Assalamualaikum 💗
Sejak dua menjak ni, kesihatan kulit wajah semakin merosot. Mula mula tu macam tak kisah sangat sebab fikirkan perubahan hormon ke cuaca ke. Mesti sekejap je lah.. Selalu memang macamtu. Tapi baru baru ni eh eh lain macam pulak “kawan baru” ni muncul. Terus perasaan insecure datang. Dari tak kisah terus jadi kisah! Haha. Oh perempuan..
I dok mencari set yang boleh membantu I merawat serangan jerawat secara tiba tiba ni.
Nasib baik Himalaya Neem Range set datang pada masa yang tepat!
Bila i baca review tentang produk ni, i wonder how good it can be to my skin.
Sebelum i go into details, i nak share.
Yang bestnya tentang set Neem ni, ia bersifat anti bacteria, anti fungal dan juga anti viral. Menarik kan? I tertarik sungguh bila I baca ia boleh membantu dalam membersihkan jerawat dimuka di samping menghalang pertumbuhan kembali jerawat. This is something that I am looking for sebab jerawat dok tumbuh dekat kawasan yang sama je lately 😞
Anyway..
Jom I share tentang produk di dalam set ni dengan lebih detail dekat bawah!
1. Purifying Neem Face Wash
Ramuan: Neem (pokok semambu) & Kunyit
Ia membantu merawat luka tanpa sebarang infeksi dan juga iritasi juga membuat kulit terasa lebih lembut.
Cara penggunaan: basahkan muka dan urut secara lembut di seluruh wajah sebelum bilas dengan air
Harga: RM 26.61
2. Purifying Neem Face Pack
Ramuan: Neem (pokok semambu), Fullers earth (sejenis tanah liat yang digunakan sebagai ajen pencerah kulit) & Kunyit
Ia membantu mengawal lebihan minyak dan membersihkan pori yang tersumbat.
Cara penggunaan: ratakan dimuka dan biarkan beberapa minit sebelum bilas.
Harga: RM 26.61
3. Nourishing Skin Cream
Ramuan: aloe vera & winter cherry
Menyediakan kelembapan yang berpanjangan dengan khasiat yang mendalam.
Cara penggunaan: ratakan di kulit wajah selepas penggunaan toner.
Harga: RM 16.11
4. Acne-N-Pimple cream
Ramuan: Barbados aloe, silk cotton tree & five-leaved chaste tree
Membantu merawat jerawat dan infeksi kulit dan memastikan kulit dalam keadaan lembut dan rata dalam masa yang sama. Sesuai digunakan untuk kulitan yang mempunyai lebihan minyak dan membantu merawat infeksi dan inflammasi.
Cara penggunakan: aplikasikan di kawasan yang mempunyai jerawat/ bermasalah.
Harga: RM 26.12
5. Lip balm
Ramuan: Wheatgerm oil & carrot seed oil
Melembabkan bibir yang kering dan pecah
Cara penggunaan: pada bila bila masa yang diperlukan
Harga: RM 12.27
6. Skin Wellness
Ramuan: Neem (Daun semambu)
Membantu kulit wajah untuk kelihatan cantik dan sihat.
Cara penggunaan: 2 kapsul sehari dua kali (3-5 hari) dan 1 kapsul dua kali sehari. Pastikan minum air secukupnya dan kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan juga pedas.
Verdict:
For these past weeks, i rasa serasi dengan produk ini. Takda rasa tak selesa, mahupun rasa panas bila i aplikasikan produk ini dekat muka. Seriously I suka betul bau produk ni! Jerawat i pun dah mula mengecut. Harapnya after another few weeks kulit wajah i akan getting better and healthier inshaAllah 😄
So, experience korang macamana?
If korang counter problem sama macam i and taktahu nak buat macamana, you can try this range oki?
p/s: Korang boleh dapatkan produk ni secara loose pack ya. inshaAllah senang je nak cari. Boleh dapatkan di watsons, guardian lazada ataupun dari kedai Himalaya sendiri.
p/s: Harga yang tertera melalui Watson online ya 😀
#KulitSihatBebasJerawat
#HimalayaMalaysia
#NeemPower
#HimalayaNeem
#HimalayaNeemViral
1 comment:
Anak akk tru mmg best dan bagus 😘
Post a Comment