Thursday, 21 October 2021

Tunaikan cek di mesin ATM; Kena sign dekat cek ke tak eh?

Assalamualaikum πŸ’—

Disebabkan semalam i baru pergi cash cek di kaunter, maka nak share here cara cara untuk cash kan cek di bank. Semoga post ni membantu korang yang blur blur macam i. Macam macam eh dalam fikiran. Risau duit hilang lah, salah buat lah apelah. Nervous kemain. Luckily all went well and dah settle! Yay. So jum i share here langkah langkah untuk tunaikan cek di bank pilihan anda oki πŸ˜„

First thing first masa dapat cek, sila semak nama korang ya. Pastikan ejaan nama penuh dan amaun (RM) pada cek adalah amaun yang betul. Sebelum ni i dapat cek yang ejaan nama i salah. So i kena return and wait for a new one. Nak tunggu cek baru punyalah lama.. hampir terlupa dah sebab nearly setahun πŸ˜…

Anyway, lepas dah periksa cek semua okay.. Bolehla tulis nama di bahagian belakang cek. Pastikan nama sama dengan bahagian hadapan cek ya. Isikan juga no akaun bank dan no telefon. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek di tendang. Kalau cek tendang habislaaaa hampaaaa.. 

YANG PENTING SILA SIGN CEK ANDA OKI. 

Part ni la i paling nervous taktau samada kena sign ka dak. Sebab bila baca dari cek tu kalau tukar dari bahagian kotak tu kena sign (ikut fahaman i lah). Tu i dok ulang alik depan bank sebab hesitate whether to sign or not to sign. Last last i pi approach random bank worker yang otw ke kereta tanya. Kesian dia, nervous gila masa i approach tu. Mesti ingat i nak scam dia sebab dalam masa yang sama i tanya soalan tu tangan i dok seluk dalam beg kain tepi i πŸ˜…

Anyway.....

Kalau dapat cek CIMB tetapi akaun bank Maybank, you pergi ke Maybank oki. Sila ke bank yang anda miliki akaun simpanan. Bukan ke bank yang tertera di atas cek ya.

Lepas dah settle isi semua, bolehla pi bank. Sila ke bank terdekat dan cari Cheque Deposit Machine seperti gambar bawah ni:

Masukkan cek anda

Tunggu resit anda.

Sila simpan resit untuk rujukan

Simple macam tu sahaja guys. Selesai je all dah bolehlah tunggu duit masuk ke dalam akaun bank oki.

p/s: Lepas je settle masukkan cek dalam machine terus rasa lega lain maciam. πŸ˜†Simpan sini so that in the future nak cash in cek senang refer to this entri. Hope this entri bantu you guys as well oki!

No comments: