Tuesday, 29 March 2022

Staycation @ Citizen M Bukit Bintang

Assalamualaikum.

Last weekend we had an impromptu staycation dekat kl. My husband was definitely puzzled when I told him that we are going for a weekend getaway. Seperti biasa, I memang suka plan last minit haha. Mula mula ingat nak pi area PD sebab nak bawak icha mandi laut, but sadly hotel cantik cantik semua dah fully booked. So I google for a hotel somewhere dekat centre KL, and I found few choices.

And we went to Citizen M, Bukit Bintang...

Location wise, strategic amat. Belakang hotel ada eatery yang famous dekat tiktok sekarang which is Jalan Alor. But we didn't eat there lah. We tapao food area bukit bintang and makan dalam bilik. Oh we tried the famous Nasi Ayam Chee Meng jugak. But sadly below our expectation. Plus harga dia mahal ya. I beli sebungkus and it cost me RM12.20. Terkejut masa nak bayo😅

Oh kejap...

Sebenarnya I nak share room photos here. Sebelum I melalut panjang, moh le kite kembali ke pangkal jalan.

Room size

 
Definitely small. Room dia sejenis u bukak pintu bilik terus nampak katil like photo above yang I attached. If u ada anak kecik, memang tak sesuai lah. Sebab ruang memang smol je. Last weekend during the stay I ambik 2 bilik. Icha share room with bucik. So memang selesa for us yang sejenis suka lepak bilik hehe.

View bilik bila bukak curtain. Rasa luas terus. Pandai yang buat interior bilik ni. Anyway nak tidur malam pun i bukak sikit curtain. I rasa suffocate bila tutup habis. Maybe due the room size kut. But the mattress and the pillow was super comfy. Husband i sampai nak belikan bantal hotel ni untuk i sebab i sejenis cerewet dengan bantal 😄

Facilities

The bomb.com. High tech punya room ya. All controlled with an iPad. Siap ada lampu disco tu eh (lupa nak take photos). Icha amazed betul with everything. Si kecik tu siap termenung dalam tandas tenung lampu yang bertukar. Kelakor amat. Masa kami nak keluar kejap petang tu siap berdrama takmau tinggal bilik 😖 Ibu dok ingat icha tak suka hotel ni sebab takda swimming pool.. turns out she loves it.


Amenities provided.


Basuh tangan, gosok gigi, basuh muka all here sebab dalam tandas takda cermin or sinki. I guess since they wanted to maximise the space, they place it here. bukak pintu terus nampak the sink.


this one is bahagian tandas. 2 partition, one for business purpose


another side is for another business purpose. hehe. 

Oh ya, tandas dia a bit see thru oki. Kalau u sejenis segan orangnya, jangan risau sebab they provide curtain to divide between the toilet area and also katil. 

Iron pun di sediakan by the hotel. Since the hotel room size is a bit small, they provide one iron room for all the guests. I bagi plus point here sebab they provide us with steam iron!! hehehe yay! so easy nak iron baju.

DID YOU GUYS KNOW THAT THE TV GOT A CHROME CAST FEATURE? MASHAALLAH SUPER BEST YA. We got to layan horror movie at night lepastu bangun pagi i sambung layan my kdrama. Best stay ever 😜

I belanja some of the hotel interior below oki?








The checkout process was easy as well. Letak je our room card, then bila all clear terus auto-checkout. Paling best the room card boleh bawak balik. Next time dtg u can use the same card. Best kan? 


I guess, there will be next time inshaAllah. both of our parents were excited when we told them about the high tech room. They were amazed when I told them the price is only for RM130/night hehehehe. You guys should come too! Parking freeeeeee 😚

p/s: we did some kimchi hunting at night with my sister's scooter. Best amat strolling around bukit bintang area.

Thursday, 27 January 2022

My 2021 recap

Hi All, Assalamualaikum 💗

I left 2021 with less than 30 entries; where most of it was for review purposes, my makan makan trip and some jalan jalan trip.

I had fun with my 2021. Banyak momen best yang we created eventho covid spike badly first half of 2021. But Alhamdulillah i merasa la WFH for 2 months. Banyak aktiviti boleh buat during that time with my little family. Thank you Allah swt.

Maybe ada yang tertanya.. why 2 bulan WFH? Bukan lama ke WFH? Well I work in an industry that needed me at the site. Walaupun..... so itulah sebabnya. Masa kes naik mencanak tu baru office I close for 2 months.

Yang paling hepi mestilah si kecik tu. Kalau tak she always wonders why ibu need to work when covid is everywhere at that time.

My life is good

My family is happy

My work is stable

--- that's what matters most :)

Maka, moh create more beautiful memories for 2022. Hidup tak lama, maka janganla sesakkan fikiran with all those tiny little thing if possible. Pesanan khas buat diri sendiri sebenarnya hehe. 

Enjoy more and pray moreee! 

Bismillah 😻

Tuesday, 21 December 2021

Bonnisan Himalaya bantu selera makan Icha

Assalamualaikum 💗

Baru baru ni icha tak sihat. Lamaaaa.. Icha jarang jatuh sakit. Tiba tiba kalini lebih seminggu icha sakit which is definitely di luar kebiasaan. From an active girl to a girl yang passive. Hati ibu mana la yang tak risau kan?

Dari si kecik yang makan banyak to makan just because she had to sebab kena makan ubat. Berpusing perut ibu risau. Sampai tokwan opah pun dok suruh sabo sebab ibu risau tak habeh. Hati tisu sungguh ibu ni walaupun ibu kuat membebel 😝

Alhamdulillah lepas seminggu icha getting better but the problem is selera makan pulak kejap okay kejap tak okay. Knowing icha, she is a good eater. Bukan picky eater at all kecuali masa baby haha. Tu ibu riso lebih tu. Just in time Bonnisan reach untuk ibu cuba bagi pada icha. 


Mungkin some akan cakap, budak tak sihat memang selera makan takde.. lama lama okay la tu. Kan? Masalahnya icha dah sihat cuma selera makan hilang ditiup angin. Sebelum terus hilang selama-lamanya di tiup angin.. pantas je ibu bagi try cari jalan. Bak kata orang, moh usaha sebelum give up.

Kalau kata sedap tu nampak beno le nipunye kan. Nama pun nak merawat, for sure akan ada that taste yang anak tak berapa gemo. Tapi demi misi nak selera makan icha kembali, ibu gagahi juga lah walaupun drama mula mula tu. Sukatan untuk minum Bonnisan seperti berikut oki. Anyway, boleh agakla sebab apa drama tu terjadi kan? 😬

  • Infant up to 1 month > 2.5m
  • 1 month to 6 months > 5ml
  • 6 months to 3 years > 10ml

Lepas seminggu, icha's appetite slowly datang balik. Phewwww.. lega ya partner makan ibu dah kembali! 😆

Sebelum i lupa, i share antara kandungan bahan dalam Bonnisan Himalaya ni:

Minyak Dill (Anethum sowa), Guduchi (Tinospora cordifolia), Himsra (Capparis spinosa), Pippali (Piper longum), Amalaki (Emblica officinalis), Kasani (Cichorium intybus), Kasamarda (Cassia occidentalis), Haritaki (Terminalia chebula), Ela (Elettaria cardamomum), Biranjasipha (Achillea millefolium), Jhavuka (Tamarix gallica), Gokshura (Tribulus terrestris), Punarnava (Boerhaavia diffusa) dan kesemua khasiat dari herba ini dapat membantu menyihatkan usus dan memberi kesihatan yang baik kepada anak.

Untuk yang ada masalah sama macam icha, bolehla cuba. Kita usaha oki? Ni pun salah satu cara usaha untuk bagi selera makan anak datang balik. For my case.. I pun tak tahu whether serasi untuk icha or tak at the beginning. Luckily it suits icha well. Alhamdulillah..

Kalau nak cuba boleh rujuk details bawah ni oki 😊

Saturday, 27 November 2021

Harm Reduction: Pernah dengar tak?

Assalamualaikum 💗 

Harini nak berkongsi tentang Harm Reduction atau lebih spesifik tentang "Tobacco Harm Reduction", pernah dengar tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel di bawah ni oki. 

Harm Reduction ataupun Pengurangan Kemudaratan. 

Ia merupakan satu prinsip dalam memberikan alternatif disamping membenarkan pengguna untuk mengambil langkah yang lebih komprehensif tanpa membelakangkan fakta. Tak kisah dari sudut untuk mengurangkan ataupun menghapuskan aktiviti yang memudaratkan seseorang mahupun satu kumpulan.  

Mengikut Harm Reduction International (HRI), pengurangkan kemudaratan dikaitkan dengan pelbagai topik kesihatan dan praktis masa sosial masa kini. Ini termasuklah merokok, pengambilan ubat ubatan, pemakanan dan sebagainya. ini juga untuk membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah positif dalam hidup mereka. 

Dengan pengurangan kemudaratan, pengguna tidak akan terdekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif baru demi kesinambungan kehidupan mereka. 

Dalam banyak banyak kemudharatan yang disebut, artikel kali ini nak fokus kepada si perokok. Jadi, apa itu Tobacco harm reduction (THR)? Ia dipercayai sebagai satu langkah alternatif untuk mengurangkan kadar tembakau yang digunakan oleh si perokok atas sebab menghilangkan nikotin (yang dihasilkan daripada tembakau) secara keseluruhan adalah sesuatu yang sukar dicapai. Jadi, misi utama pengurangan kemudaratan tembakau untuk membantu si perokok untuk bertukar ke satu alternatif baru kurang berbahaya. 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, proses menegur perokok untuk mengubah tabiat mereka itu bukanlah mudah. Malah ia merupakan satu situasi yang melibatkan emosi dan juga tenaga yang berpanjangan. Tanpa sedar si perokok, mereka sebenarnya menjejaskan kesihatan orang disekeliling atas aktiviti mereka itu. Malangnya, fakta sebegini tidak menggoyahkan si perokok untuk meneruskan aktiviti ini atas sebab "ketagihan". Pernah dengar rokok mengandungi tar? Saya pasti ramai dalam kalangan kita pernah dengar benda sebegini. Ia bukan sebarang omongan kosong. Ya, Tar itu ada. Tar itu memang wujud sebagai salah satu bahan dalam rokok. Cumanya, bukanlah Tar jalan raya seperti yang dimomokkan oleh orang ramai. 

Ia mengandungi Tar yang membuatkan gigi dan jari jemari si perokok bertukar menjadi kuning. Untuk yang hidup bersama perokok, pasti boleh nampak perubahan ketara ini pada mereka. Boleh lihat lanjut gambar di bawah informasi yang lebih lengkap mengenai Tar 😊


Jadi, apakah langkah alternatif yang boleh kita cuba lakukan?

Sekiranya masih memilih untuk menggunakan rokok tembakau, sila pastikan sisa asap dicuci. Bagaimana caranya? Selepas merokok, pastikan kawasan sekitar di lap bersih dan baju yang dipakai di basuh dan ditukar sebelum berjumpa orang ramai. Ini kerana, sekiranya asap rokok dan debu terdedah kepada orang lain, ia bakal mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sila pastikan juga lokasi merokok jauh dari orang ramai. Ia bakal membawa masalah kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok secara terus dari si perokok. Ia dikenali sebagai "perokok pasif". Bahaya kan? Sila sayangi yang tersayang ya. Jadi mungkin lebih baik untuk beralih kepada alternatif yang tidak melibatkan proses pembakaran seperti contoh rokok elektronik atau ‘heated tobacco’. Memandangkan alternatif yang disebut ini tidak melakukan aktiviti membakar, (ini kerana hanya wap atau ‘vapor’ yang dihasilkan bukannya asap yang berbahaya seperti karbon monoksida), ia akan mengurangkan kadar bahaya kepada diri si perokok dan orang sekitarnya.  

Jum saya kongsikan beberapa contoh alternatif yang boleh dicuba!

E-Cigarettes (contoh: Vape, vape pens, e-hookah, e-pipe, e-cigars)

Ia adalah sejenis alat yang dioperasikan menggunakan bateri tanpa kehadiran tembakau. Dengan memanaskan sejenis cecair, yang mengandungi bahan seperti bahan kimia, perisa tiruan dan juga nikotin. Tapi sekiranya ingin memilih cecair tanpa nikotin, ia juga turut ditawarkan.  

Heated Tobacco Products (HTPs) (contoh: IQOS, Ploom TECH, PAX, Glo) 

HTPs are peranti yang menggunakan sistem pemanas berkuasa bateri untuk memanaskan tembakau untuk menghasilkan nikotin. Tidak seperti rokok, HTP tidak membakar tembakau, tetapi seperti namanya, memanaskannya sebelum membenarkan ia mencapai titik pembakarannya.

Nicotine Replacement Therapy (NRT) (contoh: Nicotine infused products such as gum, patches, lozenges, inhalers)


Kaedah yang biasa digunakan, diluluskan dari segi perubatan yang mentadbir nikotin kepada pengguna tanpa bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam tembakau. NRT datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan bentuk, direka untuk membantu mereka yang berhenti merokok - terutamanya mereka yang mengalami gejala pengeluaran nikotin yang teruk. NRT boleh didapati secara meluas di farmasi.

Smokeless Tobacco (Contoh: Snus, snuff tobacco or chewing tobacco)

Tembakau tanpa asap membekalkan nikotin tanpa pembakaran tembakau dan ditadbir sama ada secara lisan atau hidung. Oleh kerana ia tidak melibatkan pembakaran tembakau, oleh itu tidak menimbulkan resiko tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan. tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan.

