Friday 29 January 2016

Cafe Dim Sum Seri Iskandar

Salam jumaat uols! So happy sebab dapat makan dimsum. Thank you husband for the double treats! Double treats sebab makan dua kedai. Mihihi. Happy tummy!

keratan rentas chicken dumpling yang seriously sedap :d
Sebab taktau arah nak pi cafe ni kite just waze and taraaaa sampai lepas sesat sat :p Tapi sampai je kafe ni macam sunyi and takda orang. Tapi takpelah.. Dah niat nak makan so we just come into the cafe. Masuk je dapat menu dan dalam menu semua set. Terus terdetik takkan set je? No choice at all? Sebab takda yang single menu. Bila tanya orang tu kata kalau nak yang single menu kena layan diri. Tsk tsk begitu rupanyaaaa.. Pi tempat layan diri tapi dalam fridge semua dah takda, peti ais hampir kosong tau T_T sebab teringin, mummy cakap ambik a few untuk rasa. So I took 2 set one with mushroom and another one is chicken dumpling. Plus pulut ayam. After 10 mins waiting siap. We just take away. Sebab nak makan dekat kedai lain since kedai ni ada few selection of dimsum ONLY. Sampai another kedai, kami pun bukak dimsum untuk makan. Rasa? Sedappppp! Sedap tak tipu. Both dimsum sedap. Puas hati tau makan. Cuma pulut ayam tak kena sikit. Sedap lagi pulut ayam ahmad chan. Tapi overall nice experience! Price wise okayla kot. Sebab kite taktau rate biasa for dimsum. As long as rasa sedap dan kena tekak kite, husband, ayah dan ibu kira okay. I mean itu dah cukup bagus hihi.

Ayah kata nanti kena repeat makan, and kena datang awal sikit after this. Lepas risik risik dim sum cafe ni tutup pukul 9. Ahaha patutlaaaa dim sum selection tinggal a few bila kite sampai around 8 pm. Hihi. if you guys happen to be around seri iskandar area bolehla cuba ;)  @ kafe dim sum seri iskandar. Okays? Sebab tak menyesal inshaAllah. kedai lagi satu kite pi makan pun sedap dan MURAH! -- hihi tu yang best sebenarnya. Nanti kite cite lain untuk kedai tu ;)

Tuesday 19 January 2016

Random #1 : Mengandung dah?

FAQ.
Soalan famous yang orang akan tanya dekat kite. Dah berisi ke. Eh, dah mengandung ke. Lama dah ni kawin. (Orang akan anggap more than 6 months or so kawin dah kira lama) and oh.. Bila nak dapat baby?

And tu kira soalan wajib la if i happen to meet someone/ a friend of mine yang kite dah lama tak jumpa ataupun masa borak dekat whatsapp. Tapi.. Kite langsung tak pernah terjentik rasa nak marah ;) It is a norm for people to ask that question. Dia macam, why not i ask about pregnant question instead how are you. That question is more interesting i guess hihi. Kite bila orang tanya soalan bila nak mengandung kite senyum je sambil cakap rezeki tak sampai lagi doakan ya. So far Alhamdulillah tak pernah lagi rasa sentap orang tanya soalan tu. Sebab kite pun baru kawin. Baru nak masuk setahun. Takkan orang tanya soalan gitu nak sentap nangis sebab rezeki tak sampai lagi? Chill.. Allah swt tahu bila sebenarnya kite dah bersedia atau bila kita belum bersedia. Maybe kite cakap "oh im ready! Tapi kenapa aku tak dapat anak lagi" No. Pls don't question why. Itu semua kerja Allah swt. Dia lebih tahu segalanya.. Apa kite boleh buat just doa and enjoy life. During this time, u can spend a lot of time with your spouse. Get to know more to each other ke or just enjoy your halal ride with him daripada risau dan jejaskan emosi kan? ;)

Pasangan yang dah kawin siapa je taknak anak kan? Mesti ada rasa nak zuriat sendiri. Dan perasaan tu normal. Tak banyak pun mesti terselit rasa tu sedikit. Dan.. Kite pun rasa macamtu jugak. Tapi takkan kite nak sedih je sepanjang masa sebab rezeki belum sampai? No inshaAllah tak.. untuk kite dengan husband, kami berdua ada support system yang supportive yang buat kami tak rasa down bila rezeki tak sampai lagi. Kite tau rezeki kite belum lagi. Kami redha. Itu tanda kite dengan husband punya rezeki maybe dekat tempat lain. Contohnya kami sambung master sama sama department sama supervisor pun sama. Susah kan nak dapat peluang bergolek macamni? Tapi kami dapat dan Alhamdulillah. Syukur sangat sebab laluan kami untuk sambung belajar sama dipermudahkan  :')

Apa yang buat kite terfikir nak tulis pun sebab ada kakak PHD dekat ofis kite ni. Dia dah kahwin 10 tahun dan dia baru dapat rezeki untuk mengandung. Dan sepanjang 10 tahun tu sabar je dia menunggu rezeki anak untuk tiba. Bila kak sam cakap dia dah 10 tahun kahwin and baru dapat rezeki mengandung ni buat kite terdiam kejap. Tabahnya hati akak ni.. 10 tahun menunggu.. situasi kedua, ada sorang makcik ni kite jumpa masa beli barang dengan dia. sembang sembang tiba tiba masuk hal zuriat. dan makcik ni kata, dia masa umur 40 baru dapat peluang menimang cahaya mata. Lebih kurang 20 tahun usia perkahwinan baru ada rezeki zuriat. Allahu.. Tabahnya hati. bila kite berdepan dengan wanita besi macamni, baru buat kite tersedar. Macam kena ketuk kepala. Bilamana kite rasa kita sudah lama menanti, sebenarnya bila kita tunduk ke bawah masih ramai wanita sekapal kita yang menanti bertahun lamanya.. Masih ramai yang menanti zuriat dari rahim sendiri namun rezeki itu masih tidak kunjung tiba..

So, apa kita perlu buat? Sabar. itu kunci kepada segalanya.
Bila orang tanya dah mengandung ke? Cuma senyum dan minta mereka doakan yang baik baik ♥
Takmo masam masam ok? kite chill je dan yang penting always be happy! ;)

Saturday 16 January 2016

Maggi telur sotong @ PCB

Last friday kite, en husband and a friend of mine pi kenduri rumah kawan area bachok (dah dekat sangat rumah kawan kitorang dengan pantai bachok) Untuk makan lunch time dan of course kite happy aaaa dapat pelepasan masak haritu. mihihi. So.. Dari rumah kite about 30 mins driving and miwa drive since kami naik kete miwa hihi thanks miwaaa! :* lepas dah makan kenyang kenyang dan ambik pelam yang kait sendiri depan rumah syuk *makasih syuk!* kitorang pun gerak balik sebab nak pi beli sosej super sedap dekat kedai frozen. Sampai je kedai tu, kedai tu tutup! Boleh gitu? Kedai tu tutup every friday, dan kite baru tau u_u Dah aim nak beli sebab nak bawak balik perak ni and then next day tu kitorang pi lagi sbb nak beli hihi gigih kan. Yela kan benda sedap nak bagi family pun rasa :) lagipun kite ni asalkan benda sedap anything pun kite gigih. Nasibla husband nak melayan.. Tapi bila kedai frozen tu bukak, takda jual sosej yang kte nak dkt situ. -.- zzz.  

And then terus idea pop out from my mind nak makan jagung area jalan nak pi pcb. (Haha maisarah memang banyak idea spontan okay seperti biasa) tanya miwa nak ikut tak, takpe ke, tak susahkan ke and all sort of question sebab lepas da cakap baru rasa bersalah. Haha maisarah memang gini k •_• lepas dah park kete miwa dkt rumah miwa and naik kete kite je since nak pi pcb. Beli jagung dengan kacang tepi jalan nak pi pcb and then lepak tepi pantai makan jagung and kacang. <---- best! By the way, pasal megi telur soong tu kan.. Masa dalam kete lagi dah bincang dgn miwa bak share je makan magi telur sotong tapi bila dkt pcb dah kenyang makan benda yang kami beli tpi gigih jugak makan sebab teringin. Banyak betul tapi kan? Sebenarnya terpengaruh kawan ofis cakap telur sotong dia besar and serius sedap sebabtu gigih jugak nak makan. haha dasar mudah terpengaruh betul :p

Cari cari kedai since teringin nak duduk dekat area pondok. Nampak satu pondok available and kitorang cepatcepat duduk sebelum orang lain ambik haha tapi serious pondok memang full house all the time, by luck u guys bolehla merasa duduk macam kami hihi banyak gerai ada pondok ni, jadi kami pi pondok yang kosong je bukan ikut kedai menarik hihi *untuk info, area depan pantai pcb banyak gilaaaaa kedai jual magi ketam mainly and all sort of magi, tinggal nak pilih je mana mana kedai yang korang berkenan nak makan ;)* bila dah duduk, kami bertiga pun order air kelapa dua, air limau je at first sebab dalam menu tak nampak megi telur sotong. Awal awal tu dah kecewa bukan main dah sebab niat nak makan megi telur sotong tau T_T but then luckily ada miwa.. Miwa pun tanya makcik tu and makcik tu kata ada and harga magi telur sotong RM8 only. Eh biar betik harga rm8 jeeee terus order tanpa fikir panjang ahaha. Lepastu husband pun order nasi goreng kampung. Tak lama pun tunggu even boleh tahan ramai kedai tu and Alhamdulillah sedap! Semua yang kami order sedap. Air kelapa sedap! Air limau sedap! Nasi goreng kampung sedap! Magi telur sotong yang jadi highlight of the day pun sedap! Aaaa besar tau telur sotong dia siap ada dua ekor udang galah saiz sederhana. Share dengan miwa pun puas hati makan sebab portion pun okay ;)

