Sunday, 30 May 2021

Raya 2021 versi PKP

Assalamualaikum 💗

Salam 19 Syawal everyone!

Terpaling helok yang ibu mampu tangkap. Sebab sekarang fasa pose aneh aneh je si kecik ni.

Last year I ada share momen raya pkp style (https://sarafiz.blogspot.com/2020/05/raya-2020-versi-pkp.html) sebagai kenangan since I thought that was our very first and hoped that it will be the last one. 

Ingatkan tahun ni dah boleh lah beraya with family after all PKP PKPB PKPB strict PKP yada yada for more than a year. Rupanya tidakkkk. Rupanya angan angan mat jenin sahaja. Masih stuck di sini. Masih nangis di pagi raya sebab kenot beraya bersama famili T_T

Raya tahun ni I masih tak masak! Hahahahah. Cadangnya nak masak la lontong untuk pagi raya. Bila abang dengan kak ipaq I hantaq pakai grab lauk raya; mission to cook for raya abort immediately :p

I siap tempah desserts for raya sebab cadangnya nak bawak pi rumah makcik. But since ziarah pun tak boleh maka makanla kami anak beranak di rumah.

Syukur Alhamdulillah.. 

Merasa makan rendang ayam, rendang daging, kuah kacang, ketupat palas, nasi impit all the way from Puncak Alam. Makan sambil sebak sebab sedih. Kalau ikutkan I memang takde semua ni 😢

Pagi raya dimulakan dengan makan dan solat lepastu video call our both families. 



Raya day 1. Nampak manis je kan si kecik tu senyum? Hakikatnya buat perangaiiiiii 😖

Dah habis tu tangkap gambar and we went to tapau air sebelah rumah. Rare sungguh ya raya pertama macamni. Lepastu balik rumah dan tidur sampai petang. 

Raya kedua masih pakai baju cantik. Tangkap gambar macamni..

.......dan lepak tengok Netflix. Oh indahnya raya U_U

Ada orang kata inshaAllah ada la baiknya begini. Blessing in disguise orang kata. Tapi.. I'm not sure la. Sebab I cannot see that “blessing” up to this day. All I can see is the rises of cases number je. Shame on you lah to anyone yang tak comply with the given SOP’s. Who misuse the MITI letter, who lied to the officer in charge semata mata nak balik kampung. Who becomes the silent spreader to the elderly. Dah la orang tua ni easily sakit. Lagi kesian to the elderly yang ada chronic disease tu. 

Haih. Lastik dahi baru tau.

Monday, 17 May 2021

Sudio NIO Case ; vegan friendly from apple peels??!!

Assalamualaikum 💗

Siapa sini suka makan apple lepastu buang kulit? Korang tahu tak kulit epal tu boleh dikitar semula untuk penggunaan yang lebih baik? Ha kalau taktau meh sini sis nak cerita! Disebabkan i pun baru tahu this info, i share here with you guys oki. 

 💗

Last week on 10th May, a well-known earphone brand which is Sudio telah lancarkan satu produk baru iaitu "Sudio NIO case". Produk baru ni khas untuk simpan si comel nio ; which make me super excited sebab i ada this nio and I always worry kalau i tercalarkan badan casing ni. So.... yay for me! 😜 

Yang menariknya tentang this new product is, they use apple skin/peels leather which creates a beautifully textured protective covering that’s better for the earth. gitu. terus feeling feeling ya pakai casing ni. Sesuai la untuk yang macam i 😆 

memang ngam ngam muat my nio

Beg nio ni serious compact and comel. major love!

Ada strap sekali untuk pastikan nio stay inside the case 😀

Bahagian luar bekas NIO ini daripada kulit epal yang diambil di semuah kebun di utara Itali. Proses yang digunakan juga unik, kerana dari proses tersebutlah terhasilnya sebuah casing NIO yang boleh memenuhi gaya hidup harian kita. Menarik kan?

Harga sebenar casing NIO ini ialah MYR 119.

TAPI NIO CASE AKAN DIBERIKAN DISKAUN SEBANYAK 50% DARI 25 May - 6 June 2021 with any purchase of NIO 

OMG. Apa tunggu lagi guys! Ayuh!

So pretty.

YOU GUYS BOLEH DAPAT EXTRA 15% OFF bila purchase nio dengan kod ini: NIOCASE. FREE delivery pulak tu within Malaysia. Lagi syok dapat Worldwide + 3 years warranty with Sudio Sphere. FUhhhhh! Apa tunggu lagi tu? Better hurry or else rugi 😋

Website Link: https://www.sudio.com/my

Monday, 10 May 2021

Berkelah di Sungai Jahang, Gopeng!

Assalamualaikum 💗

Sebab tengah bermuram durja PKP 3.0 pulak now, maka jumlah kita throwback sat na. We went for a short berkelah session with everyone last few months. Yang benonye kali terkahir we all berkelah bersama was last two years before covid strikes. Lama sungguh tak berkelah. so bila jumpa port best berkelah everyone were so excited! ke i je extra excited? 😬

Even though i org perak, i oso dono this place. My parents and my sisters are the one who discover this place. Takdelah jauh sangat dari rumah. Dalam 30 mins je.

Maka ayuhle kita ke sana.

We went there early in the morning. Maka awal pagi berangkut le ramai ramai barang berkelah semua. My dad siap belikan kerusi camping, portable changing room and banyak lagi related items untuk berkelah. My mom and my sisters prep the meat, nasi, all sorts of jajan jugak. Fungsi i? penghibur suasanaaa! gitu self claim. tapi i bet mesti adik beradik i setuju dalam terpaksa hahahaha.

My husband siap prepare giant float untuk aktiviti mandi mandi. Bawak pam tapi pam tak berfungsi hmph 😩 Mintak ehsan orang kedai nak tumpang pam.. nak bayar tapi owner kata tak payah. Jadi femes la sat sebab kitorng je bawak pelampung fancy. ni sah mencapub (mencari pubilisiti) hahahahaha. 

giant float 😄

Dah sampai terusle cari port best and masak!!! nah gambarr tukang masak of the day:

Anyway...

Sungai bersih. well maintained by locals. Cuma downside dia arus sungai ni deras eventho tak hujan. So kena extra careful  sikit la na. Kami pulak bawak 3 budak banyak akai that day. mmg tak bagi la dorng rendam badan. Deme duduk atas float je sambil kami hat besaq ni pegang float bagi tak terbalik..


Apa yang penting? Kerjasama!! 😆

I rasa even kids below 12 pun tak sesuai mandi sendiri. Air deras dan dalam sikit. mesti kena ada adult yang pantau during the swimming session.

Lepas mandi terus lapaq masing masing. 

sedap ke tu sis?

Kawasan sungai jahang ni bersih. Located in between the local houses. Parking disediakan kena bayar rm1/2 tak silap for each car. Kitorng dapat port baikkkk punya bawah pokok manggis sebab datang awal. Pokok manggis tengah berbunga elok masa tu.. Kalau berbuah, mungkin i dah buat kenduri manggis sekaligus on that day 😛

Oh ya, during that day siap ada aktiviti kayak. Along the road ada banyak other activities macam  ATV ride, glamping and extreme sport related activites. Kalau you sejenis minat this kind of activities, this place memang ngam for you. Pls book early lah sebab gopeng ni dah well known for it. Sejenis last minute macam i, ha berkelah jelah dekat sungai jahang oki 😜

p/s: Tandas di sediakan. kena bayar 50sen tak silap untuk seorang. ke RM1? lupa dah. okay la tandas dia.. takdelah shining shining. takdelah berlendir gila. so so je. bolehle nak lepaskan hajat dan tukar baju.

Tuesday, 6 April 2021

JJCM: Ikan Bakar Bellamy

 Assalamualaikum 💗

Hai korang, lama betui i tak buat entri santai santai macamni. Dah hilang di telan kemalasan nampak gayanya. But thankyou sebab keep on datang and read my entri oki. Rasa nak update blog datang membuak bila i tengok gambar makanan dalam laptop ni. haha. Makanya, without further ado, marilah i share one story dulu oki.

Last year on Dec tak silap, we went for short staycation dekat KL city. Macam biasa, masuk lunch perut pun dah lapo maka we we googled for the best place to eat for lunch. Ada banyak gila suggestions but we opt for ikan bakar jalan bellamy. Sebab ramai bagi good review. 

Sampai je the area, it was packed with cars dekat bahu jalan. Husband seperti biasa nak menyerah kalah since he didnt like crowded area. I pulak the other way round. Bila ramai buat i tertanya tanya was it good. was it worth it. So siapa yang menang? Mestila i! ....and we ate here  juga at the end 😝

Ada dua kedai sebenarnya. We opted for the one yang less manusia sikit and less messy. Biasala kan waktu lunch hour, makanan bersepah sana sini tapi bila boleh buat pilihan, ayuhla memilih hat lebih selesa. tak gitu?

Sebenarnya kedai ni pun ramai manusia.. But what do you expect kan? Weekend pulak tu. Maka, we waited for about 5 minutes or so before we secured a seat at an open space area. Makanlah kami ditemani angin yang sepoi sepoi bahasa.. gituh. 

Takdelah sepoi but takdelah suffocated.

Icha and acu enjoyed their lunch.

Ibu minum air kelapa sebab panas sangat, tapi macam biasa adela orang tu habiskan air ibu. Anyway.. Dekat sini sistem self service. Beratur ambik lauk, seat and enjoy your food. Nanti ada pekerja kedai akan datang kira sambil korang makan.

Nak ambik seafood, kena tunggu dekat this one area. Tengok la all the seafood dekat bawah ni. Terus rasa nak makan grilled seafood sekarang jugakkkkkkk, tsk tsk.

sotong sotong yang di grill

ikan pari grill

Dekat sini konsep dia, siapa sejenis cepat geli jangan datang dekat kawasan grill ni. Alamatnya korang taknak lunch terus. Haha. Messy sikit la around the area sebab never ending grilled session kan. Bila siap je grilled. semua orang dah sedia nak mulakan episod sambar menyambar. Kalau lambat sila tunggu next round. (Mengata diri sendiri) Haha.

Tangan salah seorang penyambar yang heibat

Lepas menunggu, inilah hasilnyaaaa! 



I ambik ikan merah dengan ikan kembung. Harga tak ingat. Resit pun dah kemana mana perginya lupa nak simpan. Ikan fresh, manis dan pejal. Cuma sambal tak pedas at all for me. Sebagai peminat benda pedas, bila makanan tak pedas tu ada potong sikit lah rasa dia. Tapi kalau u tak kisah pedas tu, i think u might like it 😊 But for me;

Taste-wise: Okay.

Price-wise: Okay.

I lagi suka makan dekat Pasar Keramat tu. Ni link: https://sarafiz.blogspot.com/2020/08/jjcm-ikan-bakar-usop-keramat.html Way better, sedapness and more affordable jugak.

But all in all, it depends on your tastebud jugak. What works for me might not work for you. Apa yang i rasa tak berapa ngam pada i maybe ngam for you. Marilah kita raikan perbezaan pendapat gitew. Hehe.

Bolehla cuba if you happen to be around the area oki! 😘


Tuesday, 9 March 2021

Earbud yang tak sakitkan telinga!

Assalamualaikum 💗

I dah lama gila aim nak cuba from Sudio and finally it’s my time! Wohoo! Last few weeks I try guna Sudio NIO, fuh definitely new experience for me. I tak suka dengar lagu but I find it very practical! korang kenaaaa tahu reasons why I love this earbud dekat entri ni oki.

feeling feeling eh pakai earbud ni

Sudio berasal dari negara Sweden dan mula dikenali di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Eventho jauh from Malaysia, kalau beli their item free shipping worldwide ya. Best gila kan? I berpeluang untuk cuba earbud dan juga cleaning kit dari Sudio. Kalau korang nak tahu, cleaning kit ni merupakan salah satu produk terbaru dari Sudio. 

Yang paling I suka with this earbud are their design and colours! 😉

Sebagai pencinta benda practical dan cute, I memang terjebak dengan kecomelan earbud ni. Dah la compact, senang nak bawak everywhere sebab dia da siap ada casing. Memanggggg plus point la bagi i. Ada 4 warna you guys can choose from; sand, hijau, hitam dan juga putih. Sebagai penggemar warna pastel, for sure la I pilih warna pastel. So sand it is! Hehe…

Tengok warna niii, cantik kan?

Anyway.. Korang pernah tak ada problem sakit telinga setiap kali pakai earbud? Ha Sudio NIO ni ada wing tip dengan 4 saiz berbeza. So apa yang best dengan benda ni? Yang bestnya korang boleh ubah wingtip mengikut keselesaan sendiri. Bila dah selesa, korang nak pakai lama lama this earbud pun best. Kalau tanya I, ni memang plus point lah. I selalu emo setiap kali pakai earbud. Selain tak selesa, sakit telinga pun I selalu hadap. Now no moreeee gitu. Dah takda dah episod sakit telinga tu. So happi :’)

See, siap ada silicone cover. For sure tak sakit telinga.


As an office worker, earbud is compulsory. Memang I akan guna all day tak miss. Dengan jangka hayat bateri selama 20 jam, I bolehla dengar podcast sambil buat kerja tanpa rasa risau bateri cepat habis. Memang kenaaaa ada untuk semua orang yang suka guna earbud while working especially 😊

Earbud ni siap ada fungsi yang tersendiri. Touch panel control and Automatic pairing amat senang dan praktikal. Meh I share how this touch panel works. 

Single press – play/pause

Double press – previous track (left earbud) / next track (right earbud)

Triple press – reduce volume (left earbud) / increase volume (right earbud)

1-sec press – Answer calls

2-sec press – Decline calls

3-sec press – Hang up call 


Menarik kan? 

Dah la penghantaran PERCUMA (worldwide) dengan Sudio Sphere waranti selama 3 tahun. Siapa ada discount lagi. Nak dapatkan 15% off, guna code SARAFIZ di website. Dari harga RM359, NIO price becomes only MYR 306. Oh! Kalau beli sekarang sampai 21/3/2021, sudio akan bagi 1 x Sudio Earbuds Care Kit (worth RM109) for FREEEEE)

I share care kit tu here oki. Memang wajib ada satu set dekat rumah untuk bersihkan our earbud. Bila dah ada alat khas untuk bersihkan, takda dah la nak risau earbud rosak sebab salah cuci.



Masukkan code di website sudio masa nak bayar oki? Cepat korang before promo ni habis! 

website: https://www.sudio.com/my/