Monday, 20 September 2021

Puasa Hari Putih; Niat dan Kelebihan berpuasa

Assalamualaikum 💗

Harini 20 September 2021 ; permulaan berpuasa untuk Hari Putih untuk Bulan Safar. Ia di gelar sebagai Hari Putih atau lebih dikenali sebagai Ayyamul Bidh. Untuk bulan September ni, Hari Putih jatuh pada tarikh yang berikut.

  • 13 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 20 September 2021
  • 14 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 21 September 2021
  • 15 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 22 September 2021

image source: https://id.pinterest.com/umieclever/_saved/

Ayyamul Bidh jatuh pada setiap pertengahan bulan Islam. Pada setiap 13, 14 dan 15 bulan qamariah kecuali hari tasyrik pada 13 Zulhijah kita disunatkan untuk berpuasa Hari Putih. Ia digelar Hari Putih kerana pada malam-malam tersebut merupakan waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.

Puasa sunat hari putih juga sarat dengan kelebihan. Antaranya ialah:

1. Melaksanakan wasiat Rasulullah SAW.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata: “Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) mewasiatkan kepadaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya sehingga aku mati; berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat duha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Melaksanakan apa yang dianjurkan oleh baginda SAW.
Daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriah).” (Riwayat at-Tirmizi & an-Nasai)

3. Umpama berpuasa sepanjang tahun.
Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Riwayat al-Bukhari)

Niat puasa Hari Putih: 
Sahaja aku berniat puasa pada hari-hari putih sunah kerana ALLAH SWT.

Semoga sedikit perkongsian mengenai Hari Putih dari entri blog ini membawa sedikit sebanyak manfaat untuk semua ya 😄

No comments: