Antara lauk yang simple + inshaAllah sedap sampai suami puji. Bahan pun simple je ;)
Bahan A
- paru {ada yang panggil lampung}
- garam
- kunyit
i. Hiris paru ikut ketebalan yang disukai
- kite suka tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal, just nice purpose dia nanti senang nak makan je hihi :p
ii. Gaul paru bersama garam dan kunyit
iii. Goreng paru hingga garing dan ketepikan
Bahan B
3 biji Cili masak
4-5 biji cili padi {optional : tambah kalau nak rasa pedas sedikit}
1 inci belacan
Sedikit garam
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1/4 kiub ikan bilis
i. Tumbuk kesemua bahan hingga lumat.
i. Panaskan kuali dengan sedikit minyak
ii. Masukkan bahan B dan tumis sebentar
Tambah sedikit air - ini optional bagi yang taknak hidangan mereka terlalu kering
iii. Masukkan bahan A iaitu paru yang sudah di goreng terlebih dahulu sebentar tadi
iv. Gaul rata kedua dua bahan tersebut hingga mesra
v. Dan hidangan sedia untuk di hidang!
* selamat mencuba ya :)
No comments:
Post a Comment