Tuesday 3 May 2016

Tong gas masak tahan 9 bulan

Assalamualaikum. ♥

Tengah syok memasak hari ahad yang lepas, tetiba api dah takda. Mula mula tak perasan, tapi lama lama dah takda bunyi dekat dapur ad tengok betul lah dah habis minyak. Dah la masa kite baru mula memasak for about 5mins je k. Last batch goreng paru before nak buat paru masak cili. Tu satu jeeeee baru settle belum sayur lagiiii. Huhu. Lepastu masuk bilik bagitau husband. Call number gas nak mintak delivery tong gas dia kecek tutup. Call others pun sama semua tutup. :( Kebetulan habis gas pun masa cuti am. Ahad is 1 may cuti hari pekerja, semua kedai gas tutup. Huwaaaaa macam manaaaaa nak masak niii. Masa tu blur habis tak boleh nak come out with a solution untuk sambung masak. Duduk termenung kejap sorang sorang dekat situ. Husband cakap takpe, makan paru goreng dengan sambal belacan dengan nasi panas panas.

Kite tanya la husband, takpe ke yang? Takda kuah ni? Of course la rasa bersalah kan kesian husband. Tapi husband kata tu pun dah sedap dahhh.. Hihi lega sikit. Terus laju laju sambung masak nasi. Dalam 10 mins dah makan. Alhamdulillah kenyang. Rezeki betul sempat jugak goreng paru. Kalau tak nak makan apeeee la kan. 

Lepas dah siap makan whatsapp ibu dengan mak. Ape lagiii misi mengadu gas habis laaaa kan :') ibu masa tu pi wedding patin my bestie which kite tak dapat datang due to work yang tak dapat elak eh sedihnyaaaa tak dapat pi! Selamat pengantin baru bestie ku yang tantik! ♥ kite mengadu laaa dapat makan paru goreng je sebab gas habis. Ibu kata nanti ambik dapur elektrik dekat rumah, senang kalau ada emergency macam gas habis. Mihihi thanks mummy! Lepastu bila bagitau dekat mak pulak, mak suggest guna periuk nasi. Ommo, kenapa i tak terfikir langsung ni?! Haha. Thank you mak sebab kasi idea begitu. Biasela menantu mu ini kalut sungguh bila berdepan emergency :') 

Harini dah hari ke 3 takda gas = 3 hari tak masak. 

Patutnya isnin nak pi beli tong gas tu, tapi sebab buat labwork sampai ke maghrib dari pagi tak sempat beli kedai tutup. Isnin tu whole day kedai yang masakkan hehe. Last last bincang dengan husband, tak boleh jadi asyik makan kedai sebab gas habis so kami pun pi kerja lewat harini tunggu pokcik gas datang hantar gas. Pokcik tu sampai dekat bawah and husband angkat tong gas tu bawak naik rumah. Finallyyy.. Gas dah ada. Yay terus bersemangat nak masak! At first nak masak breakfast together with lunch (nak bawak lunchbox pi ofis). Masa tengah masak breakfast husband kata kena pi ofis immediately sebab ada kerja kena siapkan. Dapat masak breakfast jelaaa. Jadila kan? Hehe. Hashtag projekmemikatsuami gittew. Haha. Excited sebenarnya sebab 3 hari dapur tak berasap :') 

Eh by the way, kenapa 9 bulan? 
Lamanya gas tahan?
Iyeps. 9 bulan. 

Kami masuk rumah ni awal bulan 8 tahun lepas. Awal bulan 5 tahun ni which is last sunday baru habis gas. Tahan lama betui. Maybe sebab kite masak pun breakfast and dinner. Sat je guna gas nak memasak. :) kite rasa household yang tinggal berdua which is just husband and wife mesti gas tahan lama macam kite. Kalau balik kampung kite ibu memang dah prepare satu gas extra incase gas habis masa masak and macam kampung husband, gas senang dapat. So mak takdela prepare extra gas. In my case pulak, takkan kite nak simpan tong gas extra for another 9 month baru nak tukar kan. Sebabtu la jadi kes macamni :')

Till then!

4 comments:

Anonymous said...

Ada nama kite lah ! hehe.. tenkiu awakk yg tantik angatttt! :*

Sarah said...
This comment has been removed by the author.
Sarah said...

hehe, manede tantik pun. Awak tu makin berseri sejak kawen ni :*

hana syakira said...

Guna gas apa?sy guna gas mira, dh setahun lebih ni tahan.. Risau jugak kalu tiba2 abes