Friday, 1 October 2021

Kitsui Coffee Xslim Shapez untuk kurus

 Assalamualaikum 💗

Siapa macam i musim musim PKP PKPB yang tak habis habis dari last year dah mulakan azam nak jaga badan and loose weight secara sihat? If you are in the same boat like me, this entry might suits you. 😀

Kalau u nak tahu, kunci untuk diet yang sihat adalah makan secara seimbang. Pastikan cukup protein, carbo, fruit & veges in your daily intake. Pastikan jugak tahu kadar BMR so that boleh multiply with you activeness to get the DCR value. With this method, you can lose weight more easily.. Enjoy the journey! Itu yang paling penting untuk kekal konsisten dan dapatkan berat idaman. Macam bagi ceramah pulak i ni eh.. But seriously, this is the key to loose weight sebenarnya. Selain daripada keazaman yang super kuat tanpa tergoda dengan hasutan megi lah. hahahha ngata diri sendiri.

Okay sebelum i melalut lagi panjang, i nak cerita this one produk yang i baru nak cuba. Yang menarik hati i adalah KALORI YANG SUPER SIKIT = 29KCAL JE! yep you heard it right. Sesuai di minum pada waktu pagi before you nak start bekerja. Ini bukan produk minum terus kurus ya. Untuk yang baru nak diet, pls jangan lakukan diet secara drastic. Sebab crash diet sangat merbahaya untuk kesihatan. Alternatif yang u boleh buat untuk diet is makan macam biasa, cuma dalam portion yang sedikit. Produk ni membantu dalam proses nak kurus sebab Kitsui Coffee Xslim Shapez mengandungi ramuan seperti berikut:


Jangan tertinggal semua isi penting di atas oki. If rasa ragu ragu, can always PM Kitsui di FB ataupun IG untuk kelegaan hati. Gitu. Kalau nak tahu juga, Kitsui Coffee Xslim Shapez ni bebas bahan larangan merbahaya yang selalu di gunakan dalam ubat kurus iaitu Sibutramine. Sibutramine boleh menyebabkan heart attack. Nak ke kurus tapi ada sakit jantung? Tak best kan. Please do your research and pilih produk yang tidak membahayakan kesihatan. Please jangan ambik anything that can cause harm to you. Sibutramine ni even banned to some countries dah sebab banyak sangat kesan buruk dari pengambilannya. Bawah ni i attach sekali certificate of analysis dari pihak Kitsui yang membuktikan bahawa produk Kitsui Coffee Xslim Shapez bebas daripada sibutramine

Untuk yang nak tengok testimoni pengguna, boleh baca a few yang i attach di bahagian bawah ni. Kalau nak tengok lebih banyak review, boleh ke IG, FB or shopee kitsui. Dekat sana ada lagi banyak testimoni dari pengguna sendiri. Jum baca testimoni dekat bawah ya.



Sebelum i terlupa, kalau you berminat untuk dapatkan produk ni boleh segera dapatkan dari Shopee! Di jamin Halal dan selamat untuk di konsum. Harga yang amat berbaloi untuk di beli. Jangan lupa dapatkan sekarang!

Tuesday, 28 September 2021

My 30th birthday!

Assalamualaikum 💗

Nak update sikit lah kenangan ulangtahun kelahiran yang ke 30 last Friday. I was in shocked sebab i received an unexpected amount of love from people around me. I tak sure la semorang excited i masuk 30 atau dorang memang sayang i haha. 

Mata i jangan cakap le. Memang bengkak habis one whole day dari seawal subuh sampai ke malam. Menjejes air mata baca ucapan dari family. Lepastu call ayah ibu lagi. Banjir ofis i that day. Rasa sebak, rasa sedih yang i taktau nak ucap macamana. I was extra mellow that day..

Si birthday girl yang bengkak habeh matanya sepanjang hari

Tanda ingatan dari family dan kawan kawan tak putus putus dari pagi. Sampai ofismate i terkejut tengok i dok turun naik ambik package. Dessert je dah sampai 7 jenis i dapat on that day. Never expect that. I even questioned my husband yang layak ke i dapat semua ni.. mashaAllah thankyou korang. Lepastu dengan hadiah yang bermacam lagi. Yang bestnya i request hadiah from my family. I kata i nak air fryer and waffle maker warna pink as a gift. Zass dapat. Yahuuu. Lepastu husband i pulak tolong clear my shopee cart. Eventho sebelum tu husband i game i haha. Siap belikan perfume idaman i sampai 2 ketui. Menangis lah lagi seketui maisarah. Hoih emosi hang ni 😅

mak enon try pakai shawl walaupunnnnn 😂

Ini nukilan khas untuk my parents yang i tulis on my birthday. Share sini sebab dekat FB i dah private that album, hehe.

"30 tahun sudah usiaku. Sambutan ini terjadi hasil daripada kepayahan ibu melahirkanku, jua ayah yang tanpa lelah mendidikku.. Buat ayah dan ibu.. Atas segala yang diberikan padaku.. Dari kecil hingga anak satu.. Ku semat di hatiku.. Sayang selalu…Moga dapat ketemu. Bila sampai waktu. 

Ya Allah Ya Tuhanku.. berikanlah ganjaran yang terbaik buat ayah ibuku.. yang tanpa lelah setia di sisiku. Juga di sisi adik beradikku. Kurniakanlah syurga terbaik buat kedua ibu bapaku."

Pertambahan usia maksudnya dekatlah lagi diriku dengan kematian. Tak semstinya bila tua baru ajal menjemput.. mungkin esok mungkin lusa. No one knows. Moga hati ini sentiasa redha atas apa yang berlaku dan moga diampunkan diri ini andai ada khilaf aku dengan kamu.

Sebelum terlupa.. Terima kasih sayang ibu dua dua! Dua ketui orang kuat yang usaha sungguh sungguh buat ibu happy last friday. Sayang banyak banyak untuk dua dua.


Love always!

p/s: not a shawl person tapi pakai shawl on my birthday. Memang cubaan berani mati haha.

Monday, 20 September 2021

Puasa Hari Putih; Niat dan Kelebihan berpuasa

Assalamualaikum 💗

Harini 20 September 2021 ; permulaan berpuasa untuk Hari Putih untuk Bulan Safar. Ia di gelar sebagai Hari Putih atau lebih dikenali sebagai Ayyamul Bidh. Untuk bulan September ni, Hari Putih jatuh pada tarikh yang berikut.

  • 13 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 20 September 2021
  • 14 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 21 September 2021
  • 15 Safar 1443 H jatuh pada tanggal 22 September 2021

image source: https://id.pinterest.com/umieclever/_saved/

Ayyamul Bidh jatuh pada setiap pertengahan bulan Islam. Pada setiap 13, 14 dan 15 bulan qamariah kecuali hari tasyrik pada 13 Zulhijah kita disunatkan untuk berpuasa Hari Putih. Ia digelar Hari Putih kerana pada malam-malam tersebut merupakan waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.

Puasa sunat hari putih juga sarat dengan kelebihan. Antaranya ialah:

1. Melaksanakan wasiat Rasulullah SAW.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata: “Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) mewasiatkan kepadaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya sehingga aku mati; berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat duha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Melaksanakan apa yang dianjurkan oleh baginda SAW.
Daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriah).” (Riwayat at-Tirmizi & an-Nasai)

3. Umpama berpuasa sepanjang tahun.
Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Riwayat al-Bukhari)

Niat puasa Hari Putih: 
Sahaja aku berniat puasa pada hari-hari putih sunah kerana ALLAH SWT.

Semoga sedikit perkongsian mengenai Hari Putih dari entri blog ini membawa sedikit sebanyak manfaat untuk semua ya 😄

Tuesday, 14 September 2021

My Cooking Story discount code: "MCSSARAH"

Assalamualaikum 💗

Today i nak share one online platform yang menawarkan antara harga yang terendah untuk cookware, glassware and bakeware. Senang kata, kesemua barangan dapur ada di sini. The famous FIKA series yang menjadi sebutan ramai pun ada jugak. Tapi selalunya barang hot hot ni cepat sold out. Kena selalu tune in to the website untuk keep an update barang apa lagi yang best tengah promo di https://mycookingstory.com/ oki. 

Sebelum nak borak lebih lanjut, i nak syorkan you guys untuk guna my promo kod setiap kali you buat pembelian di website my cooking story. Sebab apa? Dengan kod diskaun ini, you can enjoy the 10% discount perks yang tak ramai orang tahu. Hehehe best kan?

Discount code: MCSSARAH

*diskaun sebanyak 10% diberikan dengan penghantaran percuma ke semenanjung. Tiada limit pembelian menggunakan kod diskaun ini dan kod diskaun sah digunakan tanpa tarikh luput. 

