Saturday 27 November 2021

Harm Reduction: Pernah dengar tak?

Assalamualaikum 💗 

Harini nak berkongsi tentang Harm Reduction atau lebih spesifik tentang "Tobacco Harm Reduction", pernah dengar tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel di bawah ni oki. 

Harm Reduction ataupun Pengurangan Kemudaratan. 

Ia merupakan satu prinsip dalam memberikan alternatif disamping membenarkan pengguna untuk mengambil langkah yang lebih komprehensif tanpa membelakangkan fakta. Tak kisah dari sudut untuk mengurangkan ataupun menghapuskan aktiviti yang memudaratkan seseorang mahupun satu kumpulan.  

Mengikut Harm Reduction International (HRI), pengurangkan kemudaratan dikaitkan dengan pelbagai topik kesihatan dan praktis masa sosial masa kini. Ini termasuklah merokok, pengambilan ubat ubatan, pemakanan dan sebagainya. ini juga untuk membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah positif dalam hidup mereka. 

Dengan pengurangan kemudaratan, pengguna tidak akan terdekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif baru demi kesinambungan kehidupan mereka. 

Dalam banyak banyak kemudharatan yang disebut, artikel kali ini nak fokus kepada si perokok. Jadi, apa itu Tobacco harm reduction (THR)? Ia dipercayai sebagai satu langkah alternatif untuk mengurangkan kadar tembakau yang digunakan oleh si perokok atas sebab menghilangkan nikotin (yang dihasilkan daripada tembakau) secara keseluruhan adalah sesuatu yang sukar dicapai. Jadi, misi utama pengurangan kemudaratan tembakau untuk membantu si perokok untuk bertukar ke satu alternatif baru kurang berbahaya. 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, proses menegur perokok untuk mengubah tabiat mereka itu bukanlah mudah. Malah ia merupakan satu situasi yang melibatkan emosi dan juga tenaga yang berpanjangan. Tanpa sedar si perokok, mereka sebenarnya menjejaskan kesihatan orang disekeliling atas aktiviti mereka itu. Malangnya, fakta sebegini tidak menggoyahkan si perokok untuk meneruskan aktiviti ini atas sebab "ketagihan". Pernah dengar rokok mengandungi tar? Saya pasti ramai dalam kalangan kita pernah dengar benda sebegini. Ia bukan sebarang omongan kosong. Ya, Tar itu ada. Tar itu memang wujud sebagai salah satu bahan dalam rokok. Cumanya, bukanlah Tar jalan raya seperti yang dimomokkan oleh orang ramai. 

Ia mengandungi Tar yang membuatkan gigi dan jari jemari si perokok bertukar menjadi kuning. Untuk yang hidup bersama perokok, pasti boleh nampak perubahan ketara ini pada mereka. Boleh lihat lanjut gambar di bawah informasi yang lebih lengkap mengenai Tar 😊


Jadi, apakah langkah alternatif yang boleh kita cuba lakukan?

Sekiranya masih memilih untuk menggunakan rokok tembakau, sila pastikan sisa asap dicuci. Bagaimana caranya? Selepas merokok, pastikan kawasan sekitar di lap bersih dan baju yang dipakai di basuh dan ditukar sebelum berjumpa orang ramai. Ini kerana, sekiranya asap rokok dan debu terdedah kepada orang lain, ia bakal mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sila pastikan juga lokasi merokok jauh dari orang ramai. Ia bakal membawa masalah kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok secara terus dari si perokok. Ia dikenali sebagai "perokok pasif". Bahaya kan? Sila sayangi yang tersayang ya. Jadi mungkin lebih baik untuk beralih kepada alternatif yang tidak melibatkan proses pembakaran seperti contoh rokok elektronik atau ‘heated tobacco’. Memandangkan alternatif yang disebut ini tidak melakukan aktiviti membakar, (ini kerana hanya wap atau ‘vapor’ yang dihasilkan bukannya asap yang berbahaya seperti karbon monoksida), ia akan mengurangkan kadar bahaya kepada diri si perokok dan orang sekitarnya.  

Jum saya kongsikan beberapa contoh alternatif yang boleh dicuba!

E-Cigarettes (contoh: Vape, vape pens, e-hookah, e-pipe, e-cigars)

Ia adalah sejenis alat yang dioperasikan menggunakan bateri tanpa kehadiran tembakau. Dengan memanaskan sejenis cecair, yang mengandungi bahan seperti bahan kimia, perisa tiruan dan juga nikotin. Tapi sekiranya ingin memilih cecair tanpa nikotin, ia juga turut ditawarkan.  

Heated Tobacco Products (HTPs) (contoh: IQOS, Ploom TECH, PAX, Glo) 

HTPs are peranti yang menggunakan sistem pemanas berkuasa bateri untuk memanaskan tembakau untuk menghasilkan nikotin. Tidak seperti rokok, HTP tidak membakar tembakau, tetapi seperti namanya, memanaskannya sebelum membenarkan ia mencapai titik pembakarannya.

