Saturday, 26 December 2015

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Last few days family kite datang dari perak nak lawat kawasan kite and husband duduk. First tetamu yang datang since duduk rumah sini and mestila banyak kurang dia :p ayah nak minum air pun gula tarakkkk.. Haha boleh bayang tak rumah kami ni memang serba serbi takda. Yela kan dah both kerja balik kerja masak untuk makan malam, then makan malam sambil tengok movie then zass tido. Memang tak sempat cek apa yang dah habis. Tambah lagi husband jarang minum air panas selain susu panas. Haha redha je ayah ibu dengan perangai anak dia ni -.-

Since kami pun baru lagi dekat kelantan and banyak tempat tak sempat explore including tempat makan maka kami berdua blur nak bawak pi mana. Huhuhu maka kami google je and tanya kawan ofis mana tempat best. Antara suggestion termasuklah restoran ulam cikgu. Review dok kata sedap.. So kite and husband decide bawak makan tengahari sini ja. Oh restoran ni ada dua cawangan satu dekat pekan KB, satu lagi dekat pengkalan chepa. Yang kite pi ni pengkalan chepa :)


Dari rumah kite it takes around 20 minutes to arrive. Sampai je restoran ni full house betui. Semua meja penuh. Nasib masa kami sampai satu family baru ja habis makan so kami ambik tempat dorang. Konsep restoran ni layan diri termasuk sekali minuman. So bangun dan layanlah diri anda sendiri mihihi.. Lauk dia tak banyak variety for me. Sebab they serve ulam a lot -- which is why nama restoran ni restoran nasi ulam cikgu. Main dish dia ayam goreng, ikan keli goreng, ikan jaket, ikan merah goreng garing, ayam masak merah,asam pedas ikan, gulai ikan, ikan singgang dan satu je lauk sayur yang berkuah (ni antara lauk yang ada masa kite datang that day) At first kite macam pelik takkan ni je lauk yang ada? Sebab kite expect ada paru berlado, sayur pucuk paku masak lemak, siput sedut masak lemak, ikan bakar dan semua jenis masakan kampung yang biasanya dijual for lunch but sadly NO. Takda ya semua tu dekat restoran ni.. Bila kite risik risik, memang ini je lah menunya. 

Satu meja ni je penuh all kind of ulam termasuk budu and sambal belacan.
Jadi ibu, adik adik kite and kite ambik ulam ulaman, budu sedap, sambal belacan yang super pedas, kepala ikan merah yang super garing which is sedap, ikan jaket sumbat cili which mainly isi dia adalah bawang, ikan masak asam pedas, kuah kari, air teh ais and tembikai. In total cost us rm34. Ayah kite cakap harga dia was okay so yeah.. 2 bintang from ibu and 3 bintang from daddy. Because we expect something bigger than this as we hunting for makan kampung macam kami biasa makan.. Torkono eh den :p muehehe. Anyway, taste wise dia okay.. InshaAllah. Bolehla korang try sebab sedap dan harga restoran ni reasonable! 😉 

 okay bai, Assalamualaikum! ♥

* Updated: Kite pergi another branch dekat kampung kraftangan located at the centre of KB. This time around datang with sv and his wife. Dekat situ best! Maksud kite the environment totally berbeza dengan dekat pengkalan chepa. luassss.. dan dekat sini nasi ulam cikgu ada dua part and both tempat luas ;) untuk mudahkan  diri dan lari dari sesak, avoid lunch hour. Datang awal sikit, inshaAllah selesa makan. :)

Saturday, 12 December 2015

Resepi : ketam cili siram telur

Bahan

Ketam (di cuci bersih) - 5 ekor
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah - 3 biji
Serai - 1 batang
Cili kering (di blend)
Telur - 1 biji
Sos tiram - 2 sudu besar
Sos cili - 2 sudu besar
Kicap cair - 2 sudu besar
Garam (optional)

* Kuantiti boleh di tambah ikut jumlah hidangan yang di sediakan.

Cara masakan
1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang sudah di tumbuk bersama dengan sedikit minyak masak. Tambah air sedikit dalam setengah cawan.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan cili kering yang sudah di blend. Gaul mesra dan biarkan sehingga pecah minyak.
* Tambah serai yang diketuk ke dalam kuali.
3. Tambah sos tiram, sos cili dan kicap cair. Biarkan sekejap selama beberapa minit dengan api perlahan
4. Tambah air - ikut kuantiti yang di inginkan. Sebab ada yang minat kuah ada yang tak. So tambah ikut kesukaan masing masing ya :)
5. Masukkan ketam dan gaul rata. Untuk lebih mudah, ketam bertukar warna merah menunjukkan ketam sudah masak :)
6. Perlahankan api, pukul telur dan siram ke atas ketam. Gaul hingga mesra dan tutup api.
7. Makanan sudah sedia untuk dihidangkan!