Dengan beberapa alternatif yang tersedia, perokok mempunyai peluang yang banyak untuk memilih pilihan yang mana untuk membantu mereka mengurangkan bahaya tembakau dalam hidup mereka. Paling utama, pilih sesuatu yang kena dengan pilihan dari segi tekstur, rasa dan juga pengalaman menggunakannya. Jangan risau, kerana kesemua pilihan yang disebut di atas, mudah didapati di pasaran kini. Sebelum lebih banyak lagi penyakit yang akan dikaitkan dengan si perokok, sekarang merupakan masa yang sesuai untuk berhenti merokok. Anda pasti boleh! Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website HAA’s website (https://haahub.com.my) #TobaccoHarmReduction

Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website  HAA’s website (https://haahub.com.my

#TobaccoHarmReduction

Tuesday, 23 November 2021

Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka

Assalamualaikum 💗

Lama tak singgah menulis dekat sini. Kerja hakiki dekat ofis menimbun tak sempat mak nak tarik nafas. Lepas satu satu kijo mak kena settle ngalahkan boss. Eh. Membebel sini pulak eh ko. Haha. Niat asal nak sambung cerita ke melaka. Apa pulak la sis makan kali ni eh. Setiap kali ke Melaka, list kedai makan panjang berjela sampai husband i amazed cmenae i boleh dapat senarai kedai makan ni haha. Kalau berjalan dengan sis confirm takkan blur nak makan mana 😋

Anyway.. Kalini try makan Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka. Recommended by my contest friend Seha. Thanks babe!

Sebelum ni i singgah kedai ni tapau kuih je. Banyak gila choices kuih dekat sini. Penggemar kuih melayu macam i dengan icha memang suka laaaaa. Siap rambang mata haha. Cumanya.. Tak pernah perasan langsung asam pedas dekat kedai ni walaupun setiap kali dtg kedai ni memang penuh dengan manusia. Ke sis memang sejenis tak pandang kiri kanan eh?! 😅 So lepas dapat suggestion, i ajak husband lunch sini. Musim musim covid ni, i takut sikit nak makan kedai yang ramai org. Kedai ni on that day memang cramped with people. Maka moh le tapau makan dekat hotel je oki.

Jemput tengok menu of the day:


Nasi putih
Asam pedas daging tetel
Asam pedas ikan pari
Kangkung belacan
Ayam golek 
Laksa (beli dari kedai lain tapi tak sedap sis emo)


Ni asam pedas ikan pari. MashAllah sedapppp. Kena dengan tekak kami. Takda rasa asam pedas yang pelik (which i cannot explain in words lah asam pedas pelik tu macamana tapi kalau korang makan asam pedas tak sedap mesti emo haha). Ikan pari sedap and fresh! I always terkena ikan pari rasa weird tau. So dekat sini i bagi tambahan bintang dekat ikan pari  hehe. Cukup rasa masam pedas semua. Korang boleh try k!


Lagi satu asam pedas we try was asam pedas daging tetel. This one was mine. Sebenarnya i nak asam pedas telur mayong sadly dekat sini takda jual. Kempunan i sampai today (kena repeat melaka lagi ni nampak gaya 😆). Anyway asam pedas ni pun sedap. daging dia cair dalam mulut gitu. Lembut and kuah dia pun sedap. 

If I kena choose between these two, I akan choose daging tetel lah. Love it!

Oh lupa, lepastu i ada add on sayur. I order kangkung belacan. Yang i dapat was sedikit kangkung with sedikit kobis dan carrot. More like sayur campur to me. Portion dia pun sikitttt. Tapi sebab the taste was okay, and we weere hungry habis di makan walalupun dok wonder haha.

Sebenarnya i dah tak ingat berapa harga semua ni in total. Tapi owner ada tampal siap siap dah harga dekat kaunter kedai masa nak order. So bolehla refer siap siap oki. We definitely will repeat incase ada telur mayong in the future. If not, kena makan kedai lain lah. Sebab melaka ni ada beratus kedai asam pedas nak kena try. kalau asyik repeat the same kedai rasa rugi pulak trip ke melaka. Logik kan? Siapa boleh relate macam i? 😆

p/s: Ayam golek beli dekat stall di kedai perhentian ujong pasir jugak. Kedai ni ada konsep stall stall kecik. I beli ayam golek dekat pakcik ni. Murahh tapi i lupa harga....again haha. I ambik ayam separuh and it was so good. Juicy betul ayamnya. Sedapppp. Berbaloi beli! This one oso can try oki.