Thursday, 7 April 2016

Labwork dekat UPM

Assalamualaikum ♥

Hectic weeks dah selesai.
Episod berkejar pi lab siapkan sample, cari barang untuk propagate virus dah habis fasa satu.
Kenapa fasa satu? Sebab virus belum purify.
Tak purify virus pun dah makan masa 2 minggu yang penuh dengan pelbagai method kena selesaikan.
Penat toksah cakap la, tambah lagi husband kite tu. Sebab ni kerja dia.
Kerja kite? Menyibuk :p haha tolong when husband needs help.
Selain tu just temankan husband buat labwork.
Penat sebab bukan tempat sendiri. barang tak complete, kena pi mintak sana sini. dengan perangai postgrad yang tettt itu. Betul betul mencabar kesabaran.
Husband je lek lek sabar, kite dah keluar api dekat hidung. Well biasela perempuan..
Emo atasi segalanya mihihi :p

But Alhamdulillah..

Selesai dah boleh tarik nafas sat. Cuma balik perak ni husband flat terus. Demam, sakit badan semua. Poor husband.. Work under stress results him with sickness. Hopefully worth it. Dah tak payah nak kena pi UPM untuk propagate virus lagi, cuma kena purify je inshaAllah.

Tapi ada bright side dia. Every cloud has silver lining kan? Despite all those depressed moment during the labwork session, we both got to do some food hunting. So happy! Dapat makan mee tarik kegemaran 2 kali, makan nasi ayam penyet fav dekat bangi, pisang goreng cheese sedap, makan hotel (hadiah anniversary from my sister acik), murni bukit jalil, kueytiaw sup fav dekat pakya sri serdang, sizzling mee fav dekat AEON Balakong. Eh.. Banyak sangat dapat makan sedap. Mane tak sengih 24 jam. Sembang with husband pun tersengih happy sebab dapat makan semua yang di idamkan. Adik kite siap tanya lagi 

"Ada apa apa lagi yang angah teringin nak makan tak?" Terus zasss dapat makan, terharu kite :') nasib rajin melayan kakak dia yang selalu teringin makan macam macam hehe. 

Sekarang ada dekat rumah, malam ni balik rumah mentua pulak before balik kelantan. Selagi ada masa ni memang akan balik Perak lawat ayah ibu & mak ayah. Bila sembang dengan ayah ibu semalam pun tau yang ayah ibu rindukan kami adik beradik. Biasela kan bila semua dah duduk jauh, rumah dah makin sunyi. Mestila terusik hati rasa sunyi.. Huhu sedih tau kite. Selagi ada peluang memang akan balik rumah walaupun jauh dekat kelantan. Jauh bukan alasan. Kalau ada azam nak balik, memang akan balik walaupun ada masa yang pendek. I bet u guys pun macamtu kan? 

Balik pusing = nasi ganja time! Makanan yang takkan terlupa nak makan. Makanan wajib makan kalau balik kampung. Sedappppp. Kalau korang datang ipoh please go okay? Duduk rumah untuk 4 hari ni pun dah 2 kali lunch nasi ganja. Ayah ibu pun suka makan. Ayah ibu pun mintak tapaukan sebab ayah ibu sekolah. Balik je sekolah terus makan nasi yang kami tapau. Rasa dia toksah cite aaaaa. SEDAP. TAK KELENTONG. Husband punya kesukaan niii.. Kalau nak pi, waze je nasi ganja yong suan. Yang ori tau! Bukan waze nasi vanggey yang orang selalu mistaken it as nasi ganja.

Eh. Terus promote makanan.
Hahaha Maisarah ni kan T_T

Okay lah.
Nak borak dengan ayah ibu.
Lepastu nak siap siap balik taiping.

Till then! :)


No comments: