Thursday, 22 June 2017

Production susu drop masa puasa, help!

Assalamualaikum. ♥

Salam 29 ramadhan semua.

Baru baru ni production susu drop. Buat stok ebm pun dapat below 1 oz even more than 30 minutes pumping session. Sebelum ni pernah la dengar yang production susu memang akan drop masa bulan puasa since water intake kite berkurang kan? Cuma kite tak sangka la amount after pumping for both sides will be this low. Kelam kabut sangat. Sedih pun ada jugak sebab risau production susu stop terus. Bertambah sedih bila tengok muka anak, dok fikir yang diri sendiri tak ready nak kasi anak minum susu formula lagi for this time being. Tapi kite cepat cepat ubah mindset jadi positive untuk elakkan penghasilan susu jadi more chaotic bila emosi tengah tak stabil. Huhu.

Hasil encik google, ada few things kite buat untuk buat production meriah macam before puasa.

1. Fix pumping time. Contoh kite nak pam 2 kali sehari kan? Make it 12 hours gap. 11 pagi dan 11 malam. Ni example. Tak kisah sebenarnya pukul berapa. As long as the gap is fix. Masa ni baru kilang susu bekerja ikut demand. Which make the milk supply enough for our baby, inshaAllah.

2. Amalkan dried longan with red dates. Untuk kite Alhamdulillah berhasil. Ni pun baru mula dalam 4 hari. Lepas baca thru net pasal longan dengan kurma merah ni, cepat cepat ajak husband pi beli. Harga longan a bit pricey compared to red dates tapi the outcome inshaAllah berbaloi.

3. Emosi stabil. Kena make sure kite punya emosi stabil throughout this journey. Stress boleh affect the milk production which benda ni la kite nak elakkan. Betul tak? Cuba cari something that can divert you stress. Tengok movie ke ape ke kan..

So far, kite amalkan this three things religiously. And milk production Alhamdulillah dah naik balik dah. If before dapat below 1 oz after pumping session, kali ni dapat dalam 6 oz. Alhamdulillah! Syukur sangat. Moga rezeki susu untuk anak ibu ni akan berterusan.. Amin..

Apepun, Selamat Hari Raya semuaaaa! Maaf zahir batin for everything. Salam kosong kosong from our little family. Tak sabar nak tunggu esok beraya for the first time with our hearthrob Aleesa Sofia. Aaaaa have a bless raya okies!

P/s: if any of u tahu any other ways to improve the amount of milk production do share ya. Kite kongsi sama sama meh :)

Friday, 16 June 2017

Puasa, Breastfeed & Asthma

Assalamualaikum ♥

Salam 21 Ramadhan uols.

Pejam celik pejam celik dah Ramadhan ke 21 untuk tahun ni.
Agak agak rasa cepat ke tidak? untuk kite, kite rasa cepat 😄

Permulaan ramadhan sambut with family, pertengahan ramadhan pun dapat balik kampung berbuka with family. mestila rasa cepat je masa berlalu kan? hihi. Ni hujung ramadhan dan permulaan syawal pun bakal pulang ke kampung. Another one weeks at hometown. Soooo looking forward for it. Best ok berbuka with family and the in laws. Lepastu dengan juadah berbuka yang pelbagai, siap ada dessert dengan air pelbagai jenis. Maka, nikmat manakah yang mahu kau dustakan lagi wahai Maisarah? 😂

As a first time mom yang fully bf, a bit challenging at the very beginning of the fasting month. Ni semua sebab kena asthma attack yang teruk sampai 3 kali kena ambik neb dekat klinik. First neb one day before puasa, another 2 neb after one week puasa. Asthma yang masih tak recover after the first neb. :( Dah lama rasa tak kena ambik neb, my last neb was wayyy back in 2015 masa first time sampai kelantan. Selalunya with double/triple puff je asthma will subside. But not this time. Masa kena asthma ni dengan demam sekali, risau betul Aleesa jangkit. Tapi Alhamdulillah Aleesa ok. Cuma tak boleh kerap angkat Aleesa la masa ni as i cannot breathe properly sebab asthma. Tapi masa ni la Aleesa nak badan taknak botol, bertabahlah asalkan anakku kenyang :') (percayalah, ibu sakit pun mesti akan dahulukan anaknya in any condition. dulu tak faham sekarang ada anak i totally understand hehehe ibu ibu betul dah ni)

AND NOW ALHAMDULILLAH DAH RECOVER.

Lega betul. Sebab dah bertahun tak kena attack lama macamni. Alhamdulillah atas kesihatan yang Allah kurniakan. I am back on track again.

So far, kalau df baby memang akan totally dahaga. Kalau tak puasa boleh minum air. Ni time puasa ni dahaga dia totally unexplained gitu 😅 If Aleesa okay with bottle kite memang bagi botol je. Tapi incase Aleesa cranky kite df. Baru baru ni Aleesa demam kite banyak df sebab nak turunkan suhu badan Aleesa cepat cepat. It works wonders ok for baby yang demam.

Jadi macamana pengalaman puasa breastfeed dan asthma?

Best. Macam macam perasaan bercampur. Tapi paling penting syukur pada Allah swt atas nikmat rezeki yang dikurniakan. Tahun ni dapat puasa with our little gem. Last year puasa dalam keadaan morning sickness yang maha hebat. Next year macamana la pulak ye? Moga yang baik baik berlaku pada korang semua di bulan Ramadhan ni ya. Amin ♥

Tuesday, 30 May 2017

Baby tak berak lebih seminggu, takpe ke?

Assalamualaikum ♥

Haritu masuk 3 months Aleesa tak pupu (read: berak) sehari kite dengan husband dah kalut sebab since lahir memang Aleesa tak pernah miss pupu. Tapi lepas baca info through internet kite dah bertenang sebab normal for baby yang makin membesar untuk pupu selang sehari atau dua hari (tapi as long as menyusu badan fully ye dan kena pastikan perut baby tak kembung, wiwi (read: kencing ) banyak macam biasa, tak menangis. if any of above ni your baby ada kena bawak pi cek ok) masa tu fuhhh tarik nafas lega, since Aleesa good girl tak cranky at all.

Esok tu, which is selang sehari lepas tak pupu bertubi tubi Aleesa pupu sehari. haha. Ayah ibu nak sangat kan Aleesa pupu nah rasakan :p

Ada few times Aleesa pupu selang hari dah. Jadi kami tak kalut macam first time haritu. Even misi dekat klinik pun kite dah tanya, misi kata its normal for baby macam Aleesa yang fully breastfeed untuk tak pupu everyday. so, its normal.. Alhamdulillah. 

Cuma recently up until today Aleesa tak pupu dah 8 hari ya. LAPAN. 

Cek perut Aleesa macam biasa normal, tak keras, Aleesa tak nangis, wiwi banyak macam biasa. All in all Aleesa is in a good state of health. Even dah buat banyak reading, hati still rasa tak puas. Terus call klinik yang Aleesa monthly buat check up untuk tanya. She said that if everything yang i tulis dekat atas tu clear means Aleesa takda apa apa masalah.. tapi kalau masih tak puas hati  boleh je pergi jumpa dr.

Untuk elakkan lebih banyak assumption di dalam kepala, kite pun bawak Aleesa jumpa dr.  

budak manja ayah

"Dr, anak saya tak pupu seminggu dah.."
"Oh seminggu ingatkan sebulan"
".............."

*bila kite senyap je lepas dr kata gitu, dr tu terus tanya routine question; perut keras tak, nangis tak, ada wiwi tak, menyusu badan fully ke ada campur, kentut ke tak*

"anak saya okay semua tu"
"kalau macamtu, baby awak normal je. kalau baby fully susu badan tak pupu takda masalah asalkan awak pantau semua yang saya sebutkan tu je"
"kalau anak saya masih tak pupu dua minggu pun takpe ke dr?"
"takpe, as long as baby awak tak cranky. tapi awak boleh try stimulate rasa untuk bagi baby awak nak pupu"
"macamana dr?"
"urut perut baby dengan minyak telon, lepastu lubang punggung baby awak urut guna vaseline"
"okay dr, tq"



So, ni yang kite praktikkan dekat Aleesa. Sapu minyak telon dengan vaseline. Rajin rajin ok sapukan minyak telon tu dkt perut baby. kite buat dkt Aleesa, Alhamdulillah bertubi tubi aleesa kentut kihkih. Vaseline sapu dekat lubang punggung ok? Walaupun Aleesa okay tak pupu sebab fully breastfeed, doakan Aleesa pupu dalam masa terdekat ni pls? Barula lega hati i 😅

Untuk mommies yang berdepan masalah anak tak pupu macam kite, pastikan:
  1. Anak kerap kencing
  2. Perut anak tak kembung
  3. Anak tak menangis non stop
  4. Anak kerap kentut
  5. Paling penting, anak menyusu badan fully
InshaAllah your baby is fine. Selain dari yang kite tulis, please consult yr doctor ya. And please jangan pandai pandai kasi ubat sendiri pada baby, kesian si kecik tu. Kecik lagi tau 😊

update: Aleesa pupu right after kite update blog hehe Alhamdulillah! Lega hati.

Wednesday, 24 May 2017

Dilema Ibu belajar..

Assalamualaikum ♥

Sejak jadi ibu ni macam macam betul kite fikir. Banyak bondo eh bermain di fikiran. Mostly mesti pasal anak. Kalau sembang dengan husband pun topik mesti berkisar hal anak. Dalam keadaan kite masih belajar dan fully jaga anak sendiri memang agak mencabar. Tapi kite tak pernah anggap tu sebagai halangan. Cuma kadang kadang terlintas jugak.. 

Kesian anak.. kena biasakan minum susu guna botol sebab ibu pergi kelas
Kesian anak.. kena selesakan diri pi tempat belajar ayah ibu start dalam pantang lagi

Kesian anak.. kena bersusah susah dahulu untuk manis dikemudian hari
Kesian anak.. ibu bawak ke hulu ke hilir sebab nak siapkan kerja

Kalau nak list memang banyak kesiankan anak.. Tapi anak ni sebenarnya buat diri kite and husband kuat untuk go through everything. Bak kata adik kite, sikit je lagi angah nak submit thesis. Tak konvo tahun ni takpe, asalkan angah submit thesis bulan 8 ni. Terus semangat balik nak writing.. Magic kan anak ni?  Dengar perkataan anak pun dah buat rasa tenang 😄

Jadi marilah kuatkan hati, rajinkan diri untuk siapkan thesis and everything.
Dengan labwork kena tambah lagi.

Chaiyok!

Bismillah..
Moga Allah permudahkan urusan kite dan suami. Moga Allah permudahkan urusan kite semua.
Amin.. 😊

Thursday, 4 May 2017

Ketagih air ribena

Assalamualaikum ♥

Masa pregnant dulu mengidam air ribena. Setiap hari wajib ada air ribena untuk minum. Ketagihan ribena ni lama jugak, tapi masuk je third trimester takda rasa teringin dah. Sekali minum je mesti banyak gila ok kite minum. Balik pusing je ibu kite tau dah kite nak air ribena. Masa puasa haritu, dalam banyak jenis air ibu kite bancuh untuk berbuka, kite still nak air ribena. Bila dapat je minum ribena, rasa puas lain macam. Maybe ni kot apa yang orang sebut mengidam? Hehe. 

So last weekend cuti lama sampai hari isnin kan? My parents datang from perak to visit us. Mainly nak tengok Aleesa je kan ayah ibu? :p hihi. Kebetulan beras habis, jadi singgah speedmart untuk beli beras. Dah beli beras semua tu ibu kite nampak air ribena. 

Ibu kite tanya “Angah nak tak air ribena?
“Taknak la ibu..”
“Eh, dah tak suka air ribena dah ke? Dulu masa mengandung kan suka ribena?”
“Takpela bu, taknakk..”

Lepastu tau tak apa yang jadi? Mengidam datang balikkkkk. Hahaha. Suddenly craving air ribena masa tengah puasa selasa haritu. Mengidam yang tak boleh bawak bincang. Terus whatsapp adik kite bagitau balik kerja singgah speedmart tolong belikan air ribena. Hui nasib balik kerja adik kite ingat nak belikan ribena, lepas mengidam ribena. Sekarang hari hari kena bancuh ribena sebab teringin.. Lepastu kasi sejuk sejuk dan minum. Sedap sangat ok.  Fasa apakah ini? 😋

picture courtesy from google






Okay terliur gila,
Nak pi bancuh ribena untuk berbuka kejap lagi.

Bai!