nak pi makan lagi tapi dah beberapa kali pergi tutup. Kite tak pasti the exact hari yang tutup sebab kite ada pi hari isnin, selasa khamis tutup. Kalau ikutkan hari Jumaat baru tutup. Dan kedai ni cuma hingga petang. Malam tak buka ya :)
Till then!
Till then!
Lokasi kedai:
Lido corner (bersebelahan Hotel Grand Riverview)
15200, Jalan Pos Ofis Lama,
15000 Kota Bahru,
Kelantan
Waze: Lido Corner KB @ Hotel Grand Riverview
No comments:
Post a Comment