Sunday, 28 February 2016

Kedai Makanan Korea dekat KB (Myeondong Kafe)

Last Wednesday, kite husband and a few of our officemate pergi makan dekat Myeondong kafe which serve korean food as their main dishes. Sebab nak pergi? Terpengaruh dengan ofismate dia dok kata sedap dan murah. (maisarah dan terpengaruh tak pernah berpisah k :p). Before ni nak pi makan dengan kawan kite, miwa since kitorang keluar pegi KB Mall last two weeks. Tapi disebabkan rasa malas nak keluar mall dan cari parking baru, tak jadi makan situ. Masa zaman degree dulu kite pernah makan dubu dubu dekat ioi mall putrajaya. At that time, kite memang tak boleh nak terima rasa makanan korea. AT ALL. Kawan kite dok cakap sedapppp kite geleng tak puas hati. haha. Rasa makanan korea ni dia kosong. Pedas kosong. Boleh bayangkan? Being Maisarah, tak sedap tak bererti menyerah sebab semua boleh ubah. eh :p lagipun murah, mohler kite rase. kot kalini kena dengan tekak ;)

Kedai ni bukak pukul 1 petang onwards. Nak timing cantik datangla dalam 30 mins after kedai bukak ;) kami sampai dekat pukul 2. Masuk kedai dah ada few tables with customer. Kedai dia bolehla nak dikatakan cosy. Kalau nak dibandingkan dengan rasa dubu dubu, myeondong slightly win. Price? Of course myeondong completely win ;) Sebab harga kimbap only rm5.90 dan size dia besar. Haritu pernah beli dekat ampang point mahal sikit dari ni k :') taste wise? definitely kite pilih myeondong kimbab.

Ni la kimbap murah tu. RM 5.90 je besar macamni 
Ni yang kite makan. Kimchi soup lunch bux. Two item together with black bowl
dekat gambar belakang tu rm 10.90
Ini raboki. Sebab ambik set with kimbab so total RM10.90.
Bibimbab bulgogi pilihan husband
Jajang noodle (beef) pilihan ofismate

Total makan semua dekat atas ni dengan air sorang satu RM65.90. Untuk kite. kite rasa berbaloi. Set yang kite makan tu rasa dia macam makan nasi biase je, Seingat kite makan haritu, rasa nasi ni tak guna sticky rice macam orang korea makan --- ni mungkin sebab harga makanan dekat kafe ni affordable :) Sup kimchi dia boleh diterima tekak melayuuu kite. Nak kata sedap gilaaaa tu takla, tapi kite boleh makan. Sup dia rasa sayur kobis campur ikan sardin yang hancur masak sambal tumis cair gilaaaa. hihi macam tak sedap je kite describe? Takdela tak sedap. boleh makan dan janji boleh telan. Sadly jajang noodle tak kena dengan tastebud kite walaupun husband cakap sedap, bibimbab husband kite rasa pun kite tak berkenan. Kite berkenan lunch box yang kite makan dengan kimbab je.  mihihi. Overall.. Hidangan yang jadi pilihan kami berempat is kimbab. Sedap! serious. Kitorang enjoy makan dekat sini.Sebab suasana dia okay, dan selesa jugak untuk makan dan borak borak.

Kalau ada antara korang yang teringin nak makan atau memang peminat setia makanan korea bolehla cuba. Worth trying :) InshaAllah tak rugi. Kite dengan husband pun dah plan nak buat second visit. semata mata nak makan kimbab je. :p

Nah landmark nak pi sini:
Address: Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Open at: 1–10 PM

Thursday, 25 February 2016

Benda perlu elak masa period @ ABC

Benda yang kite kena amalkan masa period dan kena elakkan kalau boleh. Kalau kite dulu main langgar je, tapi sebab ada baca artikel somewhere kena jaga badan masa zaman muda gini so that masa tua takda kena kesan dia terus jadi insaf. Mula dari artikel tu buat kite jaga diri extra sikit :p 

So apa benda yang kena avoid masa period?

1. Mandi jangan basuh rambut
2. Jangan minum ais
3. Jangan makan pedas (even kite kadang kadang mengelat jugakk)

Sebab? 
Untuk point satu dan dua, berkaitan dengan rahim jugak. 

Ais, tak elok sebab ganggu kelancaran period. Contoh analogi macamni, lemak kalau letak ais dia akan mengeras kan? Sama macam period kite jugak. Sebab tu kalau boleh elakkan minum ais masa period untuk bantu lancarkan proses period kite.