Nicotine Replacement Therapy (NRT) (contoh: Nicotine infused products such as gum, patches, lozenges, inhalers)


Kaedah yang biasa digunakan, diluluskan dari segi perubatan yang mentadbir nikotin kepada pengguna tanpa bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam tembakau. NRT datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan bentuk, direka untuk membantu mereka yang berhenti merokok - terutamanya mereka yang mengalami gejala pengeluaran nikotin yang teruk. NRT boleh didapati secara meluas di farmasi.

Smokeless Tobacco (Contoh: Snus, snuff tobacco or chewing tobacco)

Tembakau tanpa asap membekalkan nikotin tanpa pembakaran tembakau dan ditadbir sama ada secara lisan atau hidung. Oleh kerana ia tidak melibatkan pembakaran tembakau, oleh itu tidak menimbulkan resiko tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan. tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan.

Dengan beberapa alternatif yang tersedia, perokok mempunyai peluang yang banyak untuk memilih pilihan yang mana untuk membantu mereka mengurangkan bahaya tembakau dalam hidup mereka. Paling utama, pilih sesuatu yang kena dengan pilihan dari segi tekstur, rasa dan juga pengalaman menggunakannya. Jangan risau, kerana kesemua pilihan yang disebut di atas, mudah didapati di pasaran kini. Sebelum lebih banyak lagi penyakit yang akan dikaitkan dengan si perokok, sekarang merupakan masa yang sesuai untuk berhenti merokok. Anda pasti boleh! Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website HAA’s website (https://haahub.com.my) #TobaccoHarmReduction

Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website  HAA’s website (https://haahub.com.my

#TobaccoHarmReduction

Tuesday 23 November 2021

Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka

Assalamualaikum 💗

Lama tak singgah menulis dekat sini. Kerja hakiki dekat ofis menimbun tak sempat mak nak tarik nafas. Lepas satu satu kijo mak kena settle ngalahkan boss. Eh. Membebel sini pulak eh ko. Haha. Niat asal nak sambung cerita ke melaka. Apa pulak la sis makan kali ni eh. Setiap kali ke Melaka, list kedai makan panjang berjela sampai husband i amazed cmenae i boleh dapat senarai kedai makan ni haha. Kalau berjalan dengan sis confirm takkan blur nak makan mana 😋

Anyway.. Kalini try makan Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka. Recommended by my contest friend Seha. Thanks babe!

Sebelum ni i singgah kedai ni tapau kuih je. Banyak gila choices kuih dekat sini. Penggemar kuih melayu macam i dengan icha memang suka laaaaa. Siap rambang mata haha. Cumanya.. Tak pernah perasan langsung asam pedas dekat kedai ni walaupun setiap kali dtg kedai ni memang penuh dengan manusia. Ke sis memang sejenis tak pandang kiri kanan eh?! 😅 So lepas dapat suggestion, i ajak husband lunch sini. Musim musim covid ni, i takut sikit nak makan kedai yang ramai org. Kedai ni on that day memang cramped with people. Maka moh le tapau makan dekat hotel je oki.

Jemput tengok menu of the day:


Nasi putih
Asam pedas daging tetel
Asam pedas ikan pari
Kangkung belacan
Ayam golek 
Laksa (beli dari kedai lain tapi tak sedap sis emo)


Ni asam pedas ikan pari. MashAllah sedapppp. Kena dengan tekak kami. Takda rasa asam pedas yang pelik (which i cannot explain in words lah asam pedas pelik tu macamana tapi kalau korang makan asam pedas tak sedap mesti emo haha). Ikan pari sedap and fresh! I always terkena ikan pari rasa weird tau. So dekat sini i bagi tambahan bintang dekat ikan pari  hehe. Cukup rasa masam pedas semua. Korang boleh try k!


Lagi satu asam pedas we try was asam pedas daging tetel. This one was mine. Sebenarnya i nak asam pedas telur mayong sadly dekat sini takda jual. Kempunan i sampai today (kena repeat melaka lagi ni nampak gaya 😆). Anyway asam pedas ni pun sedap. daging dia cair dalam mulut gitu. Lembut and kuah dia pun sedap. 

If I kena choose between these two, I akan choose daging tetel lah. Love it!

Oh lupa, lepastu i ada add on sayur. I order kangkung belacan. Yang i dapat was sedikit kangkung with sedikit kobis dan carrot. More like sayur campur to me. Portion dia pun sikitttt. Tapi sebab the taste was okay, and we weere hungry habis di makan walalupun dok wonder haha.

Sebenarnya i dah tak ingat berapa harga semua ni in total. Tapi owner ada tampal siap siap dah harga dekat kaunter kedai masa nak order. So bolehla refer siap siap oki. We definitely will repeat incase ada telur mayong in the future. If not, kena makan kedai lain lah. Sebab melaka ni ada beratus kedai asam pedas nak kena try. kalau asyik repeat the same kedai rasa rugi pulak trip ke melaka. Logik kan? Siapa boleh relate macam i? 😆

p/s: Ayam golek beli dekat stall di kedai perhentian ujong pasir jugak. Kedai ni ada konsep stall stall kecik. I beli ayam golek dekat pakcik ni. Murahh tapi i lupa harga....again haha. I ambik ayam separuh and it was so good. Juicy betul ayamnya. Sedapppp. Berbaloi beli! This one oso can try oki.