Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Tuesday, 23 November 2021

Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka

Assalamualaikum 💗

Lama tak singgah menulis dekat sini. Kerja hakiki dekat ofis menimbun tak sempat mak nak tarik nafas. Lepas satu satu kijo mak kena settle ngalahkan boss. Eh. Membebel sini pulak eh ko. Haha. Niat asal nak sambung cerita ke melaka. Apa pulak la sis makan kali ni eh. Setiap kali ke Melaka, list kedai makan panjang berjela sampai husband i amazed cmenae i boleh dapat senarai kedai makan ni haha. Kalau berjalan dengan sis confirm takkan blur nak makan mana 😋

Anyway.. Kalini try makan Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka. Recommended by my contest friend Seha. Thanks babe!

Sebelum ni i singgah kedai ni tapau kuih je. Banyak gila choices kuih dekat sini. Penggemar kuih melayu macam i dengan icha memang suka laaaaa. Siap rambang mata haha. Cumanya.. Tak pernah perasan langsung asam pedas dekat kedai ni walaupun setiap kali dtg kedai ni memang penuh dengan manusia. Ke sis memang sejenis tak pandang kiri kanan eh?! 😅 So lepas dapat suggestion, i ajak husband lunch sini. Musim musim covid ni, i takut sikit nak makan kedai yang ramai org. Kedai ni on that day memang cramped with people. Maka moh le tapau makan dekat hotel je oki.

Jemput tengok menu of the day:


Nasi putih
Asam pedas daging tetel
Asam pedas ikan pari
Kangkung belacan
Ayam golek 
Laksa (beli dari kedai lain tapi tak sedap sis emo)


Ni asam pedas ikan pari. MashAllah sedapppp. Kena dengan tekak kami. Takda rasa asam pedas yang pelik (which i cannot explain in words lah asam pedas pelik tu macamana tapi kalau korang makan asam pedas tak sedap mesti emo haha). Ikan pari sedap and fresh! I always terkena ikan pari rasa weird tau. So dekat sini i bagi tambahan bintang dekat ikan pari  hehe. Cukup rasa masam pedas semua. Korang boleh try k!


Lagi satu asam pedas we try was asam pedas daging tetel. This one was mine. Sebenarnya i nak asam pedas telur mayong sadly dekat sini takda jual. Kempunan i sampai today (kena repeat melaka lagi ni nampak gaya 😆). Anyway asam pedas ni pun sedap. daging dia cair dalam mulut gitu. Lembut and kuah dia pun sedap. 

If I kena choose between these two, I akan choose daging tetel lah. Love it!

Oh lupa, lepastu i ada add on sayur. I order kangkung belacan. Yang i dapat was sedikit kangkung with sedikit kobis dan carrot. More like sayur campur to me. Portion dia pun sikitttt. Tapi sebab the taste was okay, and we weere hungry habis di makan walalupun dok wonder haha.

Sebenarnya i dah tak ingat berapa harga semua ni in total. Tapi owner ada tampal siap siap dah harga dekat kaunter kedai masa nak order. So bolehla refer siap siap oki. We definitely will repeat incase ada telur mayong in the future. If not, kena makan kedai lain lah. Sebab melaka ni ada beratus kedai asam pedas nak kena try. kalau asyik repeat the same kedai rasa rugi pulak trip ke melaka. Logik kan? Siapa boleh relate macam i? 😆

p/s: Ayam golek beli dekat stall di kedai perhentian ujong pasir jugak. Kedai ni ada konsep stall stall kecik. I beli ayam golek dekat pakcik ni. Murahh tapi i lupa harga....again haha. I ambik ayam separuh and it was so good. Juicy betul ayamnya. Sedapppp. Berbaloi beli! This one oso can try oki.

Friday, 8 October 2021

JJCM: Dimsum Buffet di Eastin Hotel PJ.

Assalamualaikum 💗

Kalini I nak share tempat makan sempena my birthday staycation last week. Kami makan buffet dimsum di Ee Chinese Cuisine di Hotel Eastin PJ. I ada baca banyak good review about this place, so i  ajak husband makan here. Parking free tak perlu bayar  since kami stay di hotel ni. Kalau orang luar yang datang mainly to eat, i think the parking fee mahal sikit.

Sebelum i proceed with my story.. Last two years i ada update yang i pernah makan buffet dimsum dekat Hotel Bangi. Boleh baca review i di sini https://sarafiz.blogspot.com/2020/02/dimsum-buffet-lunch-bangi-resort-hotel.html

Kalini i tempted untuk cuba makan dimsum di Eastin Hotel PJ pula. Please book early oki sebab walk in usually tak da kekosongan. I nasib baik a day earlier tu i pi turun bawah direct ke restoran ni. Niat di hati nak makan for dinner rupanya dimsum buffet available for lunch je. Mula mula tu dah fully booked jugak.. tp Alhamdulillah ada rezeki last minit sebab ada yang cancel booking.

Ini sebenarnya our second round of dimsum spread hehe

Jum i share gambar makanan yang sempat i tangkap last week!


Prawn dumplings

Verdict: Hat ni i tak sempat nak try sebab icha dah habiskan all by herself. But i guess mestila sedap kan sebab anak i boleh habiskan all? Try k!

keratan rentas dalam roll ni. I rasa ayam kut? 

Seaweed beancurd spring roll

Verdict: It was so good! I dapat roll ni masa tengah panas panas lagi. So memang puas hati lah masa i makan. I sempat makan seketui je,lagi dua husband i makan. He approved the sedapness as well. Try oki!


Stuffed dried fish maw

Verdict: Okay lah for me. Bahagian atas tu isi ikan and bahagian bawah is tofu. I dont fancy it but i can eat it. Gitu. 


Fried radish cake with duck egg & chives

Verdict: I tak sure what to expect from this dish sebab usually i jumpa all non halal. Ni first time i makan and i LOvEEEEeeee it! Sedappp. Boleh rasa char dekat radish cake as well. Finish all sekelip mata. Order oki!


Herbal Jelly

Verdict: Also dunno what to expect, but eager to try sebab selalu nampak dalam mall kedai chinese juai. SIapa pernah makan cincau? Ha tu rasa dia. With herbal smell and also bitter aftertaste. Can try kalau ada rasa curiosity macam i. Tak try pun takpeeee hehe.


Crispy chives prawn dumplings

Verdict: Sedapppp! Plus point is dumpling ni sampai panas panas. Kalau suka makan sayur this one wajib order oki. Penuh kucai je dalam dumpling ni. Sedap!
(ps to my husband: ada udang dalam ni, u eat two of this! 😂)


Chicken & Prawn Chee Cheong Fun

Verdict: Finger licking good! Ni menu yang wajib order. Satu pinggan sorang memang tak cukup. Husband makan chicken, he gives double thumbs up. Icha makan prawn also gives double thumbs up. Please give it a try oki!


Glutinous rice with chicken mushroom

Verdict: I DONT LIKE IT. Ada udang kering and the taste is weird. I pernah rasa dekat mohd chan which was nicer than this one. But kalau u suka udang kering, can try this dish oki.


Chilled Avocado with Mango puree

Verdict: Just the normal puree with fruits taste. Kalau tak suka avocado macam i, toksah order na. Mango tu sedap, icha habiskan. 


Chicken feet with black pepper sauce

Verdict: It was just okay. Lagi sedap kaki ayam dekat bangi hotel yang i rasa last two years. Hubs cannot tolerate this dish haha kesian dia. Maybe sebab ada weird smell sikit kut. Can try kalau suka kaki ayam. If not better try other dish oki.


Crispy veggie chee cheong fun

Verdict: It was so goood! Mula mula rasa sayur nipis nipis then u got that big mushroom chunk towards the end. So sedap! Recommended! Pls try!


Shanghainese Xiao Long Bao

Verdict: Sedap gila! Please la order banyak sikit this menu. Eat it in one bite, akan rasa letusan kesedapan (gituh) sebab ada sup and chicken in it. Wajib order oki. Menu ni we both agree sedap and wajib cuba.


Siew Mai with flower mushroom

Verdict: Sedapppp! Ada udang besaq sekali dalam dimsum ni. I tak sure la siewmai i makan selama ni siewmai jenis apa sebab selama ni ayam je filling yang i makan. Kalini ada udang siap. Ke silap dapat order eh? Sebab i takda rasa mushroom pun. Haha. Tapi.. Memang sedap. Try na!


Chicken dumpling with spicy sauce

Verdict: It was just okay.. Sauce dia pedas manja je. Ada kacang sekali dalam kuah tu. By the way.. Dish ni ada udang tau. Nama je chicken tapi ada campur udang. So hati hati la incase ada yang allergic seafood macam husband i. Dish ni okay lah not bad. Can give it a try oki!


KORANG, NI WAJIB LA ORDER BANYAK BANYAKKKKK

Egg tart

Verdict: Seriously sedap gila. To be honest, im not a fan of egg tart. Sebab i pernah terkena yang rasa horror. This time around I saja je order. Tak sangka turned out to be super good. The shell was flaky (which I like) and the filling was delish. I makan ni last sekaliii which was a bad decision lah sebab i dah kenyang gila waktu ni sebab kalau makan awal boleh order lagi. Hahahahah. Kenyang kenyang pun i managed to eat all (okayla one bite i bagi husband i rasa, aci la kan haha). So please order this one kalau tak for sure menyesal!!

i cakap dekat husband i, fish skin ni dekat luaq orang juai kemain mahai tau

Grouper fillet with crispy fish skin

Verdict: Sedapnya mashaAllah. Antara menu terawal yang sampai atas meja. Hubs loves the fish skin, while icha love the porridge. Bertambah tambah dua dua makan. Rasa bubur ni sebijik macam bubur ibu i masak masa i kecik. Korang wajib try k!


Durian puffs

Verdict: Rapuh tapi inti dia bukan durian paste. Tak sure apa but not to our liking. 


Double-boiled peach jelly with red dates

Verdict: It was goood. Order dua kali sebab sejuk sejuk masuk tekak fuhhh nice. You should try this one oki. Ada red dates, jelly, lotus seed dalam dia. Loveeee!

Semua dish yang sampai dekat kami on that day were steaming hot. Memang panas panas from kitchen straight to our table. Kalau yang suka makan panas panas berasap mulut macam i memang akan bagi plus point dekat part ni. Hehehe. Makanan pun semua fresh. Kalau yang pandai rasa food boleh tahu food tu reheat or masak baru. In this case i boleh cakap semuaaa rasa fresh! Loveeee 😍

Here are some random photos from that day. 

Icha with her porridge.

Suasana dalam restoran

Hallway to the restaurant

Menu list. Boleh tanda from here oki.

Icha & Ayah

Menu book!

Price per pax / Chrystanthymum per pot RM 12 ke RM6 tak ingat / Total was RM 131+

I puas hati makan sini. The only downside eating here was lepas makan kami ngantuk gila. Jadi daripada misi nak JJCM terus abort mission. Shoot balik rumah and tidur sampai petang! 😆

p/s: Masa nak bayar tu i terkejut la air teh kena bayo jugak. Dua pot pulak tu kami minum haha. 

Wednesday, 8 September 2021

JJCM: Kuala Gula - JS Muara Restoran Terapung

Assalamualaikum 💗

Masih lagi dalam entry #makanmanatahunlepas? 😆

Ni antara entri yang dah diperam lama dalam dashboard. Dok hold sebab mood nak update belum mari dari tahun lepas. Alang alang mood update blog tengah berada di puncak ni.. zasss apa lagi kan. Moh le kite upload mana yang masih ingat hehe.

Masa ni tok ayah ajak pi Kuala Gula makan makan. I sebenarnya macam blur blur ayam sket masa ni sebab i ingat takdela jauh sangat. Bila dah dalam kereta tu i dah pening kelaparan sebab tak sampai sampai. Kalau pening naik kereta ni selalunya signal yang i dah lapo gila. :p Asyikla tertanya tanya bila nak sampai. Bayangkan.. Jalan dari dua lane, jadi satu lane jadi satu lane share dua arah. Phew finally baru sampai.

Anyway.. Restoran ni memang terapung betul tau. Bukan sekadar nama. Gitu. Jadi bila pijak lantai restoran memang akan rasa wavy. Tambah wavy kalau ada bot or anything lalu sebelah restoran. 

Icha selit in between pagar. Celuih pulak tu.

View depan restoran. Bot tu b0leh naik and akan bawak dekat satu tempat banyak burung. Tapi tak sempat nak try takut lambat balik.

Family photo. Abaikan cha yang dah ralit pandang tempat lain haha

Rombongan tepeng hehe

Ikan sangkar

Ketam lembut breed dalam sangkar

Heluuu there?!



menu menu yang buat i rambang mata

Seperti biasa la, my usual self akan rasa nak cuba semua. Tapi nafsu makan i kalah on that day sebab i maleh nak layan haha. Anyway..semua nampak tempting nak cuba. Tengok gambar makanan ni balik pun buat perut i berbunyi. Nasib hang la update lambat sangat 😆

Jum layan gambar makanan dekat bawah oki!

Ketam lembut idaman hati, makan banyak pun still nak lagi. Eh.

Kerabu sotong. Sedapppp!

Kailan ikan masin. Pun sedap.

Sejak azali i suka minum Laicikang. This one sedap!

Close up ketam lembut (read: soft shell crab). Sedapnyaaaa

Tomyam ayam. Hat ni biasa biasa je rasanya.

Ikan ni sedap. Tapi tak cukup, haha

Si kecik makan banyak ketam lembut. Memang kena taste le tu. Ibu pun suka.

Total makan untuk 8 dewasa, 5 kanak kanak.

My review:

Their services was okay. Takdela lambat sangat sangat kalau ikutkan kapasiti pelanggan dalam ni. Kedai ni pack betui dengan manusia ya. Rasa makanan pun okay. I terpaling suka ketam lembut. Makan dua tiga pun still rasa tak cukup. Sedap for me! Anyway.. Environment kedai ni tak sesuai kalau u penggeli lain maciam. 😅 Everything else was okay. Kalau tanya i, air should order asing instead of jug. Harga lebih kurang je plus jug air tak cukup to cover us all.

Signboard ni dekat laluan depan masa nak masuk restoran   😊

So, adakah i akan datang balik lepasni?

Kalau semata mata nak datang makan tu idaklah kut. Sebab tandas dia tak menepati piawaian tandas for me. Even pergi tandas surau pun still kenot. Sebabkan emergency terpaksa jugak guna 😅 Tapi i will crave for the soft shell crab. Sedap gila. Mungkin masa i pregnant nanti boleh guna alasan mengidam. Bolehla mintak husband i pi beli tapau bawak balik haha.