Thursday, 2 September 2021

Settle dua dos vaksin AstraZeneca!

 Assalamualaikum.

Akhirnya dah lengkap dua dos early August last month. Alhamdulillah.

Post vaccine effect:

I was so nervous sebab takut lagi teruk from the first jab. Luckily takda demam teruk macam 1st dose haritu. Lega betul rasa bila the only side effect was lenguh tangan for few days. Unik sket kalini terasa betul vaksin masuk. I siap cakap dekat yang cucuk tu eh kenapa lama eh kalini haha. Masa 1st dose kemain sat je settle. 😅

Tapi proses cucuk for 2nd dose cepat dan pantas. I rasa tak sampai 5 minit settle semuanya. Tak sempat nak duduk pun dekat each station sebelum nak cucuk tu sebab terus ke depan. Dah siap cucuk siap dapat mee goreng lagi. Sebab lapar, gone sekelip mata.

ambik gambar pun dari jauh sebab frame nak ambik gambar tu kemain ramai beratur. nervous i dengan husband tengok.

Habis jab we tried the air viral dekat dalam UKM. Okayla, bolehla. Hubs said the taste was okay and harganya pun okay je. Takpela bang, atleast dah try. Kalau orang tanya dah cuba ke belum, bolehla jawab "DAH" 😛

Anyway, sekarang dah banyak industri bukak kan. Whatever you are doing, wherever you are mask on oki. Pls pls keep on jaga SOP. Kita belum menang. Take care and stay safe please, everyone!

p/s: Dah berbulan tak jumpa famili. Rindunya mashaAllah

Sunday, 13 June 2021

Pengalaman cucuk Astra Zeneca vaksin

 Assalamualaikum. 💗

Harini genap lah seminggu kena cucuk Astra Zeneca or known as AZ vaccine.

I was so excited for the vaccine day! sebab dah lama tak pakai baju cantik pi jalan 😂

Some might wonder how come we get the vaccine dose this early. The answer is we won the battle eventho we didn't do it that early! Rezeki I guess? We got the opportunity for the vaccine during their 1st phase opening. Din aware on the slot opening until I nampak someone post it on their twitter. So I quickly ajak my husband try sama sama sebab i nak dapat same slot with him. Mula mula tu nak early may.. Memang idokleee sebab bukak website lambat. I randomly klik on the last date of the 1st phase vaccine slot which is 6.6.2021. Tengok tengok terus dapat. Blur kejap haha. 

Few days before the vaccine I take rasa apa. Even one day before it I masih relaks. Mungkin my body yang rebel yang i tak sedar haha. I selsema one day before the vaccine. Minor asthma jugak which I tak sure la sebab minda dibawah sedar i sebenarnya nervous nak jab haha. Tapi itu jelah. 

Anyway.. We both ambik vaksin dekat UKM, Dewan Gemilang.

The process was smooth from our own experience.

This is my first pit stop. Dekat sini ambik form to isi. Kalau datang berdua dengan husband, PIC akan brief sekali harung je. Easy.


ni contoh form tu ya. i dapat sticker hijau sebab i asthma. so kena tahan lama sikit after jab.

Kena isi form dekat kawasan ni before we proceed masuk dewan. Upon entering the hall kena buat temperature checking and also answer a few simple questions. One of the questions was, pernah kena covid 19 tak before this? Everyone was so helpful. So anything just pings them anything and they will answer it.

Dalam dewan kena go through dua counter sebelum vaccine One is general checking; bukak apps my sejahtera for them to check your appointment date etc. Another counter was the doc checking counter. Dekat sini can ask any health-related questions or vaccine concerns that u had in mind. The doctors will help u oki.

sila pakai baju sleeveless untuk menyenangkan the jab process 😊

... and dua counter selepas vaksin. Satu kaunter akan dapat kad vaksin, another one counter untuk hold selepas vaksin. Kalau ada asthma macam i kena hold for 30 minutes. Kalau idak, 15 minutes je dekat sini. Lepastu boleh bergambar dekat backdrop provided seperti kami. Ni port wajib bukti dah vaksin oki 😋

Proud eh lepas cucuk. Sebab taktahu what's coming after few hours vaccinated :p

Settle first dose! 

The after effect of the vaccine was bad for me. 

Husband i okay je to this date. I sakit kepala macam nak pecah lepastu sakit dari pinggang ke bawah. Sakit macam nak bersalin tu. Seriously sakit gila. I taktau la kalau ada kaitan with period but I'm on period that day lah. 

I start rasa sakit kepala dulu few hours after vaccine. I ingatkan it will subside but sadly no. Makin teruk and I think after maghrib tu i nangis sambil baring sebab sakit sangat. Cuak icha tengok ibu macam tu. 😅 by 3 am, I rasa peak sakit. Unbearable. Rasa sakit masa tu sebijik rasa nak bersalin versi takda anak yang dilahirkan. 

Lepastu i rasa sejukkkkk sangat. Suddenly badan i peluh gila gila pulak after that. After 24 hours the pain subsided. I am more like a human lepas 24 jam. Phewww haha. 

So, I regret tak ambik the AZ jab?

Mestila tak! Sakit but worth it. I can't wait for Malaysia to reach herd immunity so that everything will go back to normal. Tak sabar nak jalan jalan.

InshaAllah, soon! 😍

Sunday, 30 May 2021

Raya 2021 versi PKP

Assalamualaikum 💗

Salam 19 Syawal everyone!

Terpaling helok yang ibu mampu tangkap. Sebab sekarang fasa pose aneh aneh je si kecik ni.

Last year I ada share momen raya pkp style (https://sarafiz.blogspot.com/2020/05/raya-2020-versi-pkp.html) sebagai kenangan since I thought that was our very first and hoped that it will be the last one. 

Ingatkan tahun ni dah boleh lah beraya with family after all PKP PKPB PKPB strict PKP yada yada for more than a year. Rupanya tidakkkk. Rupanya angan angan mat jenin sahaja. Masih stuck di sini. Masih nangis di pagi raya sebab kenot beraya bersama famili T_T

Raya tahun ni I masih tak masak! Hahahahah. Cadangnya nak masak la lontong untuk pagi raya. Bila abang dengan kak ipaq I hantaq pakai grab lauk raya; mission to cook for raya abort immediately :p

I siap tempah desserts for raya sebab cadangnya nak bawak pi rumah makcik. But since ziarah pun tak boleh maka makanla kami anak beranak di rumah.

Syukur Alhamdulillah.. 

Merasa makan rendang ayam, rendang daging, kuah kacang, ketupat palas, nasi impit all the way from Puncak Alam. Makan sambil sebak sebab sedih. Kalau ikutkan I memang takde semua ni 😢

Pagi raya dimulakan dengan makan dan solat lepastu video call our both families. 



Raya day 1. Nampak manis je kan si kecik tu senyum? Hakikatnya buat perangaiiiiii 😖

Dah habis tu tangkap gambar and we went to tapau air sebelah rumah. Rare sungguh ya raya pertama macamni. Lepastu balik rumah dan tidur sampai petang. 

Raya kedua masih pakai baju cantik. Tangkap gambar macamni..

.......dan lepak tengok Netflix. Oh indahnya raya U_U

Ada orang kata inshaAllah ada la baiknya begini. Blessing in disguise orang kata. Tapi.. I'm not sure la. Sebab I cannot see that “blessing” up to this day. All I can see is the rises of cases number je. Shame on you lah to anyone yang tak comply with the given SOP’s. Who misuse the MITI letter, who lied to the officer in charge semata mata nak balik kampung. Who becomes the silent spreader to the elderly. Dah la orang tua ni easily sakit. Lagi kesian to the elderly yang ada chronic disease tu. 

Haih. Lastik dahi baru tau.

Monday, 17 May 2021

Sudio NIO Case ; vegan friendly from apple peels??!!

Assalamualaikum 💗

Siapa sini suka makan apple lepastu buang kulit? Korang tahu tak kulit epal tu boleh dikitar semula untuk penggunaan yang lebih baik? Ha kalau taktau meh sini sis nak cerita! Disebabkan i pun baru tahu this info, i share here with you guys oki. 

 💗

Last week on 10th May, a well-known earphone brand which is Sudio telah lancarkan satu produk baru iaitu "Sudio NIO case". Produk baru ni khas untuk simpan si comel nio ; which make me super excited sebab i ada this nio and I always worry kalau i tercalarkan badan casing ni. So.... yay for me! 😜 

Yang menariknya tentang this new product is, they use apple skin/peels leather which creates a beautifully textured protective covering that’s better for the earth. gitu. terus feeling feeling ya pakai casing ni. Sesuai la untuk yang macam i 😆 

memang ngam ngam muat my nio

Beg nio ni serious compact and comel. major love!

Ada strap sekali untuk pastikan nio stay inside the case 😀

Bahagian luar bekas NIO ini daripada kulit epal yang diambil di semuah kebun di utara Itali. Proses yang digunakan juga unik, kerana dari proses tersebutlah terhasilnya sebuah casing NIO yang boleh memenuhi gaya hidup harian kita. Menarik kan?

Harga sebenar casing NIO ini ialah MYR 119.

TAPI NIO CASE AKAN DIBERIKAN DISKAUN SEBANYAK 50% DARI 25 May - 6 June 2021 with any purchase of NIO 

OMG. Apa tunggu lagi guys! Ayuh!

So pretty.

YOU GUYS BOLEH DAPAT EXTRA 15% OFF bila purchase nio dengan kod ini: NIOCASE. FREE delivery pulak tu within Malaysia. Lagi syok dapat Worldwide + 3 years warranty with Sudio Sphere. FUhhhhh! Apa tunggu lagi tu? Better hurry or else rugi 😋

Website Link: https://www.sudio.com/my

Monday, 10 May 2021

Berkelah di Sungai Jahang, Gopeng!

Assalamualaikum 💗

Sebab tengah bermuram durja PKP 3.0 pulak now, maka jumlah kita throwback sat na. We went for a short berkelah session with everyone last few months. Yang benonye kali terkahir we all berkelah bersama was last two years before covid strikes. Lama sungguh tak berkelah. so bila jumpa port best berkelah everyone were so excited! ke i je extra excited? 😬

Even though i org perak, i oso dono this place. My parents and my sisters are the one who discover this place. Takdelah jauh sangat dari rumah. Dalam 30 mins je.

Maka ayuhle kita ke sana.

We went there early in the morning. Maka awal pagi berangkut le ramai ramai barang berkelah semua. My dad siap belikan kerusi camping, portable changing room and banyak lagi related items untuk berkelah. My mom and my sisters prep the meat, nasi, all sorts of jajan jugak. Fungsi i? penghibur suasanaaa! gitu self claim. tapi i bet mesti adik beradik i setuju dalam terpaksa hahahaha.

My husband siap prepare giant float untuk aktiviti mandi mandi. Bawak pam tapi pam tak berfungsi hmph 😩 Mintak ehsan orang kedai nak tumpang pam.. nak bayar tapi owner kata tak payah. Jadi femes la sat sebab kitorng je bawak pelampung fancy. ni sah mencapub (mencari pubilisiti) hahahahaha. 

giant float 😄

Dah sampai terusle cari port best and masak!!! nah gambarr tukang masak of the day:

Anyway...

Sungai bersih. well maintained by locals. Cuma downside dia arus sungai ni deras eventho tak hujan. So kena extra careful  sikit la na. Kami pulak bawak 3 budak banyak akai that day. mmg tak bagi la dorng rendam badan. Deme duduk atas float je sambil kami hat besaq ni pegang float bagi tak terbalik..


Apa yang penting? Kerjasama!! 😆

I rasa even kids below 12 pun tak sesuai mandi sendiri. Air deras dan dalam sikit. mesti kena ada adult yang pantau during the swimming session.

Lepas mandi terus lapaq masing masing. 

sedap ke tu sis?

Kawasan sungai jahang ni bersih. Located in between the local houses. Parking disediakan kena bayar rm1/2 tak silap for each car. Kitorng dapat port baikkkk punya bawah pokok manggis sebab datang awal. Pokok manggis tengah berbunga elok masa tu.. Kalau berbuah, mungkin i dah buat kenduri manggis sekaligus on that day 😛

Oh ya, during that day siap ada aktiviti kayak. Along the road ada banyak other activities macam  ATV ride, glamping and extreme sport related activites. Kalau you sejenis minat this kind of activities, this place memang ngam for you. Pls book early lah sebab gopeng ni dah well known for it. Sejenis last minute macam i, ha berkelah jelah dekat sungai jahang oki 😜

p/s: Tandas di sediakan. kena bayar 50sen tak silap untuk seorang. ke RM1? lupa dah. okay la tandas dia.. takdelah shining shining. takdelah berlendir gila. so so je. bolehle nak lepaskan hajat dan tukar baju.