Showing posts with label Seafood melaka. Show all posts
Showing posts with label Seafood melaka. Show all posts

Thursday, 28 October 2021

Ikan Bakar Alai, Melaka.

Assalamualaikum 💗

Semenjak dah try makan seafood on our last trip to Melaka, we (read as I :p) ketagih pulak nak makan again. So I make sure to eat seafood lah for this trip eventho hubs cannot eat seafood hehe. Kalau nak baca my previous seafood experience in Melaka can read at the link here oki: https://sarafiz.blogspot.com/2020/11/jjcm-melaka-muara-sungai-duyung.html

Kali ni i nak try out new place yang dikatakan famous jugak di Melaka. Bila I google, it turns out ada other few choices yang best. 

Anyway.. I didn't even know why on earth that I choose this place out of many ahahah. So apa nama tempatnya? Ikan Bakar Alai, Melaka.

Ada banyak kedai makan around this area. Dia macam food court style. Mula mula tu i tak perasan sangat kedai ada banyak.. bila dah kena tarik masuk satu kedai ni baru i notice 😅 bahagian luar bersusun kerusi, and bahagian dalam ada bangunan macam foodcourt with places for the shop to cook the seafood.

Macam biasa, seafood kena pilih and timbang. Kedai i makan ni takda option ikan pari ke ikan kembung ke. Memang ikan atasan je dia letak. So i ambik siakap lah. Itupun siakap semua besaq gila. Mintak paling kecik pun takda. Dok risau gimana nak habiskan makan siakap sebsaq alam itu. Makanya redhoooo konsepnya. Lepastu i ambik sotong 2, udang 6 ekor campur kailan satu.

 Jum tengok gambar oki! 

Whole menu spread for that day

Kailan kosong. Takda any garnish kecuali bawang dan sos tiram? Tak berbaloi bagi i. Huhu.

Sotong goreng tepung berharga RM36/ 2 ekor size penumbuk. Kalau tanya i, mahai lah. Tapi sebab yang sampai dekat i sotong goreng tepung bukan cekodok sotong, i bagi lah star for that hehe

Ikan siakap; half i request masak stim. This one sedap! Kuah dia cukup masam pedas and all. Cuma icha kenot go sebab spicy for her haha shiann anak ibu

Udang goreng butter? I rasa ni macam udang nestum instead of butter. okaylah... RM 24/ 6 ekor udang

Another half ikan i request for bakar. Masa mula mula ikan sampai togel kosong takda any sambal. Rupanya kena mention ya kalau nak bakar sambal. Ni pun i mintak dia add sambal. Sambal dia tak sedap. Sekian.

Buah potong RM 10. Okay lah bolehla buat kudap kudap sementara tunggu main dish sampai. Portion besaq kami siap tapau bawak balik.

For us, total makan all tak termasuk buah is RM 92. Harga ni memang lauk dekat atas ni dan nasi putih 3 plate sahaja. Air masak je we ordered. Kalau tanya i, macam kena ketuk pun ada. Sebab masa nak timbang tu i tak tunggu situ terus duduk sebab dia suruh duduk terus. Tapi bila i bagitau my mom harga makanan yang kami makan is RM92 her reply was eh okay la harga tu.

---- and i terus senyap hahahaha.

in conclusion, Ikan Bakar Muara Sg Duyung >>>>>>>>>>>> than this one. Maybe i tersilap pilih kedai. Maybe ada je kedai ikan bakar hat sedap and worth it dekat Alai. Sadly i tak merasa that. 

Mungkinkah akan ada penggembaraan seafood lagi on the next visit? Kita sama sama nantikan oki! 😝

Monday, 2 November 2020

JJCM Melaka: Muara Sungai Duyung

Assalamualaikum 💗

Early last month, we went to Melaka.. This time around was with my in-laws. Melaka is one of the state yang kami laki bini terpaling suka nak visit. Setiap kali datang we tried to escape the hectic weekend traffic. Maka kali ni, kami datang on Thursday and Friday! Memang best lah cite dieeeee. Jalan tak jem langsung dan kitorang pi anywhere smooth je. Siap boleh parking dekat attraction area hehe.

Oh by the way, I ada pi few places yang best for this visit. For this entry, I nak share tempat yang kami makan on the first night when we arrived. Masa ni we were in a thorn in between the three choices. But in the end, we choose this place. 

Was it worth it? 

Anyway.. We should come here as early as we can for dins. Tapi sebab semua masih kenyang, lepas maghrib baru bertolak datang sini. Result dia……. Menyesal. Haha. Ramai gila ya orang. Siap kena beratur dekat luar kedai. Kedai ni dah la memang besaq tau. Imagine lah it was full house that night. Phew. Husband I bukan kaki menunggu, so he hinted me to ate dinner somewhere else. Being me, im not someone who easily give up. Tambah lagi soal makanan. Makanya I said I nak jugak makan sini eventho ramai :p

Tunggu giliran nak dapatkan meja, kedai mainan dekat tepi ni berhantu ok.. Tengok bawah i cerita.

Icha is not someone yang akan buat perangai sebab mainan. tah apa jadi, that night merambu ayaq mata sebab nak jugak beli mainan dekat sini. Adoi. Ni baru nak mula drama. Mata dah start berkaca. So icha ke ibu yang menang?

SOP

Masa ni masih PKPP in Malaysia, one week after terus few states in Malaysia kena PKPB balik. Kedai ni pun patuh SOP, siap ada scanner for temperature and QR code. 

After few minutes beratur, dapat seat. Kedai ni system layan diri ya. Kena beratur untuk pilih seafood.

These are among the menus yang boleh request


--- and this is the price list. Harga berubah ya ikut hari.

Here is our menu!

Ikan kembung RM 9.10/ Hat paling lambat sampai. Di sebabkan i paling lambat start makan, I la kena habiskan lauk ni hehe. Nasib sedap. ikan dia manis betui.

Ikan pari RM 21.00/ Ikan pari sedap. Sambal salut ikan was quite nice. Ikan pari ni takda bau pelik. Isi dia sedap!

Sepahat RM 12.00/ I pernah makan masa zaman matriks. It was 10 years ago. Haha. i still remember that i dont quite fancy the taste but that night i kena habiskan everything sebab everyone else also tak suka 😅

Sayur kangkong belacan RM 6.00/ this one was worth it. Pls la order 2 pinggan. Sepinggan je tak cukup. Sekian.

Sotong goreng tepung RM 24.00/ Ini adalah bintang malam tu. Sedap ya. Icha pun suka. Banyak makan. Tapi lagi sedap sotong celup tepung bestari. eh 😜

Nasi RM 1.20 / pinggan. 

OUR EXPERIENCE:

The taste was okay. Takdelah sedap macam nak gila. Tapi ikan dia fresh! Manissss je isi ikan. Kami tak dapat air asam pun sampai nak habis makan. Bila mintak baru dapat... I guess sebab ramai sangat orang datang. 

The taste was just okay. Manis. For someone hantu pedas like me, tak berapa kick lah hehe.

They cooked everything cepat jugak for us. I rasa lepas dah pilih semua makanan it took about 15 mins before the foods arrived our table. Okay lah kan? Harga makanan pun quite okay. For all the foods above, caj masak dia RM 3.50 je in total. Untuk 6 dewasa with 1 kid, it cost us RM 98.80 with 6% service tax 😊

Oh jap I lupa. I ada satu cerita.

Part ni paling kelakar eh. Ada orang randomly letak kacang atas meja. My FIL terus makan kacang tu sebab dia ingat kudap kudap owner kedai bagi sebab menunggu. Tapi bitter truth dia, pinggan kecik tu sebenarnya kena bayar k! hahahaha. I dah agakkk dah kena bayar. Bila I terbalikkan mangkuk kacang tu I nampak selotepe tulis RM 2. Bijak dorng lekat harga bawah mangkuk gitu. 

Tak teringat nak ambik gambar that ‘precious kacang”. Nanti jangan terkejut pulak bila dalam resit ada terselit kacang rm2 dalam tu 😆