Sunday, 9 October 2016

Mee Goreng Mamak Sedap Kubang Kerian Kelantan

Assalamualaikum. ♥

Siapa sini penggemar mee goreng mamak? Tahu tak dekat kelantan susah nak dapat mee goreng mamak?! Tahu tak my husband suka makan mee goreng mamak but then dekat kelantan susah nak cari yang sedap? Huhu. Tapiii bila dah jumpa satu foodtruck yang jual mee mamak yang kena dengan selera, almost every week balik kerja kami akan singgah makan situ :D

Loyal customer betul kitorang ni. Hehe. 

Selalunya kalau tak berapa lapar, kitorang share je sebungkus makan berdua. Tapi kalau lapar sharing tak berkesan ye.. Wajib sebungkus sorang. Husband akan order mee goreng mamak and kite order maggi goreng mamak. Sedap!! (Terbayang maggi dia masak uiii sedappp :')) Yang penting kena dengan tekak (tak manis <--- paling penting kalau tak potong selera nak makan huhuhu) and harga pun affordable! Kalau order dua bungkus, together with teh o ais satu it will cost us around rm9.20. Okay lah kan? Sebungkus rm4 untuk one plate of goodness dengan air teh o sedap bak kata suami. Hehe. Kalau dah makan dekat kedai ni waktu balik kerja, memang dinner ke laut sikit. Kadang kadang dinner berat incase lapar lagi, takpun minum air susu cicah biskut je buat lapik perut. Tu pun lena sampai ke pagi :p

Maggi goreng mamak pilihan hati. Habis ok makan sorang hehe.
Gambar fresh sebab baru makan petang semalam masa balik kerja. Sedappp.

Landmark foodtruck ni senang je. Berdepan dengan HUSM (seberang jalan), and betul betul depan Nirwana which is kawasan parking lot depan Nirwana tu. Foodtruck ni warna putih tau, located depan secret recipe Nirwana. Senang nak jumpa. Usually 2 lelaki akan entertain their customer. Servis cepat. But kalau datang masa peak hour, tahap kesabaran pls tebalkan sikit. Hehehe. Sebab their customer tak putus and the best thing is they serve it panas panas. Totally our style of food nak makan panas :) A few table pun ada disediakan untuk anyone yang nak makan situ.

Jadi, if u happen to be around kubang kerian area and teringin nak makan mee goreng mamak sedap tryla dekat sini.. Ada rojak (pasembor) jugak. Okay?

Monday, 22 August 2016

Cornflakes madu.

Assalamualaikum.

Ada ke peminat cornflakes dekat sini? Okay kite geng. Baru berjinak jinak makan cornflakes madu last year masa girlfriend kite intan bagi semua orang makan masa raya. By the way, masa tu bukan pi beraya pun. Time tu kami sibuk pi tawaf mall masa musim raya. Hehe. Sanggup ok intan bawak balang cornflakes sebab nak kasi semua makan cornflakes madu homemade tu. At first kite tak makan sebab takut (pernah makan tapi tak sedap terus nightmare lepastu jumpa mana mana masa hari raya takut nak makan dah nanti tak sedap and takut rasa pelik tastebud tak mampu terima? Lojik ke alasan ni hehe). Tapi sebab intan dah penat bawak kite pun rasa satu. Terus nak makan lagi dan lagiiiii takleh nak stop ok sedapnyaaaa. Request nak bawak balik balang yang ada lebihan cornflakes boleh tak intan? Nak kasi husband dengan adik kite rasa sebab sedap gila ni. *Nampak over kan, haha. Tapi betul la sedapp tak tipu* nasib intan kasi. Kalau tak nangeh situ takda orang layan :p

So this year, kite tak buat tak malu mintak lagi cornflakes homemade intan. Haha. Intan pun kasi dekat kite sebalang penuh cornflakes madu few days before raya tak silap kite.. *thank you intan dengan mak intan hantar sampai depan pintu rumah kite* kite happy sangat dah sebab dapat cornflakes sedap lagi. Jadi kite pun start la buat catuan cornflakes. Dengan harapan boleh tahan lama sikit dalam 3 bulan. Hahaha kedekut punya olang. Dah masuk 3rd week syawal, kite and husband balik kelantan balik. Bawak sekali balang cornflakes yang ada lagi lebih separuh balang.

