Assalamualaikum 💗
Harini nak share new place where you can eat satay in Kajang. I dah banyak kali nampak a few of my friend dekat instagram tunjuk tempat makan ni. Cumanya I taktahu the location. Bila waze rupanya dekat bandar kajang betul betul.
Since weekend takda buat apa, I ajak pi makan petang dekat luar. Nak jadi cerita kan.. few days before nak pi sini I ada forward link kedai makan best area bangi dengan kajang. Husband suggest we try satay rono since he saw one of the link yang I bagi tu ada kedai ni. Jangan memain eh makan petang satay. So extra! 😆
Masa datang tu husband siap cakap, kalau tempat crowded taknak singgah sebab risau covid. Bila nampak je signboard rono terus jaw drop. Besaq gila kedai ni! Orang pun tak ramai mana sebab bukan peak hour.
Main reason datang sebab nak makan satay. Tapi macam pelik kalau I tak order benda lain selain dalam plan. Definitely not me! Hahaha. So I tambah mee hailam satu sebab tengok gambar dalam menu tu teringat mee hailam I makan masa kecik kecik.
I rasa kan ada banyak makanan dekat sini sebab i nampak ada yang order western food semua. Masa i pergi that day pun i tengok ramai order makanan berkuah. Maybe i can try those menu pulak lepasni.
Jum I share gambar makanan oki.
1. Satay ayam (RM1.06/pc)
I paling pantang la makan satay ayam kalau setakat isi semata mata. Boleh buat I emo 5 saat sebab lepastu I continue makan haha. Untuk satay rono I suka! Sebab ada rasa lembut lembut instead of isi ayam yang keras tu semata.
2. Satay daging (RM1.48/pc)
Sedap! I suka satay daging. Mind you, I masa kecik anti satay daging sebab I selalu dapat satay daging liat macam nak tercabut gigi bila gigit. Bila dah makin tua ni, I always choose daging >>>>> ayam. Faktor usia mungkin 😆
3. Satay kambing (RM1.91/pc)
First time I makan satay kambing seumur hidup. Sadly, I tak suka rasa satay ni sebab ia terlalu kambing. Bau dia menusuk betui. Padahal I suka je makan kambing tau. Satay ni je I takleh nak telan. So husband I pun dengan gembiranya tolong habiskan 😂
4. Mee hailam (RM 8.50/plate)
Sedap gila makan mee hailam dengan cili jeruk. I jarang jumpa cili jeruk yang pedas, luckily rono give the best cili jeruk! Berpeluh makan sebab pedas. Tapi pedas yang menggembirakan. Faham tak? >< walaupun mee dia tak sama macam gambar and I sedikit kecewa takpelah. Cili jeruk dah buat I happy balik! Dasar hantu cili 😝
6. Nasi lemak (RM1.00/pc)
Nasi lemak ni self-service. Ada siap siap dah atas meja makan. So makan la berapa banyak pun nanti just bagitau cashier je. Don’t judge a nasi lemak by its size oki? Sambal ni pedas gila. Bolehla nak basahkan tekak dengan nasi lemak ni sebelum satay sampai :p
Lupa nak habaq, kalau takeaway kuah kacang kena charge. I ingat nak makan pun kena charge kuah kacang sebab dekat menu ada tulis kuah kacang RM 2. Nasib adik kaunter bagitau kalau makan sini free je kak.
Maka i bertambah la makan kuah kacang. Thank you dik!
Sedap k kuah kacang rono. But still takleh lawan kuah kacang samuri lah. That one paling sedap so far hihi. Price wise, i rasa rono mahal sikit from the normal satay. Tapi sebab it was good, i rasa maybe in the future i akan repeat datang sini lagi 😋
p/s: They use contactless method (I tak sure la sebab covid ke memang they use this system dari dulu) to order. They provide us with menu dan kertas . Just tulis makanan/minuman yang kita nak and terus ke kaunter untuk buat bayaran.
No comments:
Post a Comment