Saturday, 7 May 2016

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku paling mudah

Assalamualaikum ♥

Masak lemak ialah one of makanan kegemaran kite and husband. Tapi kite paling suka masak lemak pucuk ubi. Kalau husband anything masak lemak will do except for ikan. Sebab husband cakap ikan is a big no no untuk masak lemak. Hehe. So far dekat kelantan ni susah betul nak jumpa pucuk ubi. Kalau jumpa pun bukan pucuk, daun je. Mana boleh guna daun semata mata sebab daun kena tengok jugak mostly liat. Pucuk je yang sedap. So sebab tu la tak jumpa :/ And as always, we go for pucuk paku dekat sini. Masak lemak pucuk paku pun sedap. Cuma pucuk paku ni berangin sikit la . Haritu kite buat masak lemak ni teringat nak share sebab resepi ni yang ibu and mak guna kalau masak. Sama cara ibu and mak masak so why not kite share kan. So easy peasy for beginner yang nak tau buat masak lemak :)

So, here we go :)

Bahan bahan:

1. Cili padi * - depends nak letak banyak mana. Nak pijar bibir letak bebanyak ok? 
2. Ikan bilis - optional. Boleh letak udang kering jugak :)
3. Bawang besar * - dua biji bersaiz sederhana (kalau besar guna sebiji je)
4. Kunyit hidup * - ni sikit je ok?
5. Santan pekat - setengah cawan (tambah kalau nak kuah lagi likat)

Kesemua bahan yang bertanda * ditumbuk lumat. Kalau nak blend pun boleh. Tapi tips dia kalau tumbuk the taste is more ummmph ;)

Ni bahan yang kite gunakan :)
Tadaaa siap dah :)

Cara masakan:

1. Masukkan air dalam periuk dan biar hingga mendidih
2. Tambahkan bahan yang sudah siap ditumbuk tadi
3. Masukkan ikan bilis
4. Biar merenih seketika dalam periuk (kalau nak kuning lagi tambah kunyit, tapi kite tak letak sebab kunyit hidup dah bagi warna light yellow yang cantik dah :)
5. Masukkan santan sikit demi sedikit dan sambil tu kacau untuk tak kasi santan tu pecah. Santan pecah nampak masak lemak tu tak comei hehe.
6. Dah habis letak semua santan pun still kacau sampai tutup api. Kalau tak santan still akan pecah.
7. Dah tutup api, dah kacau lagi dalam 5 mins then ready to serve! ;)

Senang kan? Hihi. Cuba okay? ;)
Till then!

No comments: