Tuesday, 28 September 2021

My 30th birthday!

Assalamualaikum 💗

Nak update sikit lah kenangan ulangtahun kelahiran yang ke 30 last Friday. I was in shocked sebab i received an unexpected amount of love from people around me. I tak sure la semorang excited i masuk 30 atau dorang memang sayang i haha. 

Mata i jangan cakap le. Memang bengkak habis one whole day dari seawal subuh sampai ke malam. Menjejes air mata baca ucapan dari family. Lepastu call ayah ibu lagi. Banjir ofis i that day. Rasa sebak, rasa sedih yang i taktau nak ucap macamana. I was extra mellow that day..

Si birthday girl yang bengkak habeh matanya sepanjang hari

Tanda ingatan dari family dan kawan kawan tak putus putus dari pagi. Sampai ofismate i terkejut tengok i dok turun naik ambik package. Dessert je dah sampai 7 jenis i dapat on that day. Never expect that. I even questioned my husband yang layak ke i dapat semua ni.. mashaAllah thankyou korang. Lepastu dengan hadiah yang bermacam lagi. Yang bestnya i request hadiah from my family. I kata i nak air fryer and waffle maker warna pink as a gift. Zass dapat. Yahuuu. Lepastu husband i pulak tolong clear my shopee cart. Eventho sebelum tu husband i game i haha. Siap belikan perfume idaman i sampai 2 ketui. Menangis lah lagi seketui maisarah. Hoih emosi hang ni 😅

mak enon try pakai shawl walaupunnnnn 😂

Ini nukilan khas untuk my parents yang i tulis on my birthday. Share sini sebab dekat FB i dah private that album, hehe.

"30 tahun sudah usiaku. Sambutan ini terjadi hasil daripada kepayahan ibu melahirkanku, jua ayah yang tanpa lelah mendidikku.. Buat ayah dan ibu.. Atas segala yang diberikan padaku.. Dari kecil hingga anak satu.. Ku semat di hatiku.. Sayang selalu…Moga dapat ketemu. Bila sampai waktu. 

Ya Allah Ya Tuhanku.. berikanlah ganjaran yang terbaik buat ayah ibuku.. yang tanpa lelah setia di sisiku. Juga di sisi adik beradikku. Kurniakanlah syurga terbaik buat kedua ibu bapaku."

Pertambahan usia maksudnya dekatlah lagi diriku dengan kematian. Tak semstinya bila tua baru ajal menjemput.. mungkin esok mungkin lusa. No one knows. Moga hati ini sentiasa redha atas apa yang berlaku dan moga diampunkan diri ini andai ada khilaf aku dengan kamu.

Sebelum terlupa.. Terima kasih sayang ibu dua dua! Dua ketui orang kuat yang usaha sungguh sungguh buat ibu happy last friday. Sayang banyak banyak untuk dua dua.


Love always!

p/s: not a shawl person tapi pakai shawl on my birthday. Memang cubaan berani mati haha.

Monday, 20 September 2021

Puasa Hari Putih; Niat dan Kelebihan berpuasa

Assalamualaikum 💗

Harini 20 September 2021 ; permulaan berpuasa untuk Hari Putih untuk Bulan Safar. Ia di gelar sebagai Hari Putih atau lebih dikenali sebagai Ayyamul Bidh. Untuk bulan September ni, Hari Putih jatuh pada tarikh yang berikut.

  • 13 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 20 September 2021
  • 14 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 21 September 2021
  • 15 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 22 September 2021

image source: https://id.pinterest.com/umieclever/_saved/

Ayyamul Bidh jatuh pada setiap pertengahan bulan Islam. Pada setiap 13, 14 dan 15 bulan qamariah kecuali hari tasyrik pada 13 Zulhijah kita disunatkan untuk berpuasa Hari Putih. Ia digelar Hari Putih kerana pada malam-malam tersebut merupakan waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.

Puasa sunat hari putih juga sarat dengan kelebihan. Antaranya ialah:

1. Melaksanakan wasiat Rasulullah SAW.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata: “Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) mewasiatkan kepadaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya sehingga aku mati; berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat duha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Melaksanakan apa yang dianjurkan oleh baginda SAW.
Daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriah).” (Riwayat at-Tirmizi & an-Nasai)

3. Umpama berpuasa sepanjang tahun.
Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Riwayat al-Bukhari)

Niat puasa Hari Putih: 
Sahaja aku berniat puasa pada hari-hari putih sunah kerana ALLAH SWT.

Semoga sedikit perkongsian mengenai Hari Putih dari entri blog ini membawa sedikit sebanyak manfaat untuk semua ya 😄

Tuesday, 14 September 2021

My Cooking Story discount code: "MCSSARAH"

Assalamualaikum 💗

Today i nak share one online platform yang menawarkan antara harga yang terendah untuk cookware, glassware and bakeware. Senang kata, kesemua barangan dapur ada di sini. The famous FIKA series yang menjadi sebutan ramai pun ada jugak. Tapi selalunya barang hot hot ni cepat sold out. Kena selalu tune in to the website untuk keep an update barang apa lagi yang best tengah promo di https://mycookingstory.com/ oki. 

Sebelum nak borak lebih lanjut, i nak syorkan you guys untuk guna my promo kod setiap kali you buat pembelian di website my cooking story. Sebab apa? Dengan kod diskaun ini, you can enjoy the 10% discount perks yang tak ramai orang tahu. Hehehe best kan?

Discount code: MCSSARAH

*diskaun sebanyak 10% diberikan dengan penghantaran percuma ke semenanjung. Tiada limit pembelian menggunakan kod diskaun ini dan kod diskaun sah digunakan tanpa tarikh luput. 

Jum i share antara kombo menarik untuk Bulan September! 😉

22cm NEOFLAM Stockpot with Aluminium Lid
Nylon Spatula & Ladle
1x FREE Rasa Rosz tumis/  1x Free: Covid Insurance

2 x Fika Glass Container 800ml Rect
1 x Fika Glass Container 1380ml Rect
1 x Fika Glass Container 2600ml Rect
1 x FREE: Crispy Prawn Chili/ 1x Free: Covid Insurance

2 x Fika Glass Container 2600ml Rect
1 x 3.7L Vetro Oblong Divider
1 x Free : Chicken Rice Chili Sauce/ 1 x Free : Covid Insurance

1 FIKA Cast Aluminum Wok26cm ( Package Dimensions W, H, L (mm) 430x260x76 
2 Fika Glass Container With Valve 800ml Rect
1 FREE : KIGI 1.05L X 1/ 1 Free : Covid Insurance

Ini antara kombo idaman kalbu i for this month. Menarik sungguh ya. Ngences ku melihatnya. Kesemua item di website https://mycookingstory.com/ sememangnya yang original. Jangan ragu ragu oki. Lagi best siap ada free delivery untuk semenanjung malaysia. 

Tune in to the website every month for super special combo. Kalau nak beli loose set pun ada jugak di website. Bezanya pembelian kombo ini harganya extra jimat dari biasa 💗

Wednesday, 8 September 2021

JJCM: Kuala Gula - JS Muara Restoran Terapung

Assalamualaikum 💗

Masih lagi dalam entry #makanmanatahunlepas? 😆

Ni antara entri yang dah diperam lama dalam dashboard. Dok hold sebab mood nak update belum mari dari tahun lepas. Alang alang mood update blog tengah berada di puncak ni.. zasss apa lagi kan. Moh le kite upload mana yang masih ingat hehe.

Masa ni tok ayah ajak pi Kuala Gula makan makan. I sebenarnya macam blur blur ayam sket masa ni sebab i ingat takdela jauh sangat. Bila dah dalam kereta tu i dah pening kelaparan sebab tak sampai sampai. Kalau pening naik kereta ni selalunya signal yang i dah lapo gila. :p Asyikla tertanya tanya bila nak sampai. Bayangkan.. Jalan dari dua lane, jadi satu lane jadi satu lane share dua arah. Phew finally baru sampai.

Anyway.. Restoran ni memang terapung betul tau. Bukan sekadar nama. Gitu. Jadi bila pijak lantai restoran memang akan rasa wavy. Tambah wavy kalau ada bot or anything lalu sebelah restoran. 

Icha selit in between pagar. Celuih pulak tu.

View depan restoran. Bot tu b0leh naik and akan bawak dekat satu tempat banyak burung. Tapi tak sempat nak try takut lambat balik.

Family photo. Abaikan cha yang dah ralit pandang tempat lain haha

Rombongan tepeng hehe

Ikan sangkar

Ketam lembut breed dalam sangkar

Heluuu there?!



menu menu yang buat i rambang mata

Seperti biasa la, my usual self akan rasa nak cuba semua. Tapi nafsu makan i kalah on that day sebab i maleh nak layan haha. Anyway..semua nampak tempting nak cuba. Tengok gambar makanan ni balik pun buat perut i berbunyi. Nasib hang la update lambat sangat 😆

Jum layan gambar makanan dekat bawah oki!

Ketam lembut idaman hati, makan banyak pun still nak lagi. Eh.

Kerabu sotong. Sedapppp!

Kailan ikan masin. Pun sedap.

Sejak azali i suka minum Laicikang. This one sedap!

Close up ketam lembut (read: soft shell crab). Sedapnyaaaa

Tomyam ayam. Hat ni biasa biasa je rasanya.

Ikan ni sedap. Tapi tak cukup, haha

Si kecik makan banyak ketam lembut. Memang kena taste le tu. Ibu pun suka.

Total makan untuk 8 dewasa, 5 kanak kanak.

My review:

Their services was okay. Takdela lambat sangat sangat kalau ikutkan kapasiti pelanggan dalam ni. Kedai ni pack betui dengan manusia ya. Rasa makanan pun okay. I terpaling suka ketam lembut. Makan dua tiga pun still rasa tak cukup. Sedap for me! Anyway.. Environment kedai ni tak sesuai kalau u penggeli lain maciam. 😅 Everything else was okay. Kalau tanya i, air should order asing instead of jug. Harga lebih kurang je plus jug air tak cukup to cover us all.

Signboard ni dekat laluan depan masa nak masuk restoran   😊

So, adakah i akan datang balik lepasni?

Kalau semata mata nak datang makan tu idaklah kut. Sebab tandas dia tak menepati piawaian tandas for me. Even pergi tandas surau pun still kenot. Sebabkan emergency terpaksa jugak guna 😅 Tapi i will crave for the soft shell crab. Sedap gila. Mungkin masa i pregnant nanti boleh guna alasan mengidam. Bolehla mintak husband i pi beli tapau bawak balik haha.

Monday, 6 September 2021

JJCM: Ayam Geprek Dapur Sari Dewi, Sri Serdang

 Assalamualaikum 💗

Entry ni dah lama terperuk dalam dashboard. Baru baru ni teringat tentang kedai ni.. Bila google tengok still beroperasi. Terus zassss i karang balik ayat untuk entry alang alang terliur makan ayam geprek haha. Semoga it gives you guys idea jugak incase blur nak makan apa bila you are nearby the area.

Anyway.. I pergi pun dah lama gila dah. Tak silap i last year. Lama kan 😅

Kebetulan pi fotostat dekat area sri serdang (SS) terus ajak husband makan dekat area ni je. Oh sebelum i lupa, SS ni ibarat playground la zaman undergrad dulu. Port lepak, port berchenta pun ye jugak dekat sini. Bila lalu dekat jalan jalan yang biasa lalu dulu memang ibarat going down to the memory lane. Nostalgik sungguh. Nak cari bahan merajuk pun kawasan ni jugak. Kan bang? :p

So bila i google, i ajak la husband i makan dekat  Ayam Geprek Dapur Sari Dewi.

Menu yang kami order on that day

Kedai ni masa kami datang macam baru je beroperasi. Sebab deko dalam semua nampak baru. Tapi tak sure la betul ke idak. Hehe.

Kebetulan orang pun tak ramai dalam kedai, waiting time pun taklah lama. Tapi part nak order pulak kemain lama sebab i ni sejenis cepat rambang mata. Nak rasa semuaaaa kalau boleh! Tapi mestila tak boleh kan. Perut pun ada dua. 

Silakan rambang mata bersama i haha.

Bakso kaget

Ayam geprek extra pedas

Taste-wise okay. 

Ayam geprek:
I request extra pedas with thigh part. Orang takda dalam kedai pun pekerja boleh silap bagi isi jugak. Anyway bagi i pedas sambal dia manja manja je. Husband i kata pedas. Bagi i, tak pedas haha. Ni komen dari hantu pedas ya. Kalau yang tak boleh tolerate pedas tu, jangan request extra pedas oki. 

Bakso kaget:
Biasa only for me. Sambal pun tak pedas for me. Tapi my opinion might vary to you since i penggemar cili padi 😅

Total dua orang makan

It was just okay for me. You guys boleh la try kalau ada dekat area SS oki! 😉

Address:
Ayam Geprek Dapur Sari Dewi (Waze)
3375, Jalan 18/31, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Sunday, 5 September 2021

Makan durian di Durian BB Park

Assalamualaikum 💗

Finally musim durian dah ke penghujung. These past two months we were in the state of "Durian Coma". We ate durian like a champ ya. Every other weekend mesti beli durian and buat stok dekat rumah. Sampai satu masa tu, icha sendiri dah tak boleh terima durian. Haha. Lepas dari tu memang kami makan manggis je sebab manggis makan banyak mana pun tak pernah rasa muak or jemu. Bayangkan manggis 3kg RM10 boleh habis in 2 days. Memang hantu manggis betui. Now da masuk musim rambutan 3kg RM 10. Tapi rambutan takdela fav sangat so takdela episod makan rambutan sampai kembung 😆

Anyway, disebabkan musim durian baru je lepas i teringat nak share tentang our experience makan durian dekat one kedai ni. This was taken on 2020, now baru nak update after setahun sebab baru teringat bila sebut pasal durian. Hope it will benefit some of you guys in any way possible oki.

Happy face dapat makan durian sedap

Rezeki kami dapat makan di Durian BB Park. Harga jangan tanya sebab we got all for free 😋 Ada banyak jenis durian and during that time kami dapat rasa Musang King, D24, Dato Nina dengan XO kalau tak silap. Gambar durian dekat bawah oki.




Untuk kami yang jenis layan durian kampung, this was a fun experience to us.

Belajar macam macam jenis durian dan rasa yang totally berbeza dari satu jenis dengan yang lain. Cara makan durian pun beza ya. Seller bagi makan ikut turutan. From Dato Nina tak silap i, to Musang King. Ada rasa lemak, manis, pahit. Terpaling kena dengan our tekak was D24. Sedap ya. Habis kami makan all D24 on the spot. Terpaling banyak makan for this mestila icha hehe.

Oh ya.. kami bukan sejenis suka makan durian isi tebal and pahit pahit gitu, Musang King was the least fav to us. Maka paling banyak kami tapau bawak balik was MK. Tapi kalau u sejenis suka MK, selalu makan MK, definitely takkan agree to my opinion lah.

Icha & Acu

Bekas letak biji durian

Happy baby yang paling banyak makan durian on that day

Air mineral provided together oki. Comel betul semua ada logo kedai.

I share here some of the interior and surrounding pictures.

kawasan dalam kedai

cabin located dekat dengan gate

Durian BB Park overview

Si kecik dengan mascot. Hapi sebab dapat makan durian sedap.

Since banyak sangat durian yang we got during that day, we tapau-ed some home. Packaging dia sangat secure. Siap sealed and vacuum so tahan dalam sebulan after we bawa balik. But kena pastikan memang tak buka at all lah.

Kalau u peminat durian, u can come and try to have it here. Price-wise i tak boleh komen sebab I don't know how much does it cost. All I know, the dining experience was worth it! 😍

TTYL!

Address:
15, Jalan Kamuning, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Waze: Durian BB Park)

Thursday, 2 September 2021

Settle dua dos vaksin AstraZeneca!

 Assalamualaikum.

Akhirnya dah lengkap dua dos early August last month. Alhamdulillah.

Post vaccine effect:

I was so nervous sebab takut lagi teruk from the first jab. Luckily takda demam teruk macam 1st dose haritu. Lega betul rasa bila the only side effect was lenguh tangan for few days. Unik sket kalini terasa betul vaksin masuk. I siap cakap dekat yang cucuk tu eh kenapa lama eh kalini haha. Masa 1st dose kemain sat je settle. 😅

Tapi proses cucuk for 2nd dose cepat dan pantas. I rasa tak sampai 5 minit settle semuanya. Tak sempat nak duduk pun dekat each station sebelum nak cucuk tu sebab terus ke depan. Dah siap cucuk siap dapat mee goreng lagi. Sebab lapar, gone sekelip mata.

ambik gambar pun dari jauh sebab frame nak ambik gambar tu kemain ramai beratur. nervous i dengan husband tengok.

Habis jab we tried the air viral dekat dalam UKM. Okayla, bolehla. Hubs said the taste was okay and harganya pun okay je. Takpela bang, atleast dah try. Kalau orang tanya dah cuba ke belum, bolehla jawab "DAH" 😛

Anyway, sekarang dah banyak industri bukak kan. Whatever you are doing, wherever you are mask on oki. Pls pls keep on jaga SOP. Kita belum menang. Take care and stay safe please, everyone!

p/s: Dah berbulan tak jumpa famili. Rindunya mashaAllah