Assalamualaikum!💗
Harini i nak share steps untuk masuk duit dekat ASB secara online.
Sebelum ni i memang setia pergi pos ofice/any bank untuk masukkan duit dalam ASB secara offline. Sebab apa? sebab i tak pernah terfikir langsung nak try online. (sebenarnya i taktahu pun ASB boleh transfer online! hahaha).
Lame i know.
Tapi jangan risau, now i dah tahu dah 😝
takdala episod buang masa menunggu semata mata nak masukkan duit ASB lepasni kan?
Okay jum start.
1. Bukak link ASNB macam biasa, klik daftar di sini.
2. Klik teruskan, dan isi segala maklumat berkaitan.
3. Login balik macam with necessary infos lepas dah selesai sign up.
4. Then your home akan keluar macamni. Since i ada 2 jenis akaun ASB, which include ASB 2 my home will show yang i ada 2 dana. tapi ASB 2 to dormant account je. I tak pernah pun masuk any duit dalam tu sejak i dapat free rm50 daftar masa zaman degree. now duit berapa dalam tu nearly RM100. ok lah kan hehe.
5. Once dah klik transaksi as above, akan keluar choices as below. Di sebabkan i nak chip in some money into the account, i pilih pelaburan tambahan.
6. Klik TIDAK untuk soalan di bawah, dan tekan seterusnya.
7. Read and tandakan kotak di bawah.
8. Masukkan nilai yang nak di masukkan ke dalam akaun ASB
9. Lepastu cek kembali maklumat diri dan jumlah yang nak masukkan. Pilih bank FPX pilihan. Jangan lupa tandakan kotak di bawah senarai bank tu oki. Buat pembayaran seperti biasa.
10. Bila dah selesai, akan keluar page seperti di bawah. Siap!
Senang kan?
If i know sesenang ni, i takkan pi beratur habiskan masa........ definitely cara yang paling convenient for me and also for you guys.
Selamat mencuba! 😉
No comments:
Post a Comment