Rambut, jangan basuh. walaupun lepas tu dengan alasan akan keringkan rambut with hair dryer. Untuk diri kite sendiri, seboleh bolehnya sampai habis period memang takkan cuci rambut. Tapi kalau rasa tak tahan sangat, make sure 3 hari pertama JANGAN cuci okay? Semua ni akan effect masa kite dah berumur nanti. Ada artikel kite baca, masa dah berumur penyakit datang and mainly breast cancer and cervix cancer. Apa yang buat sampai jadi kanser? Incomplete ovulation dan lebihan darah kotor yang tak habis akan bertukar kepada toksik. semua ni penyumbang kepada kanser tu. Scary kan? :/

Atas sebab sebab macamnila memang kite ikut betul pantang larang ni. cuma bila godaan banyak sangat baru tewas. Kira macam cheat day laaa ;p

Oh, dan sebelum datang period lebih kurang seminggu macamtu kite pantang makan cili @ makanan yang pedas. Since kite ni hantu makanan pedas memang a bit susah at first. Lama lama tu positifkan diri sendiri jugak, sebab tak sanggup sakit bagai nak gila masa period. Lagipun, kite dari zaman sekolah dari memang period pain teruk, ikut benda macamni kurang sikit hazab period pain kite. This remedy works on me ;)

Untuk yang mencari tips you guys bolehla cuba. InshaAllah. Kite usaha selagi mampu. Assalamualaikum ♥

Sunday, 21 February 2016

Suliza Sup Perut Air Asam, Kota Bharu

Assalamualaikum uols ;)

So happy harini. Harini ulangtahun perkahwinan yang pertama buat kite and husband. Setahun dah! To some people mesti rasa macam ei kecoh je baru setahun, bukan 100 tahun pun nak bagitau orang. Well, maybe bagi sesetengah orang dorang rasa benda kecik je kan setakat ulangtahun perkahwinan, tapi untuk diri kite sendiri its a big deal ;) kite selalu appreciate benda benda macamni, sebab benda macamni yang buat kite akan ingat momen indah dalam hidup kite. Bangun pagi tadi, teringat pagi setahun yang lepas. Masa hari nikah tu dengan bercampur baur perasaan, boleh pulak make up pun sama buat masalah. Sebab kite memang nak make up yang simple, tapi yang kite dapat make up yang horror. Bukak je mata tengok diri sendiri depan cermin macam tengok orang lain lepastu bila suruh MUA tu betulkan dia kata ni dah nipis like seriously? :( Siap buat drama air mata k dekat ayah ibu dalam bilik sebab rasa hodoh sangat (tebal gilaaa) and rasa nak cuci je takyah make up. Tapi tak sempat pun sebab rombongan lelaki dah sampai dengan tak pakai tudungnyaaa. okay lupakan part tu. Cuma, bila ingat balik setahun yang lepas, perasaan berdebar tu masih segar lagi. Rasa mimpi nak kahwin masa tu..  betul betul momen indah dalam hidup :)

Masa lunch break tadi makan dekat kedai suliza sup perut air asam. Last week masa makan dekat lido corner, kak azza ada sebut pasal perut air asam ni. jadinya terusla teringin nak makan minggu ni pulak memandangkan anniversary kannn ----- alasan hihi. bila risik risik lokasi dekat kawan ofis, dorang tau la anniversary harini semua. jadi ramai ramai pi makan sekali. kalau dari usm, dekat traffic light kfc kubang kerian tu belok kanan, lepas tu terus je akan jumpa lagi dua traffic light. traffic light ketiga and terus je sampai jumpa kedai DIY belah kanan, buat u-turn kedai tu belah kiri first akan jumpa OUM depan sikit jumpa kedai karpet besar warna merah nama Dee Carpet dan last jumpa kedai kereta Ice Gard then betul betul sebelah tu kedai suliza ni (signboard kecik je kena baca nama signboard tu betul betul). Price wise dia okay, takdela mahal sangat. Macam kite ambik set nasi, sup perut air asam dengan daging bakar rm7 (cuma portion je a bit small), kalau husband ambil nasi dengan sup perut air asam cuma rm5 je. okay lah kan?


Rasa sup? Masam masam pedas. kite boleh terima rasa dia :) 

Rasa daging bakar? Sedap.
Teh beng? Sedapppp! 

Kite bagi 3.5 bintang (kurang sikit sebab portion kecik daging sejemput)
Husband bagi 2 bintang sebab husband tak minat masam sangat. 

Bila dapat makan apa yang kite nak mestila kite happy! sebab kite adalah seorang penggemar makanan sampai husband pelik camane la kite boleh tau kedai makan area KB ni sebab baru jugak kitorang area sini. Well, biasela.. google kan ade, google la makanan yang sedap kannn :p 

till then Assalamualaikum! ♥

Friday, 12 February 2016

Cuti MSc : Chinese New Year Celebration

Kite and husband currently at our hometown. Cuti 3 minggu sebab our sv buat umrah with her wife. (Cuti dah nak habis t_t) Jadi kami pun mintak permission untuk bercuti sekali sampai ke CNY since he is not around. Sepanjang buat master ni, ni kali kedua kami bercuti super panjang gini if i am not mistaken ;) First masa sv pi leeds to pay his wife a visit. At that moment pun kami cuti sekali. Masa tu lagi lama cuti around 1 month plus sebab terus sambung pi upm untuk buat labwork for a week plus. Lama jugak time frame kami cuti sampai ayah kite tanya pasal study kitorang berjalan ke tak sebab asyiklaaa cuti. Mihihi soalan tu di utarakan sebab ayah risau. :p Anyway.. Best tak cuti kalini? Mestilaaaaa! Balik rumah = syurga makanan. So, no question about kgs pls. Makan selagi ada rasa nak makan and have fun when we are at home. Practically since my husband and i from perak senang je kami nak balik both houses. Takda distance issue since our houses just 1 hour away je. Best kan? Hihi ;D
Tentang labwork so far Alhamdulillah berjalan je kami punya labwork cuma kami berdua jenis tak stress too much pasal labwork. Kitorang buat sambil have fun so that kami sama sama happy untuk learn and tak timbul rasa beban dalam hati. InshaAllah mudah mudahan begitu.
Raya cina celebration? Best! Alhamdulillah. Merasa rasa sambutan raya cina for the first time with FIL's side. Makan besar and ofcourse red packets! ;P eh, still got angpau? ofcourse! to some people yang dah kawin maybe tak dapat, Tapi sebab uncles and aunties belah husband are generous enough to give us angpau, so we both got it. oh well.. rezeki jangan di tolak kan? ;) mana tau next year raya dengan our baby, rezeki baby la pulak dapat angpau. hihi. Selalunya, makan besar ni dekat rumah yeye (atuk) je. And normally, my MIL will prepared the food and bring over there to eat together. this year dishes are steamboat and chicken curry. Delish enough for me to ate 4 bowls of steamboat. haha i cannot resist la the temptation of the food. Jadinya, during the evening before raya, all the family members will sit together and feast ourselves with all the dishes. Makan makan and also talk to each other. Masa ni jugak kite berpeluang jumpa adik beradik belah ayah (my FIL side). Just a simple occasion between the family members but still a good one to be remembered.



The next morning, berkumpul lagi. This time around my sil ika not tagging along bcs she is not feeling well. Apa yang best selain dapat angpau? Kuih kapit! Sedapppp.. Normally the kuih kapit texture is a bit thick but this one thin enough for me to munch a lot of it :p double sedap buat kite makan tak ingat doniaaaa. One thing I learn this time, whenever we see someone older than us we need to greet them. As a symbol of respect actually ;) sebab, bila tak greet tu macam rude simply pass by them gitu je. Just a simple word like "yeye.." Is enough. Oh and after chit chat with the family members, balik rumah. Simple kan? ;)

Till then, Assalamualaikum! ♥

Tuesday, 2 February 2016

Step untuk nikah (proses dengan pejabat agama kawasan)

Assalamualaikum. ♥
Since quite a few kawan kite tanya pasal proses nak settlekan borang nikah, kite terus tulis sini untuk lebih senang nak refer, okay? Sebelum hari pernikahan, this one BIG thing we need to settle first. Which is borang nikah untuk dapat kebenaran nikah dengan pasangan. Daripada apa yang kite baca permohonan nikah ni boleh apply seawal 90 hari sebelum tarikh pernikahan :) Firstly, pasangan lelaki atau sesiapa belah family lelaki kena pi pejabat agama untuk isi borang nikah. 

