Friday, 14 August 2020

Tutorial: Cara register MySejahtera untuk premis perniagaan

 Assalamualaikum 💗

So yesterday i kena daftar MySejahtera for my company. I had no clue on how to register, I just googled to find any related articles that can help me with the registration. But none can provide me to register easily. Since harini im a bit free, i nak kongsikan cara termudah untuk daftar dalam website MySejahtera. I tunjuk step by step with pictures so it will be much easier for you to refer 😉

Lessgo!

1. Buka laman web: MySejahtera

2. Scroll ke bahagian bawah website, dan akan nampak seperti gambar yang tertera di bawah. Klik daftar.

3. Pilih samada mahu menggunakan nombor telefon ataupun email untuk mendaftar.

4. Selepas tekan butang register, skrin anda akan tertera seperti paparan dibawah.

5. Since i daftar menggunakan email, i buka email untuk dapatkan link yang dihantar. Klik link tersebut untuk meneruskan sesi pendaftaran.

6. Masukkan kesemua maklumat berkaitan seperti nama premis, alamat premis dan juga nama person incharge untuk pendaftaran MySejahtera.

7. Setelah selesai, anda akan mendapat QR code seperti paparan di bawah.

8. Sekiranya anda mahukan soft copy QR code untuk simpanan, masukkan alamat email dan klik butang email me. Dalam beberapa minit, email akan sampai untuk simpanan anda.

Itu sahaja. Mudah kan?

Never thought the process will be this easy😅 Selamat mencuba!

Monday, 10 August 2020

JJCM: Milo Ketagih Puchong

 Assalamualaikum 💗

Last sunday balik dari hotel, we singgah puchong to bought something. Bila dah settle, my husband took out his phone and started to look for direction untuk balik rumah. I panggil my husband and I buat sengih ada maknaaaa.. He said nak pergi mana?  I told him lets go tapau something. He said to me "dah agak dah mesti nak singgah memana and asked me the name of the place.😂

Sebenarnya I suddenly craved for something sweet (no no bukan pregnant) eventho I tengah sakit kepala gila at that time. I googled for something sweet to eat (since that time tengah panas rembang) way way before sampai puchong and there were 2 spots in my list. Efficient bukan? 😋 From that two choices, I opt for Milo Ketagih and Laksa Telur Goyang. If you guys remember, ada satu masa ni this milo became a hype to everyone. Masa tu i pernah rasa sekali but it was just okay. Takda any spark for me untuk repeat balik. Suddenly last few days tekak teringin. Boleh gitu? 😆


Lokasi kedai ni betul betul sebelah Caltex Puchong yang ada family mart tu. MashaAllah setiap masa lalu sini but never knew about this kedai before. Ada dua menu dekat kedai ni. So I tapau one milo and one laksa.

Milo ketagih: RM 5 / Laksa telur goyang: RM 6


Each milo ketagih order got one big cup of milo concentrated like above. Seriously banyak gila ya, penuh one big plastic for takeaway.

See this. Each takeaway dapat one big cup of milo concentrated. i would say it worth my money.

This is the close up of the stall. Kedai ni bersih sangat. Amazed betul with how they take care of everything. if I were to sell this kind of menu, mesti melekit like everywhere. hehe. so kudos to them!

Kacang dan chocolate rice as the topping! Banyak betul diorng letak dekat atas milo ni. Sebagai peminat kacang, you win my heart gitu 😋

Masuk kereta i cepat cepat bukak and rasa. Hence no closeup picture for this haha. Definitely to my liking! Sesedap rasa when u mix everything together. Tak manis sangat pun. But since i suka makan without kacau all together, it became extra sedapppp! Serious. you should give it a try!

For penggemar manis macam i, I rate it 4.5/5 🌟

Waze: Milo Ketagih Puchong.

p/s: Laksa oso taste okay. I bagi 3.5 out of 5. 

Thursday, 6 August 2020

Halal lesson: Cara nak identify halal logo tu legit atau tidak.

Assalamualaikum. 💗

Since i dapat banyak soalan mengenai Halal, i cuba update here sikit sikit so everyone can learn as well oki?

Today i nak share on Halal logo. 

I bet everyone mesti tertanya tanya everytime nampak halal logo selain dari halal Jakim dengan Halal korea (KMF) kan? hehe.

