Assalamualaikum 💗
Harini nak berkongsi tentang Harm Reduction atau lebih spesifik tentang "Tobacco Harm Reduction", pernah dengar tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel di bawah ni oki.
Harm Reduction ataupun Pengurangan Kemudaratan.
Ia merupakan satu prinsip dalam memberikan alternatif disamping membenarkan pengguna untuk mengambil langkah yang lebih komprehensif tanpa membelakangkan fakta. Tak kisah dari sudut untuk mengurangkan ataupun menghapuskan aktiviti yang memudaratkan seseorang mahupun satu kumpulan.
Mengikut Harm Reduction International (HRI), pengurangkan kemudaratan dikaitkan dengan pelbagai topik kesihatan dan praktis masa sosial masa kini. Ini termasuklah merokok, pengambilan ubat ubatan, pemakanan dan sebagainya. ini juga untuk membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah positif dalam hidup mereka.
Dengan pengurangan kemudaratan, pengguna tidak akan terdekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif baru demi kesinambungan kehidupan mereka.
Dalam banyak banyak kemudharatan yang disebut, artikel kali ini nak fokus kepada si perokok. Jadi, apa itu Tobacco harm reduction (THR)? Ia dipercayai sebagai satu langkah alternatif untuk mengurangkan kadar tembakau yang digunakan oleh si perokok atas sebab menghilangkan nikotin (yang dihasilkan daripada tembakau) secara keseluruhan adalah sesuatu yang sukar dicapai. Jadi, misi utama pengurangan kemudaratan tembakau untuk membantu si perokok untuk bertukar ke satu alternatif baru kurang berbahaya.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, proses menegur perokok untuk mengubah tabiat mereka itu bukanlah mudah. Malah ia merupakan satu situasi yang melibatkan emosi dan juga tenaga yang berpanjangan. Tanpa sedar si perokok, mereka sebenarnya menjejaskan kesihatan orang disekeliling atas aktiviti mereka itu. Malangnya, fakta sebegini tidak menggoyahkan si perokok untuk meneruskan aktiviti ini atas sebab "ketagihan".
Pernah dengar rokok mengandungi tar? Saya pasti ramai dalam kalangan kita pernah dengar benda sebegini. Ia bukan sebarang omongan kosong. Ya, Tar itu ada. Tar itu memang wujud sebagai salah satu bahan dalam rokok. Cumanya, bukanlah Tar jalan raya seperti yang dimomokkan oleh orang ramai.
Ia mengandungi Tar yang membuatkan gigi dan jari jemari si perokok bertukar menjadi kuning. Untuk yang hidup bersama perokok, pasti boleh nampak perubahan ketara ini pada mereka. Boleh lihat lanjut gambar di bawah informasi yang lebih lengkap mengenai Tar 😊
Jadi, apakah langkah alternatif yang boleh kita cuba lakukan?Sekiranya masih memilih untuk menggunakan rokok tembakau, sila pastikan sisa asap dicuci. Bagaimana caranya? Selepas merokok, pastikan kawasan sekitar di lap bersih dan baju yang dipakai di basuh dan ditukar sebelum berjumpa orang ramai. Ini kerana, sekiranya asap rokok dan debu terdedah kepada orang lain, ia bakal mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sila pastikan juga lokasi merokok jauh dari orang ramai. Ia bakal membawa masalah kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok secara terus dari si perokok. Ia dikenali sebagai "perokok pasif". Bahaya kan? Sila sayangi yang tersayang ya.
Jadi mungkin lebih baik untuk beralih kepada alternatif yang tidak melibatkan proses pembakaran seperti contoh rokok elektronik atau ‘heated tobacco’. Memandangkan alternatif yang disebut ini tidak melakukan aktiviti membakar, (ini kerana hanya wap atau ‘vapor’ yang dihasilkan bukannya asap yang berbahaya seperti karbon monoksida), ia akan mengurangkan kadar bahaya kepada diri si perokok dan orang sekitarnya.
Jum saya kongsikan beberapa contoh alternatif yang boleh dicuba!
E-Cigarettes (contoh: Vape, vape pens, e-hookah, e-pipe, e-cigars)
Ia adalah sejenis alat yang dioperasikan menggunakan bateri tanpa kehadiran tembakau. Dengan memanaskan sejenis cecair, yang mengandungi bahan seperti bahan kimia, perisa tiruan dan juga nikotin. Tapi sekiranya ingin memilih cecair tanpa nikotin, ia juga turut ditawarkan.
Heated Tobacco Products (HTPs) (contoh: IQOS, Ploom TECH, PAX, Glo)
HTPs are peranti yang menggunakan sistem pemanas berkuasa bateri untuk memanaskan tembakau untuk menghasilkan nikotin. Tidak seperti rokok, HTP tidak membakar tembakau, tetapi seperti namanya, memanaskannya sebelum membenarkan ia mencapai titik pembakarannya.
Nicotine Replacement Therapy (NRT) (contoh: Nicotine infused products such as gum, patches, lozenges, inhalers)
Kaedah yang biasa digunakan, diluluskan dari segi perubatan yang mentadbir nikotin kepada pengguna tanpa bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam tembakau. NRT datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan bentuk, direka untuk membantu mereka yang berhenti merokok - terutamanya mereka yang mengalami gejala pengeluaran nikotin yang teruk. NRT boleh didapati secara meluas di farmasi.
Smokeless Tobacco (Contoh: Snus, snuff tobacco or chewing tobacco)
Tembakau tanpa asap membekalkan nikotin tanpa pembakaran tembakau dan ditadbir sama ada secara lisan atau hidung. Oleh kerana ia tidak melibatkan pembakaran tembakau, oleh itu tidak menimbulkan resiko tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan.
tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan.
Dengan beberapa alternatif yang tersedia, perokok mempunyai peluang yang banyak untuk memilih pilihan yang mana untuk membantu mereka mengurangkan bahaya tembakau dalam hidup mereka. Paling utama, pilih sesuatu yang kena dengan pilihan dari segi tekstur, rasa dan juga pengalaman menggunakannya. Jangan risau, kerana kesemua pilihan yang disebut di atas, mudah didapati di pasaran kini.
Sebelum lebih banyak lagi penyakit yang akan dikaitkan dengan si perokok, sekarang merupakan masa yang sesuai untuk berhenti merokok. Anda pasti boleh!
Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website HAA’s website (https://haahub.com.my)
#TobaccoHarmReduction
Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website HAA’s website (https://haahub.com.my)
#TobaccoHarmReduction