Simple kan? Yet so easy peasy like kacang peace yo. Makasih mak martuakuuuu atas resepi super mudah. Kihkih. Selamat mencuba uols! ♥

Thursday, 12 November 2015

JJCM Kelantan : ABC restoran ikan bakar kukup

Last saturday, husband cakap jumla kite pi jalan jalan around kelantan or go to the mall untuk ambik angin. Sebab tiap kali weekend husband and I habiskan masa dekat rumah, spent time tengok movie sama sama atau kemas rumah. Sebab weekend ja ada banyak sikit masa untuk buat semua tu. Kalau weekdays basically hidup mostly dekat pejabat. Since movie dah tengok, rumah da kemas maka solusinya ayuhlah hirup udara luar sat. 

So, mulalah seorang maisarah mencari lokasi jjcm. Malas nak jalan dalam mall sebab tak rasa nak window shopping. Dan dalam kepala dah aim nak makan ABC sebenarnya :p Salah satu tempat yang orang suggest pi makan ABC ni dekat restoran ikan bakar kukup area kota bharu and dekat je dengan rumah. Kami pi lah berdua, nasib suami kite pun layan ja kite ni nak pi makan sini kihkih. Ambience kedai ni best! Tepi jalan besar tak payah susah susah nak masuk dalam lorong kecik ka apa untuk sampai. Gambar tak sempat ambik sebab dok khusyuk makan ABC super sedap ni. Haha. Anyway, google je nama kedai ni nanti akan keluar gambar kedai ni so that lagi senang nak cari selain guna waze ataupun google map ;)

 

ABC yang ada aiskrim @ ABC special ni harga dia rm5, untuk ABC biasa rm4. For me, price is quite okay sebab sedap! Serious! Paling sedap part warna kuning tu sebab rasa jagung yang sedap nauuu T_T Oh, sebenarnya boleh ja nak mintak ais jagung ja tapi tak stated dalam menu, kite tau pun sebab nampak ada yang order hihi. Bolehla kalau nak repeat lagi kedai ni inshaAllah! 

* kedai ni offer steamboat dengan harga rm22.50 untuk dewasa. Berpatutan bagi kite sebab susah dah nak jumpa harga gini dekat tempat lain.

Saturday, 7 November 2015

Resepi : Paru masak berlado

Antara lauk yang simple + inshaAllah sedap sampai suami puji. Bahan pun simple je ;)

Bahan A
- paru {ada yang panggil lampung}
- garam
- kunyit

i. Hiris paru ikut ketebalan yang disukai
- kite suka tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal, just nice purpose dia nanti senang nak makan je hihi :p
ii. Gaul paru bersama garam dan kunyit
iii. Goreng paru hingga garing dan ketepikan

Bahan B
3 biji Cili masak
4-5 biji cili padi {optional : tambah kalau nak rasa pedas sedikit}
1 inci belacan
Sedikit garam
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1/4 kiub ikan bilis

i. Tumbuk kesemua bahan hingga lumat.

-----------------------------------------------


i. Panaskan kuali dengan sedikit minyak
ii. Masukkan bahan B dan tumis sebentar
Tambah sedikit air - ini optional bagi yang taknak hidangan mereka terlalu kering
iii. Masukkan bahan A iaitu paru yang sudah di goreng terlebih dahulu sebentar tadi
iv. Gaul rata kedua dua bahan tersebut hingga mesra
v. Dan hidangan sedia untuk di hidang!

* selamat mencuba ya :)


Saturday, 17 October 2015

Haze vs Health

Salam alaykum salam tahun baru 1437H semua 🌸

Kite baru balik dari shah alam last few days to attend majlis nikah & resepsi along kite untuk belah perempuan. Masa sampai sana the API for haze starting to rise back. Totally different daripada kelantan sebab kelantan jerebu tak teruk langsung. Dekat sana all u can see is blurred building because everything were covered with haze. Masa dekat shah alam tu, me and my husband pulak asyik keluar masuk rumah sebab we have to settle few things plus we need to buy meal for my family members. Masa tu, dengan haze teruk badan tak cukup rehat, you can see 2 zombies walking around shah alam haha :p and 3 days rasa kejap gila because we need to go back to kelantan.

Sampai je kelantan, the next day start sakit tekak. Kite suspect because of haze. Sampai harini, which is hari ketiga kite batuk teruk. For an asthmatic person, batuk is a big no no bcs it leads to asthma. Sesak nafas is teribble, you can't breath properly and u can't even sleep T_T haze totally make my health condition down the drain. Poor hubsy sebab dia pun tak sihat sangat but he need to run few errands sebab kite memang bedrest sepanjang sakit. Sorry T_T 

so yeah, "Thank you" haze, you totally made my day :/

* Soft reminder.. When people keep talking about haze, not because it is trending for fun. Jerebu memang teruk dan jejaskan kesihatan. Haze is bad. Lagi teruk untuk babies, small kids, elder people and to asthmatic person. Be safe, and take a good care people! Wear face mask if it is necessary okay? Stay indoor to be safe ;)