I am sure yang everyone aware tentang halal logo korea since kes Samyang haritu. Sebab ada some yang makan without the logo, bila others create awareness on Korea punya halal logo everyone started to notice and acknowledge about it.

These are among the questions bila kita jumpa halal logo yang pelik sikit

- Boleh makan ke kalau halal logo macamni?
- kenapa halal logo ni pelik
- kenapa tak pernah jumpa halal logo ni?

Okay, Kalau u tengok gambar makanan dekat bawah ni. Agak agak, is the logo legit? 



This is another one.

Kenal tak this famous kulit asam? Sedappppp! 😋



If u look closely you will noticed that both halal logo are different. One halal logo is from Taiwan, and another one is from Shandong (China).

Serious question: If you happen to stumble with this logo, will you buy this product?

I won't.... if u ask me 1 year ago. haha. sebab bagi i kalau logo tu pelik and i tak pernah jumpa buat i rasa was was and i takkan cuba makan.

But now everything dekat hujung jari je. If you happen to feel ragu ragu, you can always check whether the halal logo is certified by jakim malaysia ataupun tidak thru this link here ------> JAKIM MALAYSIA

Jum i share cara nak cek halal logo:



1. Bila buka link di atas, akan tertera home macamni


2. Scroll sikit ke bawah, akan ada list negara negara. I choose china.


3. ....and from here, you can see yang halal logo Shandong China is certified halal body by JAKIM.

Senang kan? 

Sometimes we tend to buy bila nampak halal logo yang nampak kompleks sebab nampak more legit than the simple one. Betul tak? But that is not the correct way tau. Definitely a no no. Pls be aware dengan shape of the logo as well, sebab the fake one sometime beza sikit je with the original one.

I hope this helps. InshaAllah lepasni boleh membeli tanpa ragu ragu 😘

p/s: let me know if ada yang still tak faham oki.

Tuesday, 4 August 2020

Review: Himalaya Neem Range set

Assalamualaikum 💗

Sejak dua menjak ni, kesihatan kulit wajah semakin merosot. Mula mula tu macam tak kisah sangat sebab fikirkan perubahan hormon ke cuaca ke. Mesti sekejap je lah.. Selalu memang macamtu. Tapi baru baru ni eh eh lain macam pulak “kawan baru” ni muncul. Terus perasaan insecure datang. Dari tak kisah terus jadi kisah! Haha. Oh perempuan..

I dok mencari set yang boleh membantu I merawat serangan jerawat secara tiba tiba ni.

Nasib baik Himalaya Neem Range set datang pada masa yang tepat! 

Bila i baca review tentang produk ni, i wonder how good it can be to my skin.


Sebelum i go into details, i nak share.

Yang bestnya tentang set Neem ni, ia bersifat anti bacteria, anti fungal dan juga anti viral. Menarik kan? I tertarik sungguh bila I baca ia boleh membantu dalam membersihkan jerawat dimuka di samping menghalang pertumbuhan kembali jerawat. This is something that I am looking for sebab jerawat dok tumbuh dekat kawasan yang sama je lately 😞

Anyway.. 

Jom I share tentang produk di dalam set ni dengan lebih detail dekat bawah!


1. Purifying Neem Face Wash

Ramuan: Neem (pokok semambu) & Kunyit

Ia membantu merawat luka tanpa sebarang infeksi dan juga iritasi juga membuat kulit terasa lebih lembut.

Cara penggunaan: basahkan muka dan urut secara lembut di seluruh wajah sebelum bilas dengan air

Harga: RM 26.61


2. Purifying Neem Face Pack

Ramuan: Neem (pokok semambu), Fullers earth (sejenis tanah liat yang digunakan sebagai ajen pencerah kulit) & Kunyit

Ia membantu mengawal lebihan minyak dan membersihkan pori yang tersumbat.

Cara penggunaan: ratakan dimuka dan biarkan beberapa minit sebelum bilas.

Harga: RM 26.61


3. Nourishing Skin Cream

Ramuan: aloe vera & winter cherry

Menyediakan kelembapan yang berpanjangan dengan khasiat yang mendalam.

Cara penggunaan: ratakan di kulit wajah selepas penggunaan toner.

Harga: RM 16.11


4. Acne-N-Pimple cream

Ramuan: Barbados aloe, silk cotton tree & five-leaved chaste tree

Membantu merawat jerawat dan infeksi kulit dan memastikan kulit dalam keadaan lembut dan rata dalam masa yang sama. Sesuai digunakan untuk kulitan yang mempunyai lebihan minyak dan membantu merawat infeksi dan inflammasi.

Cara penggunakan: aplikasikan di kawasan yang mempunyai jerawat/ bermasalah.

Harga: RM 26.12


5. Lip balm

Ramuan: Wheatgerm oil & carrot seed oil

Melembabkan bibir yang kering dan pecah

Cara penggunaan: pada bila bila masa yang diperlukan

Harga: RM 12.27


6. Skin Wellness

Ramuan: Neem (Daun semambu)

Membantu kulit wajah untuk kelihatan cantik dan sihat. 

Cara penggunaan: 2 kapsul sehari dua kali (3-5 hari) dan 1 kapsul dua kali sehari. Pastikan minum air secukupnya dan kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan juga pedas.

Verdict:

For these past weeks, i rasa serasi dengan produk ini. Takda rasa tak selesa, mahupun rasa panas bila i aplikasikan produk ini dekat muka. Seriously I suka betul bau produk ni! Jerawat i pun dah mula mengecut. Harapnya after another few weeks kulit wajah i akan getting better and healthier inshaAllah 😄

So, experience korang macamana? 
If korang counter problem sama macam i and taktahu nak buat macamana, you can try this range oki?

p/s: Korang boleh dapatkan produk ni secara loose pack ya. inshaAllah senang je nak cari. Boleh dapatkan di watsons, guardian lazada ataupun dari kedai Himalaya sendiri.

p/s: Harga yang tertera melalui Watson online ya 😀

#KulitSihatBebasJerawat
#HimalayaMalaysia
#NeemPower
#HimalayaNeem
#HimalayaNeemViral

Thursday, 30 July 2020

PG Mall 8.8 Sale!

Assalamualaikum 💗


Pernah dengar tak tentang PG Mall? 

Kalau nak tahu benda best PG Mall nak tawarkan, baca entri ni sampai habis oki?

Untuk info, PG Mall merupakan satu satunya platform lokal e commerce di Malaysia! PG Mall di tubuhkan sejak 2017 lagi. PG Mall juga tersenarai sebagai 3 yang teratas di laporan Iprice insight https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ wohoo tahniah! I sendiri taktahu about this before. Korang mesti rambang mata sebab banyakkkk sangat barang yang dijual. From kitchenware sampai lah ke baju kanak kanak. Seriously rambang mata! 

Untuk maklumat lanjut mengenai PG Mall, korang boleh layari laman web www.pgmall.my.

Jangan risau… PG Mall terima pembayaran dari semua jenis e wallet dan perkhidmatan pembayaran secara atas talian. Jadi, takda sebab untuk risau!

Korang tahu tak tak lama lagi PG Mall akan adakan sale secara besar besaran?


1. MEGA 8.8. PRE SALE from PG Mall! 
 
Bermula dari 3 hingga 7 Ogos 2020, terdapat pelbagai tawaran menarik harian dari serendah RM8 je! Best kan? Jom check out PG Mall daily starting from next Monday 3/8. 
RM 5 diskaun untuk pembelian minimum RM38 (untuk pengguna baharu) 
Rm15 diskaun untuk pembelian minimum RM 88 untuk semua pengguna (pengguna baharu dan lama)

Untuk maklumat lanjut boleh layari Website link: https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign oki?


2. MEGA 8.8 PG Mall
 
Kemuncaknya pada 8/8! PG MALL MEGA SALE akan bermula dengan pelbagai . 
8% Off , Discount up to RM88 with minimum purchase spending off RM 188
RM5 Off with minimum spending RM38 (applicable for new user only) 
RM 15 Off with minimum spending RM88 (Applicable for existing and new user only)

Website link : https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign

Jom add to cart siap siap! Tak sabarnya!


Guys, jangan terlepas peluang keemasan ni. Jangan lupa gunakan Maybank QRPay untuk dapatkan tawaran eksklusif bermula sekarang hingga 31/7/2020. Diskaun RM5 akan diberikan dengan menggunakan kod “FLASH”.
 
Shop now! https://pgmall.my/home

Untuk lebih lanjut, lawati laman di bawah ya!

Website: www.pgmall.my 
Facebook:www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Maybankqrpay #Mae #Mega88 #PreSales #eighteight #PresalesParty #PGMall4u #Cashback #points