Masa pi pejabat agama untuk dapatkan pengesahan pastikan dah ada:

1. HIV test result
2. Sijil kursus kahwin -- original copy + fotostat
3. Surat akuan bujang daripada ketua kampung kawasan kediaman atau majikan tempat bekerja pun boleh :)
4. Salinan ic sendiri dan pasangan
5. Salinan kad pengenalan wali (bagi pihak perempuan)

* Atas ni dokumen yang diperlukan dalam senarai semak Jabatan Agama Islam Perak. 
Negeri lain kite tak pasti, rasanya sama.

Lepas semua dokumen yang diperlukan lengkap baru pejabat agama akan beri pengesahan. Kalau pasangan berlainan daerah dan negeri. Akan ada borang yang kena isi untuk dapat kebenaran bernikah luar daerah dan negeri. Dah settle part lelaki, pass semua borang dekat pihak perempuan. Untuk pihak perempuan buat prosedur yang sama dengan pejabat agama. Cuma dalam borang, kena tambah maklumat bahagian wali. Lepas dah sah semua borang, baru jumpa tok kadi untuk book. Important part, sebab kalau tak book tok kadi tak notice tarikh nikah kita.

---- Untuk situasi kite dengan husband, masa tu kami both sibuk dekat UPM since masa tu our last semester. Jadinya. Both parents yang settlekan all the borang pi hantar pejabat agama dan jumpa tok kadi. Tu bukan problem jangan risau kalau tak boleh hantar by hand :) For my case, ayah kite nak buat majlis akad dekat rumah. Nowadays tak boleh sebab biasanya tok kadi akan sekali harung few couple dekat masjid terus. Tapi atas budi bicara tok kadi, tok kadi izinkan buat akad dekat rumah. Alhamdulillah! Settle part tu :) Cuma lepas dah inform tok kadi, dekat dengan majlis ingatkan balik. -- ni atas nasihat tok kadi sebab banyak pasangan nak nikah tarikh yang sama takut terlepas pandang.
Bila dah settle semua borang nikah dan dapat pengesahan barulah lega. Sebenarnya step ni paling penting untuk pasangan yang nak bernikah. Bila tarikh dah confirm, baru perkara lain boleh start prepare. Sebab kite sendiri lepas dah settle baru boleh bernafas. Ha-ha. Sebab risau tarikh yang kite pilih untuk nikah tok kadi tak available. But Alhamdulillah urusan dipermudahkan ;)

1. Sijil kahwin original yang akan di cop once dah bagi dekat pejabat agama
2. Borang HIV yang kena bawak masa buat HIV test untuk dapatkan pengesahan
3. List dokumen yang diperlukan untuk pihak lelaki
4. Borang HIV yang kite akan isi masa nak buat test HIV, akan dapat satu copy salinan.

Untuk lebih faham, ikut step bawah ni okay?

1st step: Pi kursus kawin!! Hihi.
2nd step: Ambik borang permohonan perkahwinan Dari pejabat agama (sesetengah tempat ada bayaran rm1/ borang)
3rd step: Bawak borang dari pejabat agama untuk buat HIV test. PASTIKAN BORANG DAPAT PENGESAHAN DARI PIHAK HOSPITAL. 
4th step: Pihak lelaki akan settle hal berkenaan borang dengan pejabat agama kawasan. (Eg pejabat agama taiping). Termasuk surat akuan bujang dan kebenaran bernikah di tempat lain -- kalau bernikah luar kawasan. Pejabat agama akan ambil masa dalam seminggu untuk sahkan borang.
5th step: Lepas dah dapat pengesahan, pihak perempuan pulak sahkan borang. Bawa sekali borang dari pihak lelaki yang dah siap disahkan. Tempoh borang sah in between one week jugak.
6th step: Jumpa tok kadi kawasan untuk pemberitahuan tarikh. Bagi sekali borang yang dah disahkan pejabat agama pada tok kadi. Sebab tok kadi akan bawa masa hari pernikahan.

* Additional info, ada negeri dah start guna online application. Cuma log masuk je dekat website pejabat agama, isi semua maklumat yang diperlukan. print out dan mintak pengesahan. Rasanya either one pun okay. Just don't procrastinate okays? InshaAllah perkara baik, nak buat sesuatu yang diredhai Allah swt akan dipermudahkan..

* Oh.. dan kalau ada apa apa nak tambah fell free to comment tau. Maybe kite ade termiss out any point dekat sini :)