* Definitely will come over again after this if me myself tetiba teringin nak. Sebab husband takleh makan seafood kihkih. So yeah, give it a try kay! Worth every penny inshaAllah! ;) 

Tuesday 12 January 2016

Green Tea

Since everyone keep talking tagging all over the social network and also at the office about this green tea, my husband and i give it a try. Why not kan? Sebab everyone asyik cakap sedap gilaaaaa rugi tak try. Dah cuba, alamekkkkk. So not our taste.Apa yang kite boleh kata, rasa green tea macam kite tengah makan perfume T_T no, i am not exaggerating. It is true. Even dekat my instagram pun one of my friend cakap dia rasa macam makan perfume. So, kite ada geng saying the same thing. 

First day nampak dekat kafe usm ni tak rasa apepun. But, husband and i both wonder ape eh rasa green tea ni? Sedap sangat eh sebab ramai suka? since kawan kite and kawan husband pun suka this green tea kitorang tertanya tanya rasa dia. But to give it a try, maybe not at that time. Sebab kite bukan someone yang suka makan/ minum benda yang kite tak biasa. 

And then, the next day. Pergi another kafe in usm nampak lagi green tea ni. Eh, kenapa femes nau air ni. Siap ada yang campur cincau etc dalam green tea ni. Tanya kakak ofis, dia kata kafe ni rm1.50 je. Kafe semalam tu rm2. "Rasalaaaa, sedap bagi akak" akhirnya kite tewas dengan kata kata tu selepas dua hari berturut nampak air ni. Ahaha. tak kuat iman dengan godaan makanan. Plus kafe ni murah sikit sebabtu terus beli tanpa berlengah lagi :p


AIr teh hijau pelik.
Lepas je hirup sekali kite terus buat muka pelik dekat husband. dan monolog dalam hati *pehal weh rasa dia gini pelik gilaaaa rasa macam tengah makan perfume?!!* lepastu kite pas air dekat husband and dia pun rasa jugak. and he gave me THAT LOOK. i know that. tak sedap kan? hahaha. so kitorang berdua pun berhuhuhu sebab menyesal beli u_u tapi tetaplaaa sedut sampai habis air ni taknak membazir. Sebab membazir kan amalan syaitannirojim.

So conclusion.

"Nak ke beli lagi lepasni?"
"Noooo, inshaAllah taknak dah u_u"

No. Kite tak bash pun awak yang suka minum green tea. Jangan risau k? Hihi. Ni cuma pendapat kite. Will not effect anyone pun. And if you like the taste of the green tea pun okay je what? Different people different taste. Susah la kan kalau semua orang taste sebijik? Kang kalau sorang tak suka green tea satu dunia pun tak suka. Muahaha. *my wild imagination*  :p

okay tu je nak bebel. Babai Assalamualaikum! ♥

Monday 4 January 2016

Popia goreng isi burger daging

Bahan:
3 biji kentang
1 biji bawang
2 ulas bawang
2 keping burger daging ( kite guna jenama ramli)
-- semua bahan di atas di potong dadu

Bahan lain termasuk:
Sedikit minyak untuk tumisan
1/2 cawan air
Sesudu kecil serbuk lada hitam
Secubit garam

----------------------------

tadaaa! ni half of the result of the gulungan. tak kemas pun sebab rushing mihmih.



Cara masakan seperti dibawah
1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan kentang dan tumis
3. Tambahkan air -- untuk empukkan kentang
4. Masukkan lada hitam dan garam dan biarkan dalam 5-10 min dalam keadaan api perlahan
5. Setelah air sudah agak kering dan kentang sudah kelihatan empuk *tekan kentang untuk cek samada kentang masak atau belum: if senang potong maksud kentang dah masak ;)* masukkan daging burger.
6. Kacau kesemua bahan dan biar seketika dalam masa 2-3 min.
7. Apabila semua bahan telah mesra, tutup api dan sejukkan bahan sebelum mula menggulung.






--- lepas dah sejuk, ambik satu keping kulit popia letakkan atas sebarang pelapik (kite guna chopling board senang nak gulung) dan ambil 2 sudu besar inti yang sudah siap tadi letakkan di penjuru kulit popia, gulung dan letak sedikit air di hujung kulit popia untuk pastikan ia kekal dalam keadaan di gulung. And tadaaaa siap! Kite dapat sediakan 10 keping popia ikut resepi ni since kite letak intil banyak hihi jadi kalau korang letak inti sikit mesti dapat lagi banyak popia ;) dah siap semua, kalau tak habis goreng masukkan dalam tupperware and frozen kan! ;)

selamat mencuba! ♥