Jum i share antara kombo menarik untuk Bulan September! 😉

22cm NEOFLAM Stockpot with Aluminium Lid
Nylon Spatula & Ladle
1x FREE Rasa Rosz tumis/  1x Free: Covid Insurance

2 x Fika Glass Container 800ml Rect
1 x Fika Glass Container 1380ml Rect
1 x Fika Glass Container 2600ml Rect
1 x FREE: Crispy Prawn Chili/ 1x Free: Covid Insurance

2 x Fika Glass Container 2600ml Rect
1 x 3.7L Vetro Oblong Divider
1 x Free : Chicken Rice Chili Sauce/ 1 x Free : Covid Insurance

1 FIKA Cast Aluminum Wok26cm ( Package Dimensions W, H, L (mm) 430x260x76 
2 Fika Glass Container With Valve 800ml Rect
1 FREE : KIGI 1.05L X 1/ 1 Free : Covid Insurance

Ini antara kombo idaman kalbu i for this month. Menarik sungguh ya. Ngences ku melihatnya. Kesemua item di website https://mycookingstory.com/ sememangnya yang original. Jangan ragu ragu oki. Lagi best siap ada free delivery untuk semenanjung malaysia. 

Tune in to the website every month for super special combo. Kalau nak beli loose set pun ada jugak di website. Bezanya pembelian kombo ini harganya extra jimat dari biasa 💗

Wednesday, 8 September 2021

JJCM: Kuala Gula - JS Muara Restoran Terapung

Assalamualaikum 💗

Masih lagi dalam entry #makanmanatahunlepas? 😆

Ni antara entri yang dah diperam lama dalam dashboard. Dok hold sebab mood nak update belum mari dari tahun lepas. Alang alang mood update blog tengah berada di puncak ni.. zasss apa lagi kan. Moh le kite upload mana yang masih ingat hehe.

Masa ni tok ayah ajak pi Kuala Gula makan makan. I sebenarnya macam blur blur ayam sket masa ni sebab i ingat takdela jauh sangat. Bila dah dalam kereta tu i dah pening kelaparan sebab tak sampai sampai. Kalau pening naik kereta ni selalunya signal yang i dah lapo gila. :p Asyikla tertanya tanya bila nak sampai. Bayangkan.. Jalan dari dua lane, jadi satu lane jadi satu lane share dua arah. Phew finally baru sampai.

Anyway.. Restoran ni memang terapung betul tau. Bukan sekadar nama. Gitu. Jadi bila pijak lantai restoran memang akan rasa wavy. Tambah wavy kalau ada bot or anything lalu sebelah restoran. 

Icha selit in between pagar. Celuih pulak tu.

View depan restoran. Bot tu b0leh naik and akan bawak dekat satu tempat banyak burung. Tapi tak sempat nak try takut lambat balik.

Family photo. Abaikan cha yang dah ralit pandang tempat lain haha

Rombongan tepeng hehe

Ikan sangkar

Ketam lembut breed dalam sangkar

Heluuu there?!



menu menu yang buat i rambang mata

Seperti biasa la, my usual self akan rasa nak cuba semua. Tapi nafsu makan i kalah on that day sebab i maleh nak layan haha. Anyway..semua nampak tempting nak cuba. Tengok gambar makanan ni balik pun buat perut i berbunyi. Nasib hang la update lambat sangat 😆

Jum layan gambar makanan dekat bawah oki!

Ketam lembut idaman hati, makan banyak pun still nak lagi. Eh.

Kerabu sotong. Sedapppp!

Kailan ikan masin. Pun sedap.

Sejak azali i suka minum Laicikang. This one sedap!

Close up ketam lembut (read: soft shell crab). Sedapnyaaaa

Tomyam ayam. Hat ni biasa biasa je rasanya.

Ikan ni sedap. Tapi tak cukup, haha

Si kecik makan banyak ketam lembut. Memang kena taste le tu. Ibu pun suka.

Total makan untuk 8 dewasa, 5 kanak kanak.

My review:

Their services was okay. Takdela lambat sangat sangat kalau ikutkan kapasiti pelanggan dalam ni. Kedai ni pack betui dengan manusia ya. Rasa makanan pun okay. I terpaling suka ketam lembut. Makan dua tiga pun still rasa tak cukup. Sedap for me! Anyway.. Environment kedai ni tak sesuai kalau u penggeli lain maciam. 😅 Everything else was okay. Kalau tanya i, air should order asing instead of jug. Harga lebih kurang je plus jug air tak cukup to cover us all.

Signboard ni dekat laluan depan masa nak masuk restoran   😊

So, adakah i akan datang balik lepasni?

Kalau semata mata nak datang makan tu idaklah kut. Sebab tandas dia tak menepati piawaian tandas for me. Even pergi tandas surau pun still kenot. Sebabkan emergency terpaksa jugak guna 😅 Tapi i will crave for the soft shell crab. Sedap gila. Mungkin masa i pregnant nanti boleh guna alasan mengidam. Bolehla mintak husband i pi beli tapau bawak balik haha.