Monday, 30 December 2019

Tips : Icha dah diapers free

Hi, Assalamualaikum 💗


Masa masuk 2019 early this year, I only target nak wean off icha from breastfeed je. Bila dah berjaya wean off icha in two different phase here 👇


I tak plan pun nak diapers free icha dalam masa terdekat. It all happened and succeed in 3 months, starting from august pause in october sebab holiday then resume back on November.. But mestilah with full of drama haha. Tak drama tak sah ya anak anak 😝 macam wean off phase, diapers free I bahagi dua phase jugak. First phase tak pakai diapers at all masa siang termasuk tidur petang. And another phase is waktu tidur malam.


When i start with the first phase, i jot down the progress. I nak tahu at what time icha nak pergi tandas and everything. As u can see at photo yang i attached on the left side ni, i tulis dekat notes phone setiap masa icha wiwi or pupu together with explanation. if terbabasi siap tulis dalam huruf besar lagi haha.

Even icha terbabas wiwi i tulis jugak. Seriously bila i tengok balik the notes i can flash back the moment and buat i sengih sendiri.

Awal awal dulu if nak pupu.. icha cakap "nak pupu" and terus tinggung at that place before pi tandas. 

Terkejut ibu.. Menjerit dan dan tu jugak. terus i angkat icha yang dalam posisi tinggung tu bawak masuk tandas 😂

Masa early phase, i banyakkkk kali tanya nak pergi tandas ke tidak dekat icha sampai icha rimas. Kesian jugak hehe tapi ibu had to. Kalau terlupa nak tanya memang accident lah jawabnya..

But this phase shall pass dear mommies and daddies! Trust me. Penat tu sat je awal awal..

I do it religiously for one week. then the following week things get easier. Even ada terbabas, icha dah pandai bagitahu bila nak pergi tandas.

Lama lama memang icha sendiri bagitahu bila nak ke tandas and no more accident dah.

Phew, lega 😍




Tips untuk both phase basically sama je.

1. I sediakan potty yang comel
Ni untuk attract icha buang air dekat tandas hehehe. I belikan potty warna pink yang siap ada tangga untuk icha pi tandas sendiri. But of course lah kena teman, kang jatuh kang anak dalam tandas.

2. I make sure icha wiwi/pupu selang sejam.
If taknak let her be. But dalam 2-3 jam if still taknak sila paksa. Macam icha selalunya dia dok ralit main, tu taknak bila ajak pi tandas. But bila paksa mesti ikut eventho muncung hehe. And for sure ada hasil.

3. I make sure icha wiwi/pupu before tidur
WAJIB ye. Kalau tidak mesti akan jadi incident terbabas masa tidur.

4. Minum air 30 mins-1 hour before sleep
Untuk elakkan accident masa tidur. So bila ada time gap, mesti sebelum tidur icha nak wiwi. Then tidur dengan aman tak kira masa tidur siang atau malam. TAPI GUYS, if your kid nak minum air bagi jelah oki? Jangan la tak kasi sampai anak nangis hehe.

5. Support dari orang sekeliling
TERPALING PENTING. Kang u nak kasi anak diapers free, orang keliling dok risau anak u takleh cope with pergi tandas and everything. Susah jugak kan? So explain and keep explain inshaAllah dorang mesti faham. And they will help you ease the diapers free journey 😉

Cuma bila pupu usually icha take time, so icha prefer pakai pampers and wash. Pernah try bagi icha pupu sambil duduk dekat potty dalam tandas, icha emo. Sebab lama sangat plus panas haha. Jadi everytime pupu icha request nak pakai pampers..

I got question bila keluar macamana?

Masa keluar this past week baru I try tak bagi pakai pampers. Dalam this month dekat rumah memang totally no pampers. Keluar pun kalau dekat je I tak kasi pampers. Sebab dok risau icha bocor. Tapi kalau tak cuba macamana icha nak pandai kan? So I rempuh je now hehe. Haritu pergi PD memang whole weekend tak pakai pampers. Cuma kena keep on tanya lah icha nak pergi tandas ke tidak.

But.. Pernah je masa keluar dengan opah tokwan, dua kali terbabas wiwi sebab dok ralit main. Haha.

innovation by opah icha. haha. but seriously you should do it this way. senang kije.

And now, malam malam dah 2 minggu icha diapers free. Bocor tu normal ye ibu ibu bapak bapak sekalian. Sila buat protector dekat tilam siap siap. Opah icha suruh balut tilam dengan plastic. And we did that! Senang kije in case icha accident wiwi hehe.

So..
Yay to us! Icha diapers free before masuk 3 tahun 😊


p/s: i start this journey bila icha mengadu pakai pampers sakit, pedih. so i think this is the best time to let her diapers free. bila tak pakai pampers dah takda dah icha mengadu sakit bambam. Definitely the best move for her too.

No comments: