Wednesday, 13 April 2016

Anniversary dinner @ Dorsett Subang

Assalamualaikum. ♥

Anniversary dah lepas dalam 3 minggu by the time pi dinner dekat Dorsett Subang. Eh, dah lepas lama tarikh anniversary pun still dapat hadiah k :') my sister acik bagi kite dengan husband voucher dinner dekat Dorsett Subang for our 1st Wedding Anniversary. So happy! Tambah lagi dapat makan dinner buffet. Mihihi tersengih je sebab dapat adik yang baik hati gini.

Lucky me dapat voucher masa dkt UPM. Masa tengah propagate virus. Kira masa tu pack, jadi nak pilih masa sesuai tu susah nak dapat. Lepas susun jadual semua, hari terakhir dekat UPM iaitu malam before nak balik pi dinner. Jadi lepas dinner terus shoot balik Perak. Huhu. Berbaloiii! Good decision betul bila buat gitu. And senang pi makan dengan hati yang senang sebab semua kerja dah siap dkt UPM (i mean halfway la sbb belum purify virus :p)

Jadi sedap ke dak?
Untuk kite, sedappp!
Terpaling sedap is mee wantan with dumpling.
Husband takleh makan since ada seafood. Tapi ada rasa kekesalan sikittttt. (Cewahhh :p) sebab segan nak tambah -- sebab mee wantan ni buat by request so segan nak cakap tak jadi nak repeat. Jadi sekarang menyesal bila teringat kesedapan wantan mee with dumpling tu :(


Ni la wantan yang sedap tu. yang kuning tu dumpling sedap :')
Kualiti gambar tak cantik sebab gelap tapi sedappppp

Another dish yang kite suke is roasted beef with potato. Kesukaan kite and husband. Daging dia cayaqqqq wei dalam mulut kamiii. Huhu mana tak teringat sampai sekarang T_T sedappp.. Yang ni tak berapa nak segan sebabtu repeat sampai 4-5 kali mihihi. Lepastu husband makan chocolate fountain. Husband suka sebab choc dia pahit tak manis leting. Sebab sedap repeat banyak kaliii.. Kite try all selection of desserts and kuih. Kuih sedap sebab kite memang hantu kuih melayu.. Desserts ada yang sedappp gila ada yang biasa. Lauk pauk sedap, but tak rasa semua sebab perut nak pecah dah :') ada one table penuh dengan selection salad memang bukan kegemaran kite but salad buah kite try la jugak hehe. Sedap..

Kekesalan kite?
Tak dapat makan askem!
By the time nak makan askem perut dah takleh makan apa. Serious
Husband je makan.. And husband cakap sedap.
Huwaaaaaa tu buat nak rasa tu huhu.
Cuma buffet dkt sini takda selection cold water. Ke memang macamni? Hihi
Ada air panas je. Huhu.
Dan sky juice yang dia akan datang meja kite untuk refill.
Yang lain kite rasa okay..  :)

By the way, husband nampak sign yang this one is Meditterenean dinner. Maybe sebab tu ada salads punya type sampai satu meja. And another meja of cheese selection which i dont give it a try at all.
Best dinner for our first anniversary.
Thank you Acik! We love u :)

okay enjoy the pictures!

Dark chocolate dessert yang sedappp
Roasted bee with potato pun sedappp :')
Kite tak berapa suka sebab sejukkkk huhu
Salad buah yang sedap :)
Tak try. Ambik gamabr je sebab kena makan cheese dengan roti.
Taknak try. hehe.

Sebab makan banyak sgt tinggal sikit macamni je dkt kaunter mihihi

Till then! :)

Monday, 11 April 2016

Steps to do untuk ambik jubah konvo UPM

Assalamualaikum.

Hari konvo kite dengan husband dah lepas for about 5 months plus. And, since we both are far away from UPM untuk settlekan bayaran konvo and such we just did it online. Apa yang perlu kite settlekan before hari konvo?

1. Buat payment untuk jubah and everything. Masa kite konvo UPM last November, payment untuk sorang undergrad student is rm200. -- kite bayar thru cimb clicks. Ada jugak option lain bayar thru cdm takpun pergi bendahari UPM untuk buat bayaran.
2. Lepas dah bayar, bukak smp and isi all details termasuk proof payment dan saiz jubah konvoDalam 24 hours borang dah disahkan dan available untuk download. Borang ni penting bawak masa hari ambik jubah sebab ni macam bukti kite dah bayar and ada sekali saiz jubah yang kite dah pilih awal awal masa isi online tu.
3. Kena bukak satu website ni (lupa website apa) tapi tanya pasal dah kerja ke tau sambung belajar and isi details kite dan jawab semua soalan. Dah siap last page print dan bawak jugak masa ambik jubah. Masa tu dorang kata wajib buat kalau tak takleh ambik jubah, tapi mitos semata. Masa ambik jubah dorang tak cek pun -.-

Dah habis basah sebab kena hujan jugak :')
Dah settle semua, bawak proof payment (print), borang pengesahan bayaran dan salinan proof dah jawab questionnaire masa ambik jubah konvo. Since kami berdua datang dari kelantan, sehari before kaunter jubah tutup baru datang ambik jubah. Siap terlepas rehearsal konvo. Tapi dari info kawan yang pi rehearsal takda apa sangat, tak pi pun takpa. Dan jubah konvo ambik lambat jangan risau sebab small size masih ada ;) Cuma pastikan masa hari pulang jubah and topi semua dalam keadaan yang baik (dalam keadaan asal). Macam kite dengan husband kena penalties rm50/person sebab topi konvo basah sikit. Mestilaaaa basah k, sebab lepas habis je kitorang dapat skrol hujan selebat lebatnya. Tsk tsk :/

Dah settle ambik jubah and everything baru rasa lega hehe. Lama jugaklaaa stay UPM sementara tunggu hari konvo hari ahad tu. One of our best moment in life. Both parents datang, adik beradik datang walaupun semua ada hal masing masing. Tacing tau sebab almost complete semua ada :') so, kite rasa apa yang kite list tu je things to do before nak ambik jubah untuk konvo UPM. Lain universiti lain caranya.. If anything nak tanya let me know okay?

Till then! :)

Thursday, 7 April 2016

Labwork dekat UPM

Assalamualaikum ♥

Hectic weeks dah selesai.
Episod berkejar pi lab siapkan sample, cari barang untuk propagate virus dah habis fasa satu.
Kenapa fasa satu? Sebab virus belum purify.
Tak purify virus pun dah makan masa 2 minggu yang penuh dengan pelbagai method kena selesaikan.
Penat toksah cakap la, tambah lagi husband kite tu. Sebab ni kerja dia.
Kerja kite? Menyibuk :p haha tolong when husband needs help.
Selain tu just temankan husband buat labwork.
Penat sebab bukan tempat sendiri. barang tak complete, kena pi mintak sana sini. dengan perangai postgrad yang tettt itu. Betul betul mencabar kesabaran.
Husband je lek lek sabar, kite dah keluar api dekat hidung. Well biasela perempuan..
Emo atasi segalanya mihihi :p

But Alhamdulillah..

Selesai dah boleh tarik nafas sat. Cuma balik perak ni husband flat terus. Demam, sakit badan semua. Poor husband.. Work under stress results him with sickness. Hopefully worth it. Dah tak payah nak kena pi UPM untuk propagate virus lagi, cuma kena purify je inshaAllah.

Tapi ada bright side dia. Every cloud has silver lining kan? Despite all those depressed moment during the labwork session, we both got to do some food hunting. So happy! Dapat makan mee tarik kegemaran 2 kali, makan nasi ayam penyet fav dekat bangi, pisang goreng cheese sedap, makan hotel (hadiah anniversary from my sister acik), murni bukit jalil, kueytiaw sup fav dekat pakya sri serdang, sizzling mee fav dekat AEON Balakong. Eh.. Banyak sangat dapat makan sedap. Mane tak sengih 24 jam. Sembang with husband pun tersengih happy sebab dapat makan semua yang di idamkan. Adik kite siap tanya lagi 

"Ada apa apa lagi yang angah teringin nak makan tak?" Terus zasss dapat makan, terharu kite :') nasib rajin melayan kakak dia yang selalu teringin makan macam macam hehe. 

Sekarang ada dekat rumah, malam ni balik rumah mentua pulak before balik kelantan. Selagi ada masa ni memang akan balik Perak lawat ayah ibu & mak ayah. Bila sembang dengan ayah ibu semalam pun tau yang ayah ibu rindukan kami adik beradik. Biasela kan bila semua dah duduk jauh, rumah dah makin sunyi. Mestila terusik hati rasa sunyi.. Huhu sedih tau kite. Selagi ada peluang memang akan balik rumah walaupun jauh dekat kelantan. Jauh bukan alasan. Kalau ada azam nak balik, memang akan balik walaupun ada masa yang pendek. I bet u guys pun macamtu kan? 

Balik pusing = nasi ganja time! Makanan yang takkan terlupa nak makan. Makanan wajib makan kalau balik kampung. Sedappppp. Kalau korang datang ipoh please go okay? Duduk rumah untuk 4 hari ni pun dah 2 kali lunch nasi ganja. Ayah ibu pun suka makan. Ayah ibu pun mintak tapaukan sebab ayah ibu sekolah. Balik je sekolah terus makan nasi yang kami tapau. Rasa dia toksah cite aaaaa. SEDAP. TAK KELENTONG. Husband punya kesukaan niii.. Kalau nak pi, waze je nasi ganja yong suan. Yang ori tau! Bukan waze nasi vanggey yang orang selalu mistaken it as nasi ganja.

Eh. Terus promote makanan.
Hahaha Maisarah ni kan T_T

Okay lah.
Nak borak dengan ayah ibu.
Lepastu nak siap siap balik taiping.

Till then! :)


Wednesday, 6 April 2016

Char Kuey Tiaw & Teh Beng Madu, Wakaf Stan Kota Bharu

Assalamualaikum ♥

Everytime nak balik rumah lalu dekat kedai char kuey tiaw ni, kedai ni always full house. Kereta penuh dekat bahu jalan selalu sangat. So, buat kite and husband tertanya tanya apa yang best sangat kedai ni? Yes, kedai ni ada teh beng madu and char kuey tiaw which make everyone nak rasa, but then apa lagi yang best dekat kedai ni buat semua nak datang? -- part char kuey tiaw semestinya buat husband wonder sedap sangat ke sebab so far takda lagi char kuey tiaw yang berjaya tambat hati dia selain char kuey tiaw penang 

Dah banyak kali sangat lalu, so finally we decide to give it a try. First time nak singgah, tutup. Bila baca sign dekat kedai tu ohhhh.. Rabu cuti. Sebelum terlupa kedai ni bukak waktu malam je :) bila lagi sekali datang hari sabtu bukak. Mihihi nasib baik.. Dapatla kami merasa char kuey tiaw + teh beng madu. Sampai je kedai, kedai full macam biasa. Tapi servis pantas. Tukang masak tu masak pantas k walaupun masak 1 plate/time. Dalam 5 min order, dapat dah minuman dan makanan. Cepat kan? Dapat markah lebih sebab buat kite happy no need tunggu lama. Bila kite rasa, hmmm sedap.. Tapi kite semua benda cakap sedap :p so tanya husband, husband approve. Kena dengan tekak aaaa kira walaupun tak boleh lawan penang char kuey tiaw ittew. Teh beng madu pun sedap! 

Alhamdulillah.. Worth trying :)

Maka terjawab soalan kenapa always penuh kedai ni. No wonder full house selalu. Service best, makanan sedap ;)


Kedai gelap jadi gambar gelap. Asalkan sedap :')

1 plate char kueytiaw biasa ada 3 ekor udang = rm5
1 plate char kueytiaw kosong (ada telur je, sebab husband allergic makanan laut) = rm3
Teh beng madu = rm2.50
Air suam = FOC

Till then!

Sunday, 3 April 2016

Nasi Ayam Cepat dan Mudah

I love to eat nasi ayam (but not on daily basis la kannn). Bila teringin makan tu, kalau masak konfem bertambah. Dan nasi ayam yang kite buat resepi never fixed. Selalu kite ubah ikut bahan yang ada dalam fridge. Hehe asal boleh je kite ni. But.. Haritu kite ada buat nasi ayam resepi zap zup zasss siap. Nasi ayam terpantas kite pernah buat sampai husband terkejut "cepatnyaaaa siap masak?" Mihihi kembang sat hidung iols sebab i masak pantas :p So.. Untuk buatkan kite senang nak buat rujukan nasi ayam zap zup zass in the future, kite tulis dekat blog supaya resepi ni tak hilang ditiup angin (blame my memory not me pls :p) --- ni semua aging factor hehe.

Sooo... Lets get started!

Untuk buat nasi, ayam dan kuah kicap the main key is KUAH SUP. SO PLENTY OF SOUP NEED TO BE MADE IN ORDER FOR THE RICE AND SAMBAL KICAP TO BE DONE. --- tetiba nak speaking kannn haha.

Resepi sup nasi ayam
2 labu bawang besar  (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dicincang)
1 sup bunjut
Garam
Ayam (3 thigh)
Air ( 5 cawan)
1 biji Ubi kentang (di potong 4)
--- tambah tolak resepi ikut jumlah ayam okay?

Cara-cara
Lepas bahan tumis transfer masuk periuk dan tambah air -- akan jadi macam ni :)

Ayam dan bahan tumisan, bila air ayam dah agak agak jadi macamni
baru transfer masuk periuk dan tambah air

1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis kesemua bahan yang dicincang termasuk sup bunjut hingga naik bau
3. Masukkan ayam
4. Masak hingga kuah di dalam kuali sedikit kering
5. Tambahkan air ke dalam periuk, tambah garam secukup rasa
6. Biarkan seketika dan ayam dari sup dikeluarkan untuk digoreng (jangan biar lama sangat dalam sup nanti semua jus ayam keluar masa goreng ayam jadi kering)
7. Masukkan kentang. Masak hingga empuk.
--- Dah siap! ;)

Resepi ayam sedap dan juicy

1. Ayam dalam periuk sup sebentar tadi dikeluarkan dan diletakkan dalam bekas
2. Tambahkan kicap dan sos tiram pada ayam tersebut (kite agak agak je nampak gelap ayam tu dah cukup kicap, sos tiram dalam 2 sudu takda sos tiram pun takpe :) )
3. Gorengkan ayam tu sekejap je dalam 3-5 minit untuk dapatkan hasil ayam yang garing diluar dan masih juicy di bahagian dalam ayam ;) -- bahagian dalam still akan masak even goreng kejap sebab kite ambil ayam dari sup :)

Dari sup ayam ni pecahkan kepada 3 kegunaan.

1. Untuk nasi.
- Nasi tu masak macam nasi biasa, cuma air masak digantikan dengan sup ayam tadi. Sukatan 1 pot nasi = 1 pot sup ayam.
2. Sambal kicap
- sambal kicap terpaling senang. Bubuh dalam 5 sudu kicap manis dan tambah satu senduk sup. Dah siap kicap nasi ayam :)
3. Dan sup untuk makan


* Step akhir je tak guna sup ayam sebab nak buat cili cicah nasi ayam.

Resepi cili merah nasi ayam

5 batang cili merah kecik
2 batang cili masak
1 ulas bawang putih
1 sudu gula
4 sudu besar sos cili
1/3 air dalam cawan

- Blend kesemua bahan dan siap untuk di makan!

Seeee senang kan? Selamat mencuba resepi nasi ayam zap zup zas paling mudah dan pantas di abad ni k! ;) InshaAllah sedap. Husband siap cakap jum kite jual nasi ayam nak? Hahaha T_T

Ni la hasil ayam yang juicy ft HIMYM. Totally our weekend style :)

Kalau ada any soalan drop comment tau. ;) 

Till then, Assalamualaikum!