So happy harini. Harini ulangtahun perkahwinan yang pertama buat kite and husband. Setahun dah! To some people mesti rasa macam ei kecoh je baru setahun, bukan 100 tahun pun nak bagitau orang. Well, maybe bagi sesetengah orang dorang rasa benda kecik je kan setakat ulangtahun perkahwinan, tapi untuk diri kite sendiri its a big deal ;) kite selalu appreciate benda benda macamni, sebab benda macamni yang buat kite akan ingat momen indah dalam hidup kite. Bangun pagi tadi, teringat pagi setahun yang lepas. Masa hari nikah tu dengan bercampur baur perasaan, boleh pulak make up pun sama buat masalah. Sebab kite memang nak make up yang simple, tapi yang kite dapat make up yang horror. Bukak je mata tengok diri sendiri depan cermin macam tengok orang lain lepastu bila suruh MUA tu betulkan dia kata ni dah nipis like seriously? :( Siap buat drama air mata k dekat ayah ibu dalam bilik sebab rasa hodoh sangat (tebal gilaaa) and rasa nak cuci je takyah make up. Tapi tak sempat pun sebab rombongan lelaki dah sampai dengan tak pakai tudungnyaaa. okay lupakan part tu. Cuma, bila ingat balik setahun yang lepas, perasaan berdebar tu masih segar lagi. Rasa mimpi nak kahwin masa tu.. betul betul momen indah dalam hidup :)
Masa lunch break tadi makan dekat kedai suliza sup perut air asam. Last week masa makan dekat lido corner, kak azza ada sebut pasal perut air asam ni. jadinya terusla teringin nak makan minggu ni pulak memandangkan anniversary kannn ----- alasan hihi. bila risik risik lokasi dekat kawan ofis, dorang tau la anniversary harini semua. jadi ramai ramai pi makan sekali. kalau dari usm, dekat traffic light kfc kubang kerian tu belok kanan, lepas tu terus je akan jumpa lagi dua traffic light. traffic light ketiga and terus je sampai jumpa kedai DIY belah kanan, buat u-turn kedai tu belah kiri first akan jumpa OUM depan sikit jumpa kedai karpet besar warna merah nama Dee Carpet dan last jumpa kedai kereta Ice Gard then betul betul sebelah tu kedai suliza ni (signboard kecik je kena baca nama signboard tu betul betul). Price wise dia okay, takdela mahal sangat. Macam kite ambik set nasi, sup perut air asam dengan daging bakar rm7 (cuma portion je a bit small), kalau husband ambil nasi dengan sup perut air asam cuma rm5 je. okay lah kan?
Rasa sup? Masam masam pedas. kite boleh terima rasa dia :)
Rasa daging bakar? Sedap.
Teh beng? Sedapppp!
Kite bagi 3.5 bintang (kurang sikit sebab portion kecik daging sejemput)
Husband bagi 2 bintang sebab husband tak minat masam sangat. Bila dapat makan apa yang kite nak mestila kite happy! sebab kite adalah seorang penggemar makanan sampai husband pelik camane la kite boleh tau kedai makan area KB ni sebab baru jugak kitorang area sini. Well, biasela.. google kan ade, google la makanan yang sedap kannn :p
till then Assalamualaikum! ♥
No comments:
Post a Comment