Friday, 21 August 2020

JJCM: Ikan Bakar Usop Keramat

Assalamualaikum 💗

Lepas pusing pusing around Taman Burung for nearly 2 hours, kitorng lapar gilaaaaa T_T I asked my friend for some recommendation for places to eat and she asked me to try Mak Teh ikan bakar dekat area pasar Keramat/ Mee Kari and Nasi Ayam. Disebabkan we look for something heavy, we opt for ikan bakar. Dari Taman Burung Kuala Lumpur ambil masa dalam 15-20 mins untuk sampai. But kitorng salah jalan that day (guna waze pun masalah begini tetap berlaku ya u_u), so we reach a bit late. 

Masa dalam perjalanan tu, rasa macam pernah lalu this area for few times. Bila ingat balik rupanya memang pernah lalu sini untuk ambik kek last year. Haha. mind you, we always use waze whenever we are out of our comfort area. Sebab nak cepat and takmau stuck jam kononyaaaa 😝

Sampai area Pasar Keramat masa peak hour. Kereta memang bersusun tepi jalan. Rezeki dapat parking ngam depan kedai. Tapi masa sampai tu kedai mostly tutup, bila jalan kebelakang area pasar tu baru nampak satu kedai ni ramai gilaaa manusia. Cumanya nama dia bukan mak teh, tapi usop. But the foods looks tempting. Ke sebab lapar ni? Haha. So we give it a try.

Memang full house, kami datang nasib ada meja kosong. lepas dapat seat, nampak people queue untuk makan dekat kedai ni. service laju, just sit down and the worker will come untuk ambil order. Masa dah duduk dekat meja baru perasan kedai mak teh dekat sebelah haha. Nasib tutup 😅

This was our menu on that day. Ni baru first round ye, kitorng bertambah nasi after that. haha. 

Ada banyak choice of bakar bakar. kembung, tilapia, terubuk, ikan jaket, ikan pari. But we choose ikan kembung. 

MashaAllah it was so good!

Manis gila ya ikan ni. Isi pun pejal. Puas hati makan ikan ni berdua. Jangan risau, cukuppppp! kitorng makan nasi bertambah pun ikan ni ada extra siap boleh ratah hehe.


Star of the day!

Sebagai peminat benda pedas, i bagi A. Meleleh hingus makan sambal ni. Puas hati siap bertambah sambal ni ceduk sendiri buat macam rumah sendiri haha.

Air asam pun sedap. Eventho tak pedas, but the taste was nice. Sedap.

Freshly masak atas api macamni straight to your plate. I rasa ni kut yang buat jadi bertambah sedap sebab makan panas panas. 

Sebelum i lupa, main dish memang bakar je ya. Lauk lain yang ada cuma masak lemak ikan dan asam pedas ikan. But trust me, worth to try. Ambil kuah masak lemak no charge oki. Sedap pulak tu. Ulam je ambil sendiri, yang lain semua pekerja akan datang serve dekat meja.

Total for everything RM 19

Nasi RM2/ plate
Ikan kembung saiz besar RM 9 / pc
Ulam 3 ikat RM 1
Kopi ais RM 3/ glass
Free soup
Free sambal belacan dan air asam

I recommend you guys untuk cuba. Worth it! 😋

Nah info about kedai ni:



p/s: Tempat ni crowded, so make sure jaga jarak oki?

Wednesday, 19 August 2020

Review: Room and breakfast Red by Sirocco KL

 Assalamualaikum 💗

Last two weeks we went for a short staycation at Red by Sirocco hotel in Bukit Bintang area. Booked thru Traveloka and it was a smooth booking experience I can say. Among all, we choose this hotel sebab this hotel dapat 2020 Traveloka hotel awards winner (which make me fall for it in an instance) and it got 4-star rating inside the Traveloka apps.

I was so happy.

As I thought I made a great deal from it.

(baca sampai habis to know the whole story oki)

Our room card ft icha.

During check in, I was told the TV is not functioning. Bila i tanya pekerja tu , dia tak boleh nak explain in a proper way (dia cakap slow gila and I taktau dia mumble apa sebenarnya). I pula main teka teka apa dia cuba nak bagitahu, and lastly I heard he said ada maintenance for about one month. I tak tahu la what kind of maintenance yang melibatkan TV satu hotel selama sebulan. huhu.

Bila tanya about parking, he said parking untuk hotel takda tapi boleh parking depan hotel. Bayar RM 10 per day. I terus pandang pekerja tu. TV rosak? Parking also kena bayar?

I told my husband about TV and parking, speechless terus dia. TV rosak? Seriously?😓 --- we thought that will be the only problem. but... 😅

By the way..

Ni luaran hotel. Cantik kan?


These are some of the room photos:

The toilet.


TV ada, but we couldn't locate the plug. Penat fikir so we think maybe its inside the wall haha.


Some of the toiletries.


Coffee machine and tea. Ni la kut yang buat i tertarik masa booking.


Shower yang clog after few minutes mandi, nak tunggu air kering lama ya. Tried to call receptionist to report about this but the phone is not functioning. Yes....... even telefon pun tak berfungsi 😅


Katil dia besaq, I think king size. walaupun besar masihhhh icha conquer whole bed 😂


Oki ni sejuk sikit hati.

Ada working table juga, and this hotel provide balcony for each room. This one best sebab bila icha tidoq, kami dok luaq sembang sambil tengok scenery. 😀

For breakfast: We call for breakfast at 8am, but they said breakfast was not yet ready. Called a few times regarding breakfast and we got it at 10 am. The menu was English breakfast and it was just okay. Lama menunggu definitely not worth it ya if you purposely add in money for breakfast.

Definitely below my expectation.

I am a bit frustated with my staycation at this hotel. I tak tahu samada ni sebab COVID 19 tapi I berharap perkhidmatan hotel ni boleh diperbaiki lagi dimasa hadapan. One of the other reason I choose this hotel is because of their infinity pool. Sadly i tak sempat nak dip my toes there. So, I can only do my review on the room and the breakfast itself. But I heard there is a lot of good review about their pool Maybe you can give it a try?

p/s: Before booked hotel ni I baca banyak good reviews in the traveloka apps. Maybe it was my bad day. Dapat tv rosak, telefon rosak, breakfast lambat gila, shower clog, inquiry about iron tak di layan (Bila kami minta iron, they said we will get before 10 am. But we didn't get it until check out at 11 am.) and parking kena bayar. Phew 😅

Sunday, 16 August 2020

Tutorial: Cara keluarkan duit ASB secara online

Assalamualaikum 💗

Hi everyone! Happy monday! So.. Last June i ada share cara nak masukkan duit ke dalam ASB secara online. Kebetulan harini i keluarkan duit from ASB secara online, i share here step keluarkan duit from ASB secara online pula. Jom?

Step untuk keluarkan duit ASB secara dalam talian:

1. Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my


2. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas. Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna dan klik Teruskan


3.  Akan keluar satu frasa keselamatan. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak. Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda pilih, klik Ya. oki? Masukkan Kata Laluan anda.


4.  Klik menu Portfolio


5 Di hujung sebelah kanan unit amanah, klik butang Transaksi. Pilih Jualan Balik



6.  Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan

Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.


 7. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik

Maklumat ini akan terpapar secara automatik: Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat


8. Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Jika bersetuju, klik Teruskan


9. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan

Klik Permintaan TAC, Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan. Klik Seterusnya


10. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya. Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah  masuk


Mudah kan?

Selamat mencuba! 😊

Friday, 14 August 2020

Tutorial: Cara register MySejahtera untuk premis perniagaan

 Assalamualaikum 💗

So yesterday i kena daftar MySejahtera for my company. I had no clue on how to register, I just googled to find any related articles that can help me with the registration. But none can provide me to register easily. Since harini im a bit free, i nak kongsikan cara termudah untuk daftar dalam website MySejahtera. I tunjuk step by step with pictures so it will be much easier for you to refer 😉

Lessgo!

1. Buka laman web: MySejahtera

2. Scroll ke bahagian bawah website, dan akan nampak seperti gambar yang tertera di bawah. Klik daftar.

3. Pilih samada mahu menggunakan nombor telefon ataupun email untuk mendaftar.

4. Selepas tekan butang register, skrin anda akan tertera seperti paparan dibawah.

5. Since i daftar menggunakan email, i buka email untuk dapatkan link yang dihantar. Klik link tersebut untuk meneruskan sesi pendaftaran.

6. Masukkan kesemua maklumat berkaitan seperti nama premis, alamat premis dan juga nama person incharge untuk pendaftaran MySejahtera.

7. Setelah selesai, anda akan mendapat QR code seperti paparan di bawah.

8. Sekiranya anda mahukan soft copy QR code untuk simpanan, masukkan alamat email dan klik butang email me. Dalam beberapa minit, email akan sampai untuk simpanan anda.

Itu sahaja. Mudah kan?

Never thought the process will be this easy😅 Selamat mencuba!

Monday, 10 August 2020

JJCM: Milo Ketagih Puchong

 Assalamualaikum 💗

Last sunday balik dari hotel, we singgah puchong to bought something. Bila dah settle, my husband took out his phone and started to look for direction untuk balik rumah. I panggil my husband and I buat sengih ada maknaaaa.. He said nak pergi mana?  I told him lets go tapau something. He said to me "dah agak dah mesti nak singgah memana and asked me the name of the place.😂

Sebenarnya I suddenly craved for something sweet (no no bukan pregnant) eventho I tengah sakit kepala gila at that time. I googled for something sweet to eat (since that time tengah panas rembang) way way before sampai puchong and there were 2 spots in my list. Efficient bukan? 😋 From that two choices, I opt for Milo Ketagih and Laksa Telur Goyang. If you guys remember, ada satu masa ni this milo became a hype to everyone. Masa tu i pernah rasa sekali but it was just okay. Takda any spark for me untuk repeat balik. Suddenly last few days tekak teringin. Boleh gitu? 😆


Lokasi kedai ni betul betul sebelah Caltex Puchong yang ada family mart tu. MashaAllah setiap masa lalu sini but never knew about this kedai before. Ada dua menu dekat kedai ni. So I tapau one milo and one laksa.

Milo ketagih: RM 5 / Laksa telur goyang: RM 6


Each milo ketagih order got one big cup of milo concentrated like above. Seriously banyak gila ya, penuh one big plastic for takeaway.

See this. Each takeaway dapat one big cup of milo concentrated. i would say it worth my money.

This is the close up of the stall. Kedai ni bersih sangat. Amazed betul with how they take care of everything. if I were to sell this kind of menu, mesti melekit like everywhere. hehe. so kudos to them!

Kacang dan chocolate rice as the topping! Banyak betul diorng letak dekat atas milo ni. Sebagai peminat kacang, you win my heart gitu 😋

Masuk kereta i cepat cepat bukak and rasa. Hence no closeup picture for this haha. Definitely to my liking! Sesedap rasa when u mix everything together. Tak manis sangat pun. But since i suka makan without kacau all together, it became extra sedapppp! Serious. you should give it a try!

For penggemar manis macam i, I rate it 4.5/5 🌟

Waze: Milo Ketagih Puchong.

p/s: Laksa oso taste okay. I bagi 3.5 out of 5.