Tuesday, 21 December 2021

Bonnisan Himalaya bantu selera makan Icha

Assalamualaikum 💗

Baru baru ni icha tak sihat. Lamaaaa.. Icha jarang jatuh sakit. Tiba tiba kalini lebih seminggu icha sakit which is definitely di luar kebiasaan. From an active girl to a girl yang passive. Hati ibu mana la yang tak risau kan?

Dari si kecik yang makan banyak to makan just because she had to sebab kena makan ubat. Berpusing perut ibu risau. Sampai tokwan opah pun dok suruh sabo sebab ibu risau tak habeh. Hati tisu sungguh ibu ni walaupun ibu kuat membebel 😝

Alhamdulillah lepas seminggu icha getting better but the problem is selera makan pulak kejap okay kejap tak okay. Knowing icha, she is a good eater. Bukan picky eater at all kecuali masa baby haha. Tu ibu riso lebih tu. Just in time Bonnisan reach untuk ibu cuba bagi pada icha. 


Mungkin some akan cakap, budak tak sihat memang selera makan takde.. lama lama okay la tu. Kan? Masalahnya icha dah sihat cuma selera makan hilang ditiup angin. Sebelum terus hilang selama-lamanya di tiup angin.. pantas je ibu bagi try cari jalan. Bak kata orang, moh usaha sebelum give up.

Kalau kata sedap tu nampak beno le nipunye kan. Nama pun nak merawat, for sure akan ada that taste yang anak tak berapa gemo. Tapi demi misi nak selera makan icha kembali, ibu gagahi juga lah walaupun drama mula mula tu. Sukatan untuk minum Bonnisan seperti berikut oki. Anyway, boleh agakla sebab apa drama tu terjadi kan? 😬

  • Infant up to 1 month > 2.5m
  • 1 month to 6 months > 5ml
  • 6 months to 3 years > 10ml

Lepas seminggu, icha's appetite slowly datang balik. Phewwww.. lega ya partner makan ibu dah kembali! 😆

Sebelum i lupa, i share antara kandungan bahan dalam Bonnisan Himalaya ni:

Minyak Dill (Anethum sowa), Guduchi (Tinospora cordifolia), Himsra (Capparis spinosa), Pippali (Piper longum), Amalaki (Emblica officinalis), Kasani (Cichorium intybus), Kasamarda (Cassia occidentalis), Haritaki (Terminalia chebula), Ela (Elettaria cardamomum), Biranjasipha (Achillea millefolium), Jhavuka (Tamarix gallica), Gokshura (Tribulus terrestris), Punarnava (Boerhaavia diffusa) dan kesemua khasiat dari herba ini dapat membantu menyihatkan usus dan memberi kesihatan yang baik kepada anak.

Untuk yang ada masalah sama macam icha, bolehla cuba. Kita usaha oki? Ni pun salah satu cara usaha untuk bagi selera makan anak datang balik. For my case.. I pun tak tahu whether serasi untuk icha or tak at the beginning. Luckily it suits icha well. Alhamdulillah..

Kalau nak cuba boleh rujuk details bawah ni oki 😊

Saturday, 27 November 2021

Harm Reduction: Pernah dengar tak?

Assalamualaikum 💗 

Harini nak berkongsi tentang Harm Reduction atau lebih spesifik tentang "Tobacco Harm Reduction", pernah dengar tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel di bawah ni oki. 

Harm Reduction ataupun Pengurangan Kemudaratan. 

Ia merupakan satu prinsip dalam memberikan alternatif disamping membenarkan pengguna untuk mengambil langkah yang lebih komprehensif tanpa membelakangkan fakta. Tak kisah dari sudut untuk mengurangkan ataupun menghapuskan aktiviti yang memudaratkan seseorang mahupun satu kumpulan.  

Mengikut Harm Reduction International (HRI), pengurangkan kemudaratan dikaitkan dengan pelbagai topik kesihatan dan praktis masa sosial masa kini. Ini termasuklah merokok, pengambilan ubat ubatan, pemakanan dan sebagainya. ini juga untuk membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah positif dalam hidup mereka. 

Dengan pengurangan kemudaratan, pengguna tidak akan terdekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif baru demi kesinambungan kehidupan mereka. 

Dalam banyak banyak kemudharatan yang disebut, artikel kali ini nak fokus kepada si perokok. Jadi, apa itu Tobacco harm reduction (THR)? Ia dipercayai sebagai satu langkah alternatif untuk mengurangkan kadar tembakau yang digunakan oleh si perokok atas sebab menghilangkan nikotin (yang dihasilkan daripada tembakau) secara keseluruhan adalah sesuatu yang sukar dicapai. Jadi, misi utama pengurangan kemudaratan tembakau untuk membantu si perokok untuk bertukar ke satu alternatif baru kurang berbahaya. 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, proses menegur perokok untuk mengubah tabiat mereka itu bukanlah mudah. Malah ia merupakan satu situasi yang melibatkan emosi dan juga tenaga yang berpanjangan. Tanpa sedar si perokok, mereka sebenarnya menjejaskan kesihatan orang disekeliling atas aktiviti mereka itu. Malangnya, fakta sebegini tidak menggoyahkan si perokok untuk meneruskan aktiviti ini atas sebab "ketagihan". Pernah dengar rokok mengandungi tar? Saya pasti ramai dalam kalangan kita pernah dengar benda sebegini. Ia bukan sebarang omongan kosong. Ya, Tar itu ada. Tar itu memang wujud sebagai salah satu bahan dalam rokok. Cumanya, bukanlah Tar jalan raya seperti yang dimomokkan oleh orang ramai. 

Ia mengandungi Tar yang membuatkan gigi dan jari jemari si perokok bertukar menjadi kuning. Untuk yang hidup bersama perokok, pasti boleh nampak perubahan ketara ini pada mereka. Boleh lihat lanjut gambar di bawah informasi yang lebih lengkap mengenai Tar 😊


Jadi, apakah langkah alternatif yang boleh kita cuba lakukan?

Sekiranya masih memilih untuk menggunakan rokok tembakau, sila pastikan sisa asap dicuci. Bagaimana caranya? Selepas merokok, pastikan kawasan sekitar di lap bersih dan baju yang dipakai di basuh dan ditukar sebelum berjumpa orang ramai. Ini kerana, sekiranya asap rokok dan debu terdedah kepada orang lain, ia bakal mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sila pastikan juga lokasi merokok jauh dari orang ramai. Ia bakal membawa masalah kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok secara terus dari si perokok. Ia dikenali sebagai "perokok pasif". Bahaya kan? Sila sayangi yang tersayang ya. Jadi mungkin lebih baik untuk beralih kepada alternatif yang tidak melibatkan proses pembakaran seperti contoh rokok elektronik atau ‘heated tobacco’. Memandangkan alternatif yang disebut ini tidak melakukan aktiviti membakar, (ini kerana hanya wap atau ‘vapor’ yang dihasilkan bukannya asap yang berbahaya seperti karbon monoksida), ia akan mengurangkan kadar bahaya kepada diri si perokok dan orang sekitarnya.  

Jum saya kongsikan beberapa contoh alternatif yang boleh dicuba!

E-Cigarettes (contoh: Vape, vape pens, e-hookah, e-pipe, e-cigars)

Ia adalah sejenis alat yang dioperasikan menggunakan bateri tanpa kehadiran tembakau. Dengan memanaskan sejenis cecair, yang mengandungi bahan seperti bahan kimia, perisa tiruan dan juga nikotin. Tapi sekiranya ingin memilih cecair tanpa nikotin, ia juga turut ditawarkan.  

Heated Tobacco Products (HTPs) (contoh: IQOS, Ploom TECH, PAX, Glo) 

HTPs are peranti yang menggunakan sistem pemanas berkuasa bateri untuk memanaskan tembakau untuk menghasilkan nikotin. Tidak seperti rokok, HTP tidak membakar tembakau, tetapi seperti namanya, memanaskannya sebelum membenarkan ia mencapai titik pembakarannya.

Nicotine Replacement Therapy (NRT) (contoh: Nicotine infused products such as gum, patches, lozenges, inhalers)


Kaedah yang biasa digunakan, diluluskan dari segi perubatan yang mentadbir nikotin kepada pengguna tanpa bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam tembakau. NRT datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan bentuk, direka untuk membantu mereka yang berhenti merokok - terutamanya mereka yang mengalami gejala pengeluaran nikotin yang teruk. NRT boleh didapati secara meluas di farmasi.

Smokeless Tobacco (Contoh: Snus, snuff tobacco or chewing tobacco)

Tembakau tanpa asap membekalkan nikotin tanpa pembakaran tembakau dan ditadbir sama ada secara lisan atau hidung. Oleh kerana ia tidak melibatkan pembakaran tembakau, oleh itu tidak menimbulkan resiko tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan. tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan.

Dengan beberapa alternatif yang tersedia, perokok mempunyai peluang yang banyak untuk memilih pilihan yang mana untuk membantu mereka mengurangkan bahaya tembakau dalam hidup mereka. Paling utama, pilih sesuatu yang kena dengan pilihan dari segi tekstur, rasa dan juga pengalaman menggunakannya. Jangan risau, kerana kesemua pilihan yang disebut di atas, mudah didapati di pasaran kini. Sebelum lebih banyak lagi penyakit yang akan dikaitkan dengan si perokok, sekarang merupakan masa yang sesuai untuk berhenti merokok. Anda pasti boleh! Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website HAA’s website (https://haahub.com.my) #TobaccoHarmReduction

Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website  HAA’s website (https://haahub.com.my

#TobaccoHarmReduction

Tuesday, 23 November 2021

Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka

Assalamualaikum 💗

Lama tak singgah menulis dekat sini. Kerja hakiki dekat ofis menimbun tak sempat mak nak tarik nafas. Lepas satu satu kijo mak kena settle ngalahkan boss. Eh. Membebel sini pulak eh ko. Haha. Niat asal nak sambung cerita ke melaka. Apa pulak la sis makan kali ni eh. Setiap kali ke Melaka, list kedai makan panjang berjela sampai husband i amazed cmenae i boleh dapat senarai kedai makan ni haha. Kalau berjalan dengan sis confirm takkan blur nak makan mana 😋

Anyway.. Kalini try makan Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka. Recommended by my contest friend Seha. Thanks babe!

Sebelum ni i singgah kedai ni tapau kuih je. Banyak gila choices kuih dekat sini. Penggemar kuih melayu macam i dengan icha memang suka laaaaa. Siap rambang mata haha. Cumanya.. Tak pernah perasan langsung asam pedas dekat kedai ni walaupun setiap kali dtg kedai ni memang penuh dengan manusia. Ke sis memang sejenis tak pandang kiri kanan eh?! 😅 So lepas dapat suggestion, i ajak husband lunch sini. Musim musim covid ni, i takut sikit nak makan kedai yang ramai org. Kedai ni on that day memang cramped with people. Maka moh le tapau makan dekat hotel je oki.

Jemput tengok menu of the day:


Nasi putih
Asam pedas daging tetel
Asam pedas ikan pari
Kangkung belacan
Ayam golek 
Laksa (beli dari kedai lain tapi tak sedap sis emo)


Ni asam pedas ikan pari. MashAllah sedapppp. Kena dengan tekak kami. Takda rasa asam pedas yang pelik (which i cannot explain in words lah asam pedas pelik tu macamana tapi kalau korang makan asam pedas tak sedap mesti emo haha). Ikan pari sedap and fresh! I always terkena ikan pari rasa weird tau. So dekat sini i bagi tambahan bintang dekat ikan pari  hehe. Cukup rasa masam pedas semua. Korang boleh try k!


Lagi satu asam pedas we try was asam pedas daging tetel. This one was mine. Sebenarnya i nak asam pedas telur mayong sadly dekat sini takda jual. Kempunan i sampai today (kena repeat melaka lagi ni nampak gaya 😆). Anyway asam pedas ni pun sedap. daging dia cair dalam mulut gitu. Lembut and kuah dia pun sedap. 

If I kena choose between these two, I akan choose daging tetel lah. Love it!

Oh lupa, lepastu i ada add on sayur. I order kangkung belacan. Yang i dapat was sedikit kangkung with sedikit kobis dan carrot. More like sayur campur to me. Portion dia pun sikitttt. Tapi sebab the taste was okay, and we weere hungry habis di makan walalupun dok wonder haha.

Sebenarnya i dah tak ingat berapa harga semua ni in total. Tapi owner ada tampal siap siap dah harga dekat kaunter kedai masa nak order. So bolehla refer siap siap oki. We definitely will repeat incase ada telur mayong in the future. If not, kena makan kedai lain lah. Sebab melaka ni ada beratus kedai asam pedas nak kena try. kalau asyik repeat the same kedai rasa rugi pulak trip ke melaka. Logik kan? Siapa boleh relate macam i? 😆

p/s: Ayam golek beli dekat stall di kedai perhentian ujong pasir jugak. Kedai ni ada konsep stall stall kecik. I beli ayam golek dekat pakcik ni. Murahh tapi i lupa harga....again haha. I ambik ayam separuh and it was so good. Juicy betul ayamnya. Sedapppp. Berbaloi beli! This one oso can try oki.

Thursday, 28 October 2021

Ikan Bakar Alai, Melaka.

Assalamualaikum 💗

Semenjak dah try makan seafood on our last trip to Melaka, we (read as I :p) ketagih pulak nak makan again. So I make sure to eat seafood lah for this trip eventho hubs cannot eat seafood hehe. Kalau nak baca my previous seafood experience in Melaka can read at the link here oki: https://sarafiz.blogspot.com/2020/11/jjcm-melaka-muara-sungai-duyung.html

Kali ni i nak try out new place yang dikatakan famous jugak di Melaka. Bila I google, it turns out ada other few choices yang best. 

Anyway.. I didn't even know why on earth that I choose this place out of many ahahah. So apa nama tempatnya? Ikan Bakar Alai, Melaka.

Ada banyak kedai makan around this area. Dia macam food court style. Mula mula tu i tak perasan sangat kedai ada banyak.. bila dah kena tarik masuk satu kedai ni baru i notice 😅 bahagian luar bersusun kerusi, and bahagian dalam ada bangunan macam foodcourt with places for the shop to cook the seafood.

Macam biasa, seafood kena pilih and timbang. Kedai i makan ni takda option ikan pari ke ikan kembung ke. Memang ikan atasan je dia letak. So i ambik siakap lah. Itupun siakap semua besaq gila. Mintak paling kecik pun takda. Dok risau gimana nak habiskan makan siakap sebsaq alam itu. Makanya redhoooo konsepnya. Lepastu i ambik sotong 2, udang 6 ekor campur kailan satu.

 Jum tengok gambar oki! 

Whole menu spread for that day

Kailan kosong. Takda any garnish kecuali bawang dan sos tiram? Tak berbaloi bagi i. Huhu.

Sotong goreng tepung berharga RM36/ 2 ekor size penumbuk. Kalau tanya i, mahai lah. Tapi sebab yang sampai dekat i sotong goreng tepung bukan cekodok sotong, i bagi lah star for that hehe

Ikan siakap; half i request masak stim. This one sedap! Kuah dia cukup masam pedas and all. Cuma icha kenot go sebab spicy for her haha shiann anak ibu

Udang goreng butter? I rasa ni macam udang nestum instead of butter. okaylah... RM 24/ 6 ekor udang

Another half ikan i request for bakar. Masa mula mula ikan sampai togel kosong takda any sambal. Rupanya kena mention ya kalau nak bakar sambal. Ni pun i mintak dia add sambal. Sambal dia tak sedap. Sekian.

Buah potong RM 10. Okay lah bolehla buat kudap kudap sementara tunggu main dish sampai. Portion besaq kami siap tapau bawak balik.

For us, total makan all tak termasuk buah is RM 92. Harga ni memang lauk dekat atas ni dan nasi putih 3 plate sahaja. Air masak je we ordered. Kalau tanya i, macam kena ketuk pun ada. Sebab masa nak timbang tu i tak tunggu situ terus duduk sebab dia suruh duduk terus. Tapi bila i bagitau my mom harga makanan yang kami makan is RM92 her reply was eh okay la harga tu.

---- and i terus senyap hahahaha.

in conclusion, Ikan Bakar Muara Sg Duyung >>>>>>>>>>>> than this one. Maybe i tersilap pilih kedai. Maybe ada je kedai ikan bakar hat sedap and worth it dekat Alai. Sadly i tak merasa that. 

Mungkinkah akan ada penggembaraan seafood lagi on the next visit? Kita sama sama nantikan oki! 😝

Tuesday, 26 October 2021

Hotel Rosa, Melaka : Deluxe King Room

Assalamualaikum 💗

Berakhir sudah our yearly trip to Melaka. Coming here have been our yearly tradition since icha smol. Sebenarnya.. We should come here early this year tapi disebabkan restrictions due to covid 19 terus drag. We plan for the visit on this coming November awal awal tu.. tengok tengok ada election pulak.. Maka i call the hotel untuk change the date AGAIN. Nasiblah di layan... Maka trip ni sesungguhnya last minit amat. Dapat confirmation on Friday, Saturday terus shoot ke melaka lepas kerja.

Bak kata my husband, #rentasselagiboleh 😂

We choose this hotel sebab tertarik with the interior. Boleh dapat good bargain kalau beli thru shopee.

Link: https://shp.ee/km9rxc7?smtt=0.0.3

Harga yang ditawarkan for 2 night in shopee is actually one night kalau beli in any other website. So, bolehlah cuba this hotel oki. The check in process was smooth. They asked for my name and voila terus boleh check in. Bear in mind ya, kalau check in on weekend ada surcharge RM 100 tak kisah la check in for how many days. I bayar RM100 for 2 night stay. Pihak ROSA even ada remind dalam email masa nak book about this surcharge. Even masa nak purchase voucher thru shopee pun ada mention this tnc.

Okay jum layan gambar bilik yang we booked during our stay.

Icha was over the moon with the room

From the other side of the room

Hubs said: Numbering ni macam squid game kan?

Toilet overview

Shower overview

We were so happy with our stay. Bilik bersih, no weird smell and they even cleaned our room eventho we didn't ask them to. Maybe to some akan rasa they breach privacy.. to us we were happy! haha. Mula mula we contemplate to let them clean our room sebab MALAS. Boleh? Plus tak kotor mana pun. Tapi bila balik je bilik during zohor tu tengok bilik dah dikemas. Sengih happy la kami, hehe.

Okay jum i share some of the interior picture of the hotel oki.

Reception area; located at the 1st floor of the hotel

+ cafe. We ate here for dinner and it was delish! wajib try oki! they are Halal Certified! wohoo!

Bawah ni cafe area. Malam malam lagi cantikkkk

From 6th floor. 

ROSA provide a breakfast buffet for their customer as well. Kalau tak silap i, RM 31-32/ pax. So bolehla cuba kalau berminat. We didn't opt for that choice sebab nak makan breakfast dekat luar. Sadly for those two days stay, we didn't even manage to try out the famous breakfast pun haha. Ni memang petanda kena datang lagi tahun depan 😋

Sebelum i lupa, ROSA ada sediakan parking for their customer oki. So janganlah risau kena parking merata rata ke apa ke kan... and its free! Yay. I bagi sepuluh bintang for this perks. Sebab parking nya takyah berpusing pusing ke basement or ke langit.. memang di ground floor level je. So easy!

p/s: Another 10 brownie point for ROSA sebab sediakan iron dan iron board siap siap dalam bilik. Untuk someone yang memang wajib guna iron during travel, this one sememangnya extra love i bagi hehehe.

Thursday, 21 October 2021

Tunaikan cek di mesin ATM; Kena sign dekat cek ke tak eh?

Assalamualaikum 💗

Disebabkan semalam i baru pergi cash cek di kaunter, maka nak share here cara cara untuk cash kan cek di bank. Semoga post ni membantu korang yang blur blur macam i. Macam macam eh dalam fikiran. Risau duit hilang lah, salah buat lah apelah. Nervous kemain. Luckily all went well and dah settle! Yay. So jum i share here langkah langkah untuk tunaikan cek di bank pilihan anda oki 😄

First thing first masa dapat cek, sila semak nama korang ya. Pastikan ejaan nama penuh dan amaun (RM) pada cek adalah amaun yang betul. Sebelum ni i dapat cek yang ejaan nama i salah. So i kena return and wait for a new one. Nak tunggu cek baru punyalah lama.. hampir terlupa dah sebab nearly setahun 😅

Anyway, lepas dah periksa cek semua okay.. Bolehla tulis nama di bahagian belakang cek. Pastikan nama sama dengan bahagian hadapan cek ya. Isikan juga no akaun bank dan no telefon. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek di tendang. Kalau cek tendang habislaaaa hampaaaa.. 

YANG PENTING SILA SIGN CEK ANDA OKI. 

Part ni la i paling nervous taktau samada kena sign ka dak. Sebab bila baca dari cek tu kalau tukar dari bahagian kotak tu kena sign (ikut fahaman i lah). Tu i dok ulang alik depan bank sebab hesitate whether to sign or not to sign. Last last i pi approach random bank worker yang otw ke kereta tanya. Kesian dia, nervous gila masa i approach tu. Mesti ingat i nak scam dia sebab dalam masa yang sama i tanya soalan tu tangan i dok seluk dalam beg kain tepi i 😅

Anyway.....

Kalau dapat cek CIMB tetapi akaun bank Maybank, you pergi ke Maybank oki. Sila ke bank yang anda miliki akaun simpanan. Bukan ke bank yang tertera di atas cek ya.

Lepas dah settle isi semua, bolehla pi bank. Sila ke bank terdekat dan cari Cheque Deposit Machine seperti gambar bawah ni:

Masukkan cek anda

Tunggu resit anda.

Sila simpan resit untuk rujukan

Simple macam tu sahaja guys. Selesai je all dah bolehlah tunggu duit masuk ke dalam akaun bank oki.

p/s: Lepas je settle masukkan cek dalam machine terus rasa lega lain maciam. 😆Simpan sini so that in the future nak cash in cek senang refer to this entri. Hope this entri bantu you guys as well oki!

T2 - Active Noise Cancellation earbud terbaru dari Sudio!

Assalamualaikum guys! 💗

Helu helu. Kembali lagi dalam rancangan, brand earbud apa yang paling onz kalau sejenis yang telinga sensitif?

Ha, kalau nak tahu kena baca entri ni sampai habis oki geng.

I am among the people yang always ada problem bila pakai earbud/earphone or yang sewaktu dengannya. Confirm telinga akan rasa tak selesa and at the end akan rasa sakit yang i tak reti nak explain macamana. Ada tak yang serupa macam i? Kalau ada you are in the right place lah. Sebab in this entri i nak share an earbud yang buat all those problems wash away. Gitu.

Pernah dengar tentang Sudio tak? Kalau tak pernah, you guys can read my previous entry on Sudio brand dekat link bawah ni

Sebelum ni i pernah cerita kelebihan Nio, now i nak cerita about T2 pula. T2 is the latest earbud collection from Sudio. Banyak new features included in this T2. Tapi sebelum borak panjang lagi, i racun sikit lah the colour. Available in 4 colour: Black, White, Sand, and Jade. Kegemaran i for sure lah sand dengan black. Kalini i choose black sebab i dah ada sand colour before. Mengancam betul warnanya 😍

This is mineeee 😍

--and these are the colour range for T2. Love kan?

Kelebihan T2 yang buat i suka sangat. Jum!

  • Up to 35 hours of battery life, 7.5 hours in a single charge.

Kalau korang sejenis tak rajin nak charge berkali kali, this earbud definitely suits u. Boleh tahan lebih sehari sekiranya guna secara berterusan. Kalau macam i jenis pakai kejap kejap boleh tahan sampai seminggu. So memang convenient dan memudahkan kerja. Kalau tiba tiba bateri habis pun jangan risau, dengan 10 min durasi caj boleh kembalikan bateri earbud dan zas boleh guna for 2 hours! Best kan? 

So fast one lehhhh... charge T2 in that split second can get that long 2 hours ady? Amazing!

  • All-day comfort to the ear

After 17 iterations, searching on two continents, and being tested on over 400 ears, Sudio T2’s newly shaped ear tips offer the perfect balance of fit and comfort for any ear size from XS to L. 

Ha menarik kan? Takkan ada episod sakit telinga, rasa tak selesa ke apa. Tak kisah la shape apapun telinga uols, pasti selesa inshaAllah. Sebab Sudio team dah di try T2 ni dekat lebih 400 telinga oki?! Bolehla dengar lagu or layan movie lama lama sambil pakai earbud tanpa rasa cranky yay.

Features yang paling I suka for this T2 is  Active Noise Cancellation (ANC)!

Kalau nak tahu, setiap Sudio T2 earphone ada dual beamforming microphone array, one mic pointed outwards to capture the ambient surroundings, and one mic pointed towards your mouth to capture your voice. 

From Sudio's website: "Sudio T2’s internal digital signal processing algorithm analyses the sound waves and reduces ambient noise. So your voice always comes in loud and clear. Sudio T2 creates a deeper, more immersive listening experience by analysing ambient noise and generating anti-frequencies in real-time. That’s the power of Sudio T2’s feedforward active noise-cancelling technology. Noise is cancelled before it even reaches your ear. Block out ambient distractions wherever you are, whether commuting on transit, out for a walk, or at home"

Jadi takkan ada episod kita boleh dengar orang sebelah membawang sambil kita dengar lagu. Hehehe talking from experience ni. With this T2, bolehla enjoy our own sweet time listening to songs, movies or even podcasts. 

So sooooo in love with this. Memang i mencari earbud yang sebegini rupa. Finally, i found u, T2! 💗

By the way,

Harga untuk T2 earbud ini ialah MYR 549.

 But.. Did you guys know that you can get it for MYR 466.65? 

Ha kalau nak dapat this best deals, buka website https://www.sudio.com/my/ , masukkan kod diskaun "SARAT2" and you will get 15% off instantly! Best kan? Use it wisely oki. This discount code is specially made for my blog readers 😘 With 3 years international warranty with Sudio SPHERE!

p/s: I pernah facing an issue with my earbud from Sudio, and it was so easy to ask for a replacement. They just want to see a proof (ie: making short clips on the problem you encounter) show your receipt and voila! The new replacement is on the way. Kudos to the team for their amazing assistance in claiming the warranty.. So no worries oki!

Friday, 8 October 2021

JJCM: Dimsum Buffet di Eastin Hotel PJ.

Assalamualaikum 💗

Kalini I nak share tempat makan sempena my birthday staycation last week. Kami makan buffet dimsum di Ee Chinese Cuisine di Hotel Eastin PJ. I ada baca banyak good review about this place, so i  ajak husband makan here. Parking free tak perlu bayar  since kami stay di hotel ni. Kalau orang luar yang datang mainly to eat, i think the parking fee mahal sikit.

Sebelum i proceed with my story.. Last two years i ada update yang i pernah makan buffet dimsum dekat Hotel Bangi. Boleh baca review i di sini https://sarafiz.blogspot.com/2020/02/dimsum-buffet-lunch-bangi-resort-hotel.html

Kalini i tempted untuk cuba makan dimsum di Eastin Hotel PJ pula. Please book early oki sebab walk in usually tak da kekosongan. I nasib baik a day earlier tu i pi turun bawah direct ke restoran ni. Niat di hati nak makan for dinner rupanya dimsum buffet available for lunch je. Mula mula tu dah fully booked jugak.. tp Alhamdulillah ada rezeki last minit sebab ada yang cancel booking.

Ini sebenarnya our second round of dimsum spread hehe

Jum i share gambar makanan yang sempat i tangkap last week!


Prawn dumplings

Verdict: Hat ni i tak sempat nak try sebab icha dah habiskan all by herself. But i guess mestila sedap kan sebab anak i boleh habiskan all? Try k!

keratan rentas dalam roll ni. I rasa ayam kut? 

Seaweed beancurd spring roll

Verdict: It was so good! I dapat roll ni masa tengah panas panas lagi. So memang puas hati lah masa i makan. I sempat makan seketui je,lagi dua husband i makan. He approved the sedapness as well. Try oki!


Stuffed dried fish maw

Verdict: Okay lah for me. Bahagian atas tu isi ikan and bahagian bawah is tofu. I dont fancy it but i can eat it. Gitu. 


Fried radish cake with duck egg & chives

Verdict: I tak sure what to expect from this dish sebab usually i jumpa all non halal. Ni first time i makan and i LOvEEEEeeee it! Sedappp. Boleh rasa char dekat radish cake as well. Finish all sekelip mata. Order oki!


Herbal Jelly

Verdict: Also dunno what to expect, but eager to try sebab selalu nampak dalam mall kedai chinese juai. SIapa pernah makan cincau? Ha tu rasa dia. With herbal smell and also bitter aftertaste. Can try kalau ada rasa curiosity macam i. Tak try pun takpeeee hehe.


Crispy chives prawn dumplings

Verdict: Sedapppp! Plus point is dumpling ni sampai panas panas. Kalau suka makan sayur this one wajib order oki. Penuh kucai je dalam dumpling ni. Sedap!
(ps to my husband: ada udang dalam ni, u eat two of this! 😂)


Chicken & Prawn Chee Cheong Fun

Verdict: Finger licking good! Ni menu yang wajib order. Satu pinggan sorang memang tak cukup. Husband makan chicken, he gives double thumbs up. Icha makan prawn also gives double thumbs up. Please give it a try oki!


Glutinous rice with chicken mushroom

Verdict: I DONT LIKE IT. Ada udang kering and the taste is weird. I pernah rasa dekat mohd chan which was nicer than this one. But kalau u suka udang kering, can try this dish oki.


Chilled Avocado with Mango puree

Verdict: Just the normal puree with fruits taste. Kalau tak suka avocado macam i, toksah order na. Mango tu sedap, icha habiskan. 


Chicken feet with black pepper sauce

Verdict: It was just okay. Lagi sedap kaki ayam dekat bangi hotel yang i rasa last two years. Hubs cannot tolerate this dish haha kesian dia. Maybe sebab ada weird smell sikit kut. Can try kalau suka kaki ayam. If not better try other dish oki.


Crispy veggie chee cheong fun

Verdict: It was so goood! Mula mula rasa sayur nipis nipis then u got that big mushroom chunk towards the end. So sedap! Recommended! Pls try!


Shanghainese Xiao Long Bao

Verdict: Sedap gila! Please la order banyak sikit this menu. Eat it in one bite, akan rasa letusan kesedapan (gituh) sebab ada sup and chicken in it. Wajib order oki. Menu ni we both agree sedap and wajib cuba.


Siew Mai with flower mushroom

Verdict: Sedapppp! Ada udang besaq sekali dalam dimsum ni. I tak sure la siewmai i makan selama ni siewmai jenis apa sebab selama ni ayam je filling yang i makan. Kalini ada udang siap. Ke silap dapat order eh? Sebab i takda rasa mushroom pun. Haha. Tapi.. Memang sedap. Try na!


Chicken dumpling with spicy sauce

Verdict: It was just okay.. Sauce dia pedas manja je. Ada kacang sekali dalam kuah tu. By the way.. Dish ni ada udang tau. Nama je chicken tapi ada campur udang. So hati hati la incase ada yang allergic seafood macam husband i. Dish ni okay lah not bad. Can give it a try oki!


KORANG, NI WAJIB LA ORDER BANYAK BANYAKKKKK

Egg tart

Verdict: Seriously sedap gila. To be honest, im not a fan of egg tart. Sebab i pernah terkena yang rasa horror. This time around I saja je order. Tak sangka turned out to be super good. The shell was flaky (which I like) and the filling was delish. I makan ni last sekaliii which was a bad decision lah sebab i dah kenyang gila waktu ni sebab kalau makan awal boleh order lagi. Hahahahah. Kenyang kenyang pun i managed to eat all (okayla one bite i bagi husband i rasa, aci la kan haha). So please order this one kalau tak for sure menyesal!!

i cakap dekat husband i, fish skin ni dekat luaq orang juai kemain mahai tau

Grouper fillet with crispy fish skin

Verdict: Sedapnya mashaAllah. Antara menu terawal yang sampai atas meja. Hubs loves the fish skin, while icha love the porridge. Bertambah tambah dua dua makan. Rasa bubur ni sebijik macam bubur ibu i masak masa i kecik. Korang wajib try k!


Durian puffs

Verdict: Rapuh tapi inti dia bukan durian paste. Tak sure apa but not to our liking. 


Double-boiled peach jelly with red dates

Verdict: It was goood. Order dua kali sebab sejuk sejuk masuk tekak fuhhh nice. You should try this one oki. Ada red dates, jelly, lotus seed dalam dia. Loveeee!

Semua dish yang sampai dekat kami on that day were steaming hot. Memang panas panas from kitchen straight to our table. Kalau yang suka makan panas panas berasap mulut macam i memang akan bagi plus point dekat part ni. Hehehe. Makanan pun semua fresh. Kalau yang pandai rasa food boleh tahu food tu reheat or masak baru. In this case i boleh cakap semuaaa rasa fresh! Loveeee 😍

Here are some random photos from that day. 

Icha with her porridge.

Suasana dalam restoran

Hallway to the restaurant

Menu list. Boleh tanda from here oki.

Icha & Ayah

Menu book!

Price per pax / Chrystanthymum per pot RM 12 ke RM6 tak ingat / Total was RM 131+

I puas hati makan sini. The only downside eating here was lepas makan kami ngantuk gila. Jadi daripada misi nak JJCM terus abort mission. Shoot balik rumah and tidur sampai petang! 😆

p/s: Masa nak bayar tu i terkejut la air teh kena bayo jugak. Dua pot pulak tu kami minum haha.