Then, kite letak dekat pantry bilik postgrad ni dengan harapan nak jadikan kudapan masa buat keje. Kite offer anyone nak rasa ambiklah rasa. 
Lepas dua hari kite teringat nak makan, tapi tau tak apa yang tinggal?
HABUK. OK. HABUK. ISI YILLEK POCIK. 
Terus mengadu dekat husband. Sedih cornflakes yang kite sendiri makan bercatu dah tinggal serbuk. And habis lepas 2 hari je ok. Cepat betui :( 
Dahla orang tu je yang makan semua kasi habis. 
Siap balang cornflakes ada atas meja dia lagi dengan kertas cornflakes masih dalam balang :( 
Terus jadi tak ikhlas nak kasi rasa sebab dia habiskan :(
Camane ni, :(
Nak cornflakes laaaaa
Sedih tau dia habiskan cornflakes madu yang i catu. :(
Pembuat cornflakes madu yang sedap sila tampil ke depan sekarang! hahaha.
Emosi betul.
Dahla, bai cornflakes madu. :(
Jumpa raya tahun depan (dengan harapan intan kasi lagi sebalang ;p)

Tuesday, 9 August 2016

Long hiatus.

Assalamualaikum.

After hibernate for so long, I decide to start writing again. 

Banyak benda nak share. Even puasa dengan raya pun dah habis ok? Nasib tak habis tahun lagi. Hehe. InshaAllah, nanti kite start tulis like i used to which is takdelah daily update. Maybe once a week atau once for every two weeks ke kan ;) Even tak update pun masih ada yang datang jenguk blog berhabuk niiii. Thank youuuuu ♥

Monday, 23 May 2016

Happy Birthday Husband!

Assalamualaikum. ♥

Ahad lepas birthday husband. And di sebabkan kami kerja sekali, buat apa apa semua sekali. Bak kata orang 24 jam depan mata gitu. hehe. jadi memang agak susah untuk kite nak plan for my husband birthday. Bila kite fikir fikir kite pun ajak kawan kite (yang sama sama belajar dekat usm kubang kerian ni) untuk bantu kite pergi beli barang. Rasa bersalah sebab tak explain betul betul dekat husband nak pi mydin buat apa dengan kawan, kite cuma cakap kawan kite mira nak beli barang yang kite sendiri tak tahu apa dia. Haha. Mestila husband macam pelikkk kan. Takkan la mira ajak teman beli barang dekat mydin tapi taktau nak beli apa. Tapi nasib la takda soal jawab hehe. Lega kejap. Masa mira sampai ofis untuk kami pergi beli barang dkt mydin pun husband takda dalam ofis, jadi mira pun lega sama la sebab tak payah nak reka ayat. Haha kelakar balik bila ingat. Maka kite dengan mira pun pegi la mydin depan usm ni (nasib walking distance je). Dah beli barang semua balik ofis pening nak letak mana. Nak bawak masuk ofis kantoi la kan dengan husband kite. Jadi solution dia kite letak macam tu je barang yang dah beli tepi tangga. Kira gamble la sapa ambik ke apa kan. Nasib tak hilang tau -.- Dan bila husband pergi solat dkt bawah, kite cepat cepat bawak masuk barang dalam ofis. Siap cekelat semua dah simpan dalam peti. Lepastu kite teringat ahad cuti hari wesak. 

Apakahhh. 
Macam mana nak bawak balik board yang besar gila ni?
Haha masa tu kepala dok ligat fikir idea.
At the end tumpang kejap bilik sebelah.
Nasibla takda banyak soalan dan tak kantoi dengan husband. 

Lepastu kite teringatla camane nak simpan dalam kereta barang barang niiiii. Sebab nak bawak balik rumah kan. Nak suruh husband keluar pergi mana mana pun takda idea dah ok. susahlaaaa kite nak simpan barang dalam kereta. Oh.. lupa nak bagitau. kite beli board dengan plenty of chocs. Chocs tu takpela sorok dalam beg je balik nanti. Ni board ha yang masalah sikit.. besar wei. Konfem masalah nanti kantoi dengan husband cane. Dah tak surprise. Lepas penat fikir, i came out with an idea yang at that time i was having stomachache. Jadi ada alasan la hilang lama dari ofis. Haha :p keluar ofis berlari pi dkt kereta nak sorok kad. Nasib muat bonet. Dah simpan semua baru rasa legaa. Dah rasa macam main explore race tau. u_u

Tu masalah nak bawak balik.
Ni masalah nak bawak naik rumah pulak. 
Hahaha. banyaknyaa rintangannnn

Excuse my handwritting. Cakar ayam sangat tau
Takpela. Husband Happy pun dah cukup :")
Hari sabtu husband dekat shower kite senyap senyap turun bawah dkt kereta pergi ambik board. Sorok belakang baju. Aaaaaaa nasib lepas. Malam sabtu tu husband dah tidur awal kite pergi bilik belakang siapkan kad. Senget benget tulisan kite. Haha sebab takut husband terjaga. Siap pun before 12 malam. Tapi tak sampai hati nak kejutkan sebab husband tengah tak sihat sakit gigi, gigi bongsu nak naik. Esoknya on his bday kite kasi. Priceless expression. Aaaaaa tak fikir dah apa kite lalui sepanjang nak buat untuk siapkan kad tu.

Bayangkan la kite kalut macamana along the journey untuk buat kad ni.
Tapi best la. 
Sebab at the end husband happy.
Dan terkejut bila kite buat semua benda tu. 
Hehe. So hard work paid off kan? 
Husband senyum happy pun dah cukup.



Soooo,

Selamat Hari Lahir dear Husband. ♥

Sayang selalu. Wish lain dah cakap depan depan kan? Jadi terimalah kronologi untuk sambut birthday. Hehehe. Sweet tak? Cakap sweet cepat. Bahaha. :P Malam birthday kami pi dinner sedap dekat Dayang cafe which is before ni known as Saizo Cafe. Super sedap. Makan sambil senyum sebab sedap sangat :') Tu nanti kite cerita ok.

Till then! 

Sunday, 15 May 2016

Biji cili kering yang membunuh

Assalamualaikum ♥

Last two days which was on saturday kite and husband kena pi sedut madu lagi dekat ladang kelulut untuk projek yang akan datang nanti (doakan ya inshaAllah nanti kite share). Pagi tu kena pi awal jadi agak kelam kabut sikit sebab dalam masa yang sama kite sibuk nak sediakan bahan buat kuah laksa. Maisarah dan kelam kabut takleh dipisahkan. Buat kerja mesti nak cepat lepastu kalut. Hehe. Padahal masa tu husband tak desak kata nak cepat ke. Siap terkena dekat mata la biji tu. Tapi masa tu buat biasa je sebab ingat takda apa. Dah siap blend cili semua, letak atas api untuk rebus sekali asam keping tetiba masa tu mata rasa pedih gila.

Lepas rasa pedih bawah mata tu kite relaks jap. 

Tapi makin lama makin sakit dan pedih. 
Tak boleh nak explain pedih yang macam mana. 
Tak boleh bukak mata langsung. 
Pedih. ;(

First time rasa pedih gitu. Sebelum ni cili padi masuk mata pun tak rasa sakit yang macamni. Dah basuh kaki berlawanan dari mata yang kena cili terus okay. Ni bila kena dengan cili kering buat macam tu takda kesan langsung. Mata dah berair sangat dah macam menangis teruk T_T worst experience so far dengan cili kering. Nak kata kite tak basuh tangan, lepas siap semua kite dah siap basuh tangan dah. Basuh banyak banyak dengan sabun takut pedih. Masa kite kena attack tu husband tergamam je tengok kite kena macamni. Speechless maybe. Hehehe. Siap tanya okay tak... Takyah pergi la ladang. Biar dia pergi sorang. Eh mestila kenot. I want to follow. 

Dalam 10 mins kena attack yang maha sakit tu, slowly the pain heals. Rasa sakit dan pedih dekat mata dan muka makin kurang. Terus siap siap nak pi ladang. Kite tak pakai even bedak pun dekat muka sebab sakit tak okay lagi. Dengan swollen faces. Ya Allah dugaan. Dalam 30-45 mins lepastu muka pedih dan bengkak dah takda. Tapi tangan still pijar sampai ke malam. Huhu sabar jela kan. 

Tapi berbaloi la kena sebab dapat makan laksa. first time buat jadi! walaupun tak boleh kalahkan ibu dan mak punya laksa kan. Takpelah.. Asal dapat makan ori laksa (dekat sini susah jumpa laksa sedap) dah happy. Senyum pun dari telinga ke telinga sebab puas hati makan :) But still. Kite trauma la.
Sambal belacan pun taknak tumbuk buat masa ni. Takut jadi lagi.

Babai sambal belacan for a moment.

Till then!