Wednesday, 26 April 2017

Bayi Perempuan sunat: perlu ke?

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah Aleesa dah selamat disunatkan sabtu minggu lepas 😄

Masuk 3 bulan terus remind husband nak sunatkan Aleesa. Asalnya nak buat lagi awal sebelum Aleesa masuk 3 bulan lagi, tapi ayah ibu Aleesa ni sibuk bebeno asyiklah terlupa. Jadi sebelum terlupa lagi, mohle cepat cepat buat, huhu. Sebelum nak bawak bersunat tu, banyak info kite baca untuk cuba faham dengan lebih mendalam isu sunat untuk bayi perempuan. sebab banyak sangat soalan berlegar dalam kepala kite.

"Betul ke baby perempuan kena sunat?"
"Umur berapa kena sunat?"
"Tak sakit ke baby kena sunat?"
"Lama tak luka nak sembuh bila dah sunat?"

Ada yang kata tak boleh masa baru lahir ada yang kata kena lewatkan sikit bagi baby besar dalam 5-6 bulan. Jadi untuk tak pening kepala, kite pun mula baca artikel and bahan bacaan yang berkaitan. Bila kite dah faham dan yakin, terus nak sunatkan Aleesa ASAP. Lagi kecik baby sunat, rate nak meragam tu kurang and lagi senang nak handle. Bayangkan la kalau anak dah besar nak disunatkan, masa tu anak dah tau erti sakit lagila payah dengan anak bersilat masa nak bersunat tu 😰 Lepastu kalau baby masih menyusu badan fully, takpayah pening pening kite nak fikir baby kite kena pantang makan apa untuk bagi luka cepat sembuh kan. Dan sunat untuk perempuan sangatlah sikit yang dipotong, inshaAllah cepat sembuh.

Ni kite selitkan info pasal sunat untuk bayi perempuan:

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

 الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

 “Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jadinya, sabtu lepas 22/4 kami bawak Aleesa pergi bersunat dekat klinik di Putrajaya. Klinik An Nur, dekat dengan mydin putrajaya. Proses bersunat pun tak lama. Sekejap je. Mula mula tu macam takut jugak nak tengok anak sendiri bersunat, kesian pun ada sebab kecik lagi kan. But this is lifetime experience. Jadi marilah pegang Aleesa masa Aleesa sunat dan tabahkan diri tengok proses sunat tu. Amazingly Aleesa tak menangis. Sampai husband pun pelik siap tanya pembantu klinik tu lagi, memang baby sunat takkan nangis ke? Hehe. Pembantu klinik tu kata it depends. Ada baby nangis, ada yang tak nangis. Bagus anak ayah ibu tak nangis. kihkih.


Gambar atas ni husband tengah sembang dengan Aleesa nak kasi dia tak sedar proses yang bakal berlaku. Haha. 😝 Klinik ni selesa nak pergi, dan kawasan tak sesak. Senang cari parking dekat dengan klinik. Harga untuk sunat kanak kanak perempuan rm45. Takda ubat kena consume lepas proses sunat. Don't worry. Cuma misi letak kapas yang ada iodine je dekat tempat sunat, boleh bukak after 2 hours. Aleesa siap pupu lepas sunat tu, takda nangis ke apapun. Balik rumah pun Aleesa tak meragam. Alhamdulillah ;)

Ni la muka budak sebelum dan selepas sunat. Sebelum sunat tu Aleesa baru je bangun tido, sebab tu monyok gitu. Macam tau je nak kena sunat. Lepas sunat terus cerah je muka hehe.  Plan asal nak balik rumah terus. Disebabkan Aleesa tak meragam, singgah sat kedai lepastu pi beli dominos. EH eh :p by the way, malam hari pun Alhamdulillah Aleesa okay je tak meragam. Masa mandikan tu, mandikan je macam biasa biar kena air dekat tempat sunat. InshaAllah takda pape ;) Lepastu no need letak ubat or anything. So far sampai harini kite tengok okay je tempat sunat tu. And untuk info, sekarang susah dah cari klinik yang sunatkan baby guna pisau. Mostly guna jarum je. Husband kite call banyak klinik untuk survey, semua guna jarum. But if any of u yang tau klinik yang still guna pisau untuk sunat baby girl, share with me ok? :)

Ni kite share alamat dan no telefon klinik: 
101, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia 
+60 3-8881 1063

Wednesday, 12 April 2017

Ibu vs Isteri vs Pelajar

Assalamualaikum ♥

Dulu never know that i will have all this three responsibilities at the same time. Belajar, become a housewife and become a mother at the same time sounds so big kan. But i loved it! Well, tipulah kalau kata takda naik turun dalam nak handle all this three things at the same time. Mestilah ada. I try my very best to cherish every moment of it. Ni kan rezeki dari Allah swt untuk kite sekeluarga ;)

Ibu
Not everyone will experience the remarkable blessings. Alhamdulillah for this opportunity. Dalam sibuk pergi kelas, husband akan bergilir jaga Aleesa. Dalam kite sibuk nak memasak, ada adik kite yang akan bantu kite mandikan Aleesa, jaga Aleesa. Dalam kite sibuk buat thesis, Aleesa sendiri tak meragam tidur je :') Tapi tipula kalau semua manis je kan? Paling challenging masa dalam pantang dulu. Nak adapt with new routine. Alhamdulillah for the greatest support system. Terutama husband and adik kite.

Isteri
Bila kite dapat pasangan yang faham, kerja kite akan lebih mudah. Husband kite plays a major role in helping me. He helps me with Aleesa. Big time. Dalam pantang dulu memang husband kite mandikan Aleesa semua. Lepastu with my studies, he help me too. Research kite berjaya siap pun sebab husband banyak bantu. huhu. Become a wife is less burden with the help of my understanding husband. Bersyukur sangat.

Pelajar
Since kite dalam writing phase, memang a bit challenging since kite jaga Aleesa sendiri at home. Kite and husband decide untuk jaga sendiri and tak hantar pengasuh. Bila menulis thesis kadang kadang stuck tu normal kan? Jadi kite ambik peluang untuk main main dengan Aleesa untuk revive my idea. Kalau Aleesa tidur, tengok muka dia pun dah buat hati tenang balik, idea datang mencurah curah untuk sambung writing. Still in the phase where i try to balance everything. Assignment pun terlupa nk buat padahal kena submit lagi 3 jam. Not funny. nasiblah ada adik pandai photoshop 😂 so sempat siapkan huhu. Kalau balik kelas terkejar kejar nak siapkan dinner pun kite enjoy the moment. Best okay bila masak then orang puji. Hilang terus segala penat 😃

Kite tau ramai je ibu ibu dekat luar sana macam kite. Or even lebih banyak tanggungjawab dari apa kite tulis ni kan? Whatever it is, whatever things u are facing right now i hope u guys cherish it. Mungkin at first it is hard to adapt with the situation, but inshaAllah u will become better ;) Always look forward. Kalau rasa penat, look for something that will boost your energy. Bila otak dah mula nak fikir negatif pls jangan layan. nanti akan emosi and mula fikir macam macam. Tak bagus kan?


Thursday, 6 April 2017

Breast feed dan botol susu

Assalamualaikum ♥ 

Last few weeks kite and suami berdepan dengan challenge bila Aleesa taknak botol susu lepas dia baik demam. For us, it was totally a disaster since botol susu is a BIG YES for her untuk menyusu bila kite masuk kelas. Dah cuba banyak kali, dah cuba banyak teknik still our baby refuse botol susu. Maybe ada kaitan dengan masa Aleesa demam kite totally bagi direct latch. So, Aleesa dah terbiasa with that and takmau susu botol dah huhu. But since that, kite and husband tak putus asa untuk ajar balik Aleesa susu botol. Untuk kite dengan husband yang masih sambung belajar, benda ni penting untuk Aleesa sebab bila kite atau husband ada labwork and someone else jagakan Aleesa it will be hassle free. Kitorang ajar Aleesa minum thru botol susu since dalam pantang lagi. To some people they might disagree. But, pls be in our shoes to know our situation. No hate pls? Jadi, apa yang kite dengan husband buat untuk bagi Aleesa nak susu botol balik 👶

Masa siang = masa untuk botol
Dari pagi Aleesa bangun until pukul 7 malam macamtu memang masa untuk botol. Kite akan defrost frozen EBM untuk Aleesa minum dalam botol. Mula mula she will definitely refuse. Ada dalam seminggu macamtu Aleesa mengamuk sebab nak direct feed takmau botol. Struggle betul masa tu Bayangkan tengah kelas kite berlari turun bawah masuk kereta untuk bf Aleesa sebab dia mengamuk taknak botol. huhu. Pengalaman betul. Tapi kunci utama pls SABAR. Our baby can sense us. They know if kite tak sabar, and sebab tu dorang akan cranky. Ok? Kalau kite takda kelas pun kite still bagi susu botol dekat rumah. Kalau dah banyak kali pujuk pun tak jalan jugak baru last resort kasi susu badan..Ni untuk makesure Aleesa tau, masa siang = masa untuk menyusu botol. Malam baru direct feed. Ni cara yang berkesan sebab baby akan tau and tak mengamuk. Ni pun ibu kite bagitau.. Ibu kata siang je botol, malam no. Mesti susu badan. and make sure follow betul betul. sebab kalau tak nanti baby confuse and refuse susu botol balik..

Selalu sembang dengan baby 
Kite selalu sembang dengan Aleesa masa main dengan dia ke, masa menyusu ke. contoh macam "Aleesa kn budak baik, Aleesa kena minum susu dari botol ni.. Ibu kena masuk kelas" Kite akan puji dia and cakap kena minum susu botol. Always tell a reason why. Baby surely cannot respond to us but he/she definitely dengar apa yang kite sembang dengan dia. Dont take this things for granted ok? 😃 use this opportunity wisely and always talk about good things. 

Tukar botol susu baby
Macam kite, tukar botol susu memang berhasil. Before kejadian Aleesa refuse susu botol, Aleesa guna tommee tippee. Bila baca few suggestion from the internet, they said kalau tukar susu botol maybe boleh buat baby nak balik minum susu botol. Jadinya kite serahkan tugas cari botol susu yang baru pada husband, hehe. Husband pun dok cari la botol susu yang elok and ada banyak good review. Banyak yang suggest guna pigeon, sebab puting botol susu ni lembut.. Mula mula macam fikir betul ke sebab botol sebab nanti kalau beli baru baby still taknak botol macamana pulak kan. Dah membazir. Tapi kami gamble je beli. Bila lagi nak train baby menyusu botol balik bila dia asyik meragam nak direct feed jugak kan. Alhamdulillah Aleesa nak minum susu balik thru botol berkat sabar kami train Aleesa. Itupun after few episod reject-meragam-nangis hehe.

Doa
Ni kunci utama sebenarnya. Keep doa. Know that Allah swt listen to u.. Jangan give up. Kalau lambat pun takpa, as long as our baby still nak susu botol. Percaya ada hikmah pada tiap benda yang berlaku.. Kalau lambat baby nak susu botol balik, anggap Allah swt nak train diri kite untuk jadi lebih sabar. Setiap ibu kan ada superpower, chaiyok! 💪

Our precious baby girl yang refuse botol few days before her majlis kesyukuran. thrill betul hehe
Soooo, it was totally a new experience to both of us bila Aleesa taknak menyusu botol secara tiba tiba bila dia baik demam. hehe. Kelam kabut tu pasti. Stress pun ada jugak. Risau pun ada jugak. Macam macam perasaan kami rasa.. tapi bila suami isteri work well with each other as a team inshaAllah ada penyelesaian dia.. tambah lagi bila family sentiasa bantu kami berdua. Blessed.

p/s: Untuk ibu yang totally bagi direct bf takmau kecam ya kite bagi susu botol. Ni alternative untuk kite as a mum yang masih belajar. I had to. Kite buat stok EBM untuk Aleesa, so whenever guna botol dia akan guna stok EBM. 😄

Sunday, 12 March 2017

Pengalaman bersalin anak pertama - Aleesa Sofia

Assalamualaikum

Akhirnya we both survived 44 days of pantang!! Hehehe. So, since baby dah tido sebab dah kenyang menyusu, kite pun takda apa nak buat for the time being terasa nak dokumen kan momen kite bersalin for the first time. Our precious Aleesa Sofia ☺ different people of course akan alami different experience masa bersalin the precious gem, which of course same goes to me.

Kronologi bersalin:

18/1/2017

Tarikh bday ayah kite, which ayah kite doa banyak untuk cucu dia sama hari lahir dengan ayah kite. Lepas dah wish bday dekat ayah kite pukul 12 malam 18/1, kite terus tido. Bangun pagi nak solat subuh, tengok dah tumpah darah. Terus panik, panggil MIL and bagitau darah dah turun. Masa ni takda sakit contraction at all, so kite relaks je call ayah ibu kite lepastu bagitau darah dah turun. Ibu kite yang panik suruh siap cepat pi hospital. Tapi kite relaks je siap slow slow sebab takda rasa sakit apapun. Mandi slow, makan slow, siap slow. MIL dengan husband dah siap kite masih terkedek kedek sebab nak lengahkan masa sebab takmau duduk lama dalam hospital. Dekat pukul 8 pagi baru betolak pi hospital ipoh dari taiping (sebab ipoh je boleh husband masuk labour room teman bersalin), sampai ipoh, bagitau turun darah terus nurse cek and buat ctg (untuk cek pergerakan baby). Bila semua okay, dr nak cek bukaan. Dr pelatih cek bukaan (yg attend kite dr lelaki, but i ask for dr perempuan untuk cek bukaan luckily dapat) baru 1 cm. Perasaan kena seluk? Sakit!! Huhuhu. Siap berdarah lagi. Tahan nafas tak boleh apply ye dekat sini sebab sakit tu lain macam. Maybe cara dia seluk kasar sangat, atau kite first time kena seluk kite tak tau sakit dia should be in which level tu yang buat kite rasa sakit huhu. Bila dah cek semua, dr kata tak payah admit, everything okay. Pi jalan jalan untuk cepatkan bukaan. So kite pun balik pusing duduk rumah in case anything.

Malam tu pi mkn steamboat dkt ipoh untuk sambut bday ayah kite. But, kite tak lalu nk makan. Otw pi steamboat pun rasa sakit perut dah and kite mintak adik kite rekod the time interval between sakit tu. Masa mkn sakit makin kerap, kite mkn sikit sebab tak lalu. Dok fikir sakit contraction. Mild je tp sakit tu fix 5 min sekali dtg. Bila tgk kite sakit, ayah kite nk terus suruh pi hospital. Kite taknak. Nk balik rumah sebab taknak admit lama dkt wad. Otw balik rumah, rasa nk muntah. Ayah kite berhenti je dkt petrol pump, kite muntah habis semua yg kite mkn dkt steamboat tu. Lepastu baru lega sikit. Sampai rumah kite cirit birit and muntah lagi. Rasa contraction jugak at the same time. Terus suami insist pi hospital.

resit steamboat pun masih simpan :')

19/1/2017

Dalam 1 pagi pi hospital together with parent kite dgn husband. Lama proses dia. Dr yg ambik history sakit boleh gelak sinis sebab baru je dtg pagi 18/1 tu, sakit apa yg buat kite datang lagi. Kite bagitau la cirit birit, muntah dengan sakit contraction. Dr kata kite salah makan since kite makan dekat luar kan, and kebetulan ada few cases macam kite on that day. So dr nak kata kite tak jaga makan betul betul sampai buat kite keracunan. Boleh gitu? Bila dr seluk pun (which sakit gila!!) Still 1 cm. Which buat dr tu lagi sinis pandang kite and cakap takda bukaan lagi ni and she confirmed it as food poisoning. Huhu. But kite rasa sakit lain macam. Kite pasti bukan keracunan mknn. Dr gelak sinis pun kite bolayan sebab yg sakitnya kite bukan dr tu yang tanggung pun. Huhu. Sakit pulak hati tau bila ingat balik. Tapi sbb dr nk pantau, kite kena admit. Tangan kena cucuk drip masukkn air sebab kite dehydrated cirit birit. Dalam 3+ pagi masuk wad, masa ni ayah ibu kite da balik dulu sebab esoknya sekolah. Husband je temankan until kite admit. Dapat je katil, sakit contraction continuously buat kite tak lena tidur. Kite tak pasti sebab kena drip ke apa, sakit contraction tu dapat kite atasi sebab kite lalok. Rasa ngantuk je tau (syukur sgt masa ni). Setiap kali sakit dtg, kite hanya mampu tarik nafas dalam dalam and hembus slowly. It works for me. Bila sakit surge tu dtg je akan buat kite terjaga since kite lalok kan. Nurse buat check pun dorang kena kejut sebab kite asyik lelap huhu. Bila dah pagi tu nak ke lunch hour, sakit makin kuat. Kite hanya mampu genggam bidai katil dan baca surah yang kite hafal. Nurse dtg tanya okay ke tak kite cuma cakap sakit, and dorang cek contraction. Mild contraction but regular. Cuma tak kuat lagi.. masa lunch hour, husband dtg dgn parent and adik kite. FIL pun dtg. But no one can touch me. Super sensitif. Some people suka org pegang dapat legakan stress contraction kan? Tapi bukan kite. Huhu. Even my husband takleh pegang sebab sakit (sorry yang huhu). Kite pun tak jamah apa dari pagi sebab tak lalu langsung. Bila husband call tanya nak makan apa kite cakap nak buah je. Tapi husband belikan jugak bubur untuk kasi tenaga. Tapi tak jamah pun bubur mcd tu. Kembang tekak, taklalu. Huhu. Bau bubur tu buat kite nk muntah. So kite dipaksa mkn buah untuk bagi tenaga. Ni pun kite makan sikit je sebab duk melayan sakit dan lalok yang never ending. Bila waktu melawat habis, kite pun terbaring sorang with sakit contraction makin kuat. (Masa ni tak sedar pun husband duk setia menunggu luar tingkap wad kite) Dekat pukul 5, nurse datang cek contraction and dia tanya nk tak cek bukaan kite cakap nak. Bila cek, dah dilate about 7 cm. Terus dorang nk tolak pi labour room on the spot. Kelam kabut kite. Nasib at this time husband dah sedia menunggu, i called him to packed things sebab kena pi LR terus.

Sampai LR kite nk pi tandas pun nurse tak bagi. Nurse kata buang je atas katil -_- then, same procedure. Ambik history, pasang ctg untuk cek movement baby sementara tunggu dilate untuk push. Lama kite dalam LR alone without nurse or dr. Dalam 8.10 pm suddenly rasa benda pecah and air keluar. Dalam hati dah suspect air ketuban pecah. Tp kite tak larat nk jerit panggil nurse. I waited there alone until 8.45 pm baru dr masuk, then dr cek bawah and asked me air ketuban pecah ke. Kite angguk. Dr tu nak marah sebab tak panggil since dah lama pecah, kite pun balas kata tak larat. Tgh sakit and no energy to shout for help. They immediately prepared for the labour process around 8.55 pm. And they ask me to start push. Firmly i said no. I want my husband then only the process can start. Kalut dorang pi panggil husband dkt waiting area. Husband masuk, kite start push. To be honest masa ni i have no energy at all. Yela, dengan cirit birit semua, makan pun tak memangla no energy. I push but no progress even kepala baby dah nampak.. datang nurse garang, syukur sgt nurse ni masuk. Sebab dia garang, the energy datang. Dia siap cakap kite kena cepat push sebab baby dah berak dalam perut. Kena cepat atau kena caesar takut baby lemas.. nurse tu siap suruh kite pegang kepala baby untuk buat kite semangat push. Huhu. Once the contraction datang, kite kena continuosly push dengan curi nafas. Boleh imagine takkk? Pi google curi nafas camana. Kite before bersalin dah google, but masa alami the situation kite takleh nak buat the correct way hehehe sampai kena marah dgn nurse sebab salah teknik nafas baby masuk balik. After about 1/2 an hour, dengan husband keep on bagi semangat kite safely delivered our precious gem. Our baby girl that we waited for nearly 2 years. Perasaan? Lega. Masa ni terus teringat dekat ibu kite. Besar pengorbanan seorang ibu nak lahirkan anak dia. Bersyukur sebab berpeluang rasai pengalaman ni :') once the baby out from my womb terus kite cakap "Subhanallah, Allahuakbar" the feeling? Takboleh nk describe.. Husband kata baby dah jadi biru maybe sebab dah berak dalam perut. Kite ingat nurse garang tu ada tunjuk baby dekat kite but kite tak ingat sgt.. energy depleted. Lepas nurse tunjuk baby, baby rushed to pakar kanak kanak. Sebab baby dah berak dalam perut. Takut ada complication to the baby in case baby ada tertelan her own poopoo.

Kite pulak kena cuci rahim. Kena korek untuk pastikan rahim kosong. Masa ni tak rasa apa pun kena korek, maybe masih lalok. Haha banyak betul kite lalok. Dah siap korek semua, then only proses menjahit start. Sebelum tu kena cucuk dekat peha. Tapi kite tak sure untuk apa, according to my MIL untuk stopkan darah nifas tu sat masa menjahit. Then bius dkt our private part before jahitan mula. Kite kena episiotomy sebab this is my first time bersalin. Husband kena tunggu dkt luar, proses menjahit dalam sejam lebih sebab dr pelatih belajar menjahit dari staff nurse masa ni. Boleh? -_- siap passing jarum to one another and tunjuk cara menjahit. Kite takda daya nak kata apa. I just sit there tengok je huhu. Kena jarum dkt tempat takda bius memang rasa nak tendang je. Haha. Aduhai. Pengalaman betul. Dah siap semua, kite duduk dlm LR lebih 2 jam until pukul 1 pagi.

Assalamualaikum sayang ayah ibu ♥
20/1/2017

Kena sorong masuk wad. Masa ni husband and adik kite tunggu sampai semua settle. Ayah ibu dah balik dulu sebab adik kecik kite sorang tinggal rumah. Masa ni baru kite jumpa bby for the 1st time tanpa rasa lalok hihi. Lama nk tunggu baby takut ada komplikasi but alhamdulillah semua ok. Rasa bersyukur sangat and rasa mimpi sebab dah jadi ibu. Besar sgt kuasa Allah swt :') adik kite and husband teman masuk wad. Adik kite teman kite pi tandas bersihkan diri while husband attend his baby girl. Banyak ok gambar Aleesa ayahnya tangkap hehe. Dah settle semua, kite suruh balik sebab dah lewat. And started my journey alone with my daughter for the first time. Kekok ok? Dengan tangan bercucuk jarum nak susukan baby, nak bedung baby. Last mintak tolong jiran katil. Kite ingatkan dia tak bersalin lagi so tak bersalah la mintak tlg. Last last masa sembang baru tau dia baru je lepas caesar. Weh, kesian. Terus rasa bersalah tau. Huhu. Sebab kite mintak tlg angkat aleesa dari tilam baby pass dekat kite since kite jahit bawah tu rasa sakit lagi. Lepastu siap jarum drip terbukak darah meleleh leleh, but i didnt notice since tengah susukan Aleesa. Kakak tu la yang tegur. Kelam kabut kite. Darah keluar banyak betul -_- totally a precious experience. My precious first child labour experience.

P/s: Tu belum Aleesa kena kuning lagi. Dengan Aleesa tak wiwi (read: kencing) dalam 24 hours. Nanti kalau rajin kite cerita part tu. Huhu.
P/p/s: nurse yang garang tu totally a life saver. Kite takde rasa marah at all to her sebab dia penyelamat kite. Tolong kite bila kite dah takda tenaga nak push. Alhamdulillah sgt dia ada marah kite at that moment :)
P/p/p/s: jadinya our baby lahir on 19/1 instead of 18/1. Selang sehari dari ayah kite so sambut sekali jela lepasni ke camane? Bahaha.
P/p/p/p/s: pengalaman bersalin dekat hospital ipoh tak best. Taknak dah bersalin dekat sini kalau boleh. Maybe rezeki kite kot dapat pengalaman macamni kan.. sbb different people different situation.

Monday, 16 January 2017

Best tak maternity check up dekat kerajaan?

Assalamualaikum.

Sepanjang pregnant, up until now dah 39 weeks+ ada a few klinik kerajaan kite pergi untuk maternity check up. jadi, meh kite cerita pengalaman buat check up dekat this few places. Dekat kelantan area kubang kerian, kalau TCA (monthly check up) akan pi klinik desa mentuan dekat dengan rumah je. Kalau jumpa Dr baru pi klinik kesihatan kedai lalat.

Klinik Desa Mentuan
Between this two, kite lebih selesa dengan klinik desa mentuan. Ultimate reason sebab jarang la time kite pergi check up ramai orang. So, jimat masa dan tenaga dekat situ :) misi pun baik baik. And maybe sebab tak ramai orang, misi siap hafal ok nama yang datang. Tu yang buat rasa close sikit. Tapi pernah jugak emo masa datang check up. Masa tu ramai orang, ada la akak ni datang lambat and bila misi tak ingat siap datang dulu selamba je dia potong barisan. Sangat takda etika ok? Tak suka orang jenis tak considerate, sebab kalau ikutkan semua nak cepat. Ade ke yang suka suka duduk lama masa check up? Huhu. But overall, check up sini la paling selesa. Kak lia, u will be missed ok. Nanti kalau sarah pi kelantan sarah bawak baby jumpa kak lia. Hehehe.

*muka tak puas hati bila orang potong barisan*

Klinik Kesihatan Kedai Lalat
If pergi klinik kesihatan kedai lalat, lama ok. Boleh mengundang kemurungan. Hehehe over je. Tapi betul, ramai orang. Sistem tak berapa nak best and even kite pernah kena marah dengan misi untuk benda yang kite tak tahu. Soooo nightmare. Siap nangis lepas dah kena marah tu. Huhu. Sangat tak profesional. Trauma kite tau. Everytime kena datang sini mesti stress sebab tau akan take time.

And now, bila dah balik perak for good untuk bersalin and duduk selangor after pantang nanti kite check up kawasan rumah je dekat pusing. Dekat klinik kesihatan pusing, klinik desa bemban, klinik kesihatan tronoh dengan hospital batu gajah. Last two months of pregnancy ni memang kite back and forth je between these places. Penat ok? Nasiblah husband, adik kite and ibu rajin temankan.

Klinik Kesihatan Pusing
Among all klinik ni, kite paling selesa dengan klinik kesihatan pusing. Sistematik and tak buat kite rasa annoying menunggu. Cuma kalau kite datang terlewat sikit je lama nak tunggu. And ada sistem nombor untuk different intention. No 1, untuk jumpa dr. No 2 untuk ibu mengandung TCA dengan misi. No 3 untuk kanak kanak and no 4 untuk ambik darah. No 4 paling cepat and kalau kite datang untuk ambik darah kite akan happy sebab kejap je tunggu hehe. Misi pun baik baik je. Cuma masa mula mula nak start check up sini kite tak ikut, kite dekat rumah in law dekat taiping. Kiranya ibu kite dengan adik kite tolong book kan appointment without kite. Tak pasal kena marah sebab kite takda. Huhu. Maafkan angah ye ibu dan acik kihkih. Love u lah :p

Klinik Desa Bemban
Tak suka sini sebab panaih. Hahahaha boleh? Tapi betul. Panaih. Last week pi untuk review bsp, lama sangat tunggu. Nearly 2 hours. Dahla pi sorang, dengan perut lapar, panas lagi, ramai orang, rasa nak pengsan dan dan tu jugakkkkk. Huhuhu. So nightmare. Nasib tak buat drama air mata lapaq dekat situ :p 2nd dose ATT pun dekat sini. Sakit oooo ATT. Lenguh dan sakit more than 3 days u_u

Klinik Kesihatan Tronoh 
Pernah pi sekali je. Untuk scan baby since dah lama tak scan baby. Adik adik kite temankan and kite ajak dorang tengok sekali masa scan baby. Siap panggil baby gemuk lagi sebab dah tak nampak sgt masa scan. Hahaha boleh? Masa scan tu 8 month+, berat baby 2.5+ kg. Berat baby sekarang? Tak pasti laaaa. Hahaha mesti lagi semangat. Sistem dekat klinik ni okay je. Dalam 1/2 jam kite tunggu, lepastu sampai turn dah. Cuma panas la, sama macam dekat bemban. Huhu. Overall, servis okay. :)

Wad bersalin, Hospital Batu Gajah
Banyak kali pi. Sebab ambik darah untuk bsp. Layanan misi okay je. Cuma ada sekali masa kite demam and sakit badan nak jumpa dr on weekend dkt sini banyak rintangan. Kite tunggu nearly 1 hour untuk dr entertain tapi dr takda. Dr dekat ER, ada case dekat sana. Since kite pun tak larat nak tunggu dengan sakit kepala ya amat dengan sakit badan menyucuk ayah kite terus bawak pi hospital ipoh. At first misi dkt batu gajah tak benarkan dan suruh admit sebab takut anything happen dkt kite dorang akan di persalahkan. Ayah kite kata, ayah kite akan bertanggungjawab. Ayah kite kesian tengok kite kot sebab sakit sampai nangeh hehe. So terus pi ipoh, dr check immediately masa tu jugak and kite kena admit for one day untuk observe since kite viral fever. Pengalaman duduk wad? Nanti kite cerita hehe

So far, ni la pengalaman pi buat monthly check up dekat klinik kerajaan. Takdelah teruk sangat macam most of other people cakap.. cuma kalau ada duit lebih and korng prefer nak check dekat swasta tak salah pun. Yang penting, pastikan buat buku pink ok? In case anything, senang dr nak rujuk nanti :)