Saturday, 27 November 2021

Harm Reduction: Pernah dengar tak?

Assalamualaikum πŸ’— 

Harini nak berkongsi tentang Harm Reduction atau lebih spesifik tentang "Tobacco Harm Reduction", pernah dengar tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel di bawah ni oki. 

Harm Reduction ataupun Pengurangan Kemudaratan. 

Ia merupakan satu prinsip dalam memberikan alternatif disamping membenarkan pengguna untuk mengambil langkah yang lebih komprehensif tanpa membelakangkan fakta. Tak kisah dari sudut untuk mengurangkan ataupun menghapuskan aktiviti yang memudaratkan seseorang mahupun satu kumpulan.  

Mengikut Harm Reduction International (HRI), pengurangkan kemudaratan dikaitkan dengan pelbagai topik kesihatan dan praktis masa sosial masa kini. Ini termasuklah merokok, pengambilan ubat ubatan, pemakanan dan sebagainya. ini juga untuk membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah positif dalam hidup mereka. 

Dengan pengurangan kemudaratan, pengguna tidak akan terdekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif baru demi kesinambungan kehidupan mereka. 

Dalam banyak banyak kemudharatan yang disebut, artikel kali ini nak fokus kepada si perokok. Jadi, apa itu Tobacco harm reduction (THR)? Ia dipercayai sebagai satu langkah alternatif untuk mengurangkan kadar tembakau yang digunakan oleh si perokok atas sebab menghilangkan nikotin (yang dihasilkan daripada tembakau) secara keseluruhan adalah sesuatu yang sukar dicapai. Jadi, misi utama pengurangan kemudaratan tembakau untuk membantu si perokok untuk bertukar ke satu alternatif baru kurang berbahaya. 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, proses menegur perokok untuk mengubah tabiat mereka itu bukanlah mudah. Malah ia merupakan satu situasi yang melibatkan emosi dan juga tenaga yang berpanjangan. Tanpa sedar si perokok, mereka sebenarnya menjejaskan kesihatan orang disekeliling atas aktiviti mereka itu. Malangnya, fakta sebegini tidak menggoyahkan si perokok untuk meneruskan aktiviti ini atas sebab "ketagihan". Pernah dengar rokok mengandungi tar? Saya pasti ramai dalam kalangan kita pernah dengar benda sebegini. Ia bukan sebarang omongan kosong. Ya, Tar itu ada. Tar itu memang wujud sebagai salah satu bahan dalam rokok. Cumanya, bukanlah Tar jalan raya seperti yang dimomokkan oleh orang ramai. 

Ia mengandungi Tar yang membuatkan gigi dan jari jemari si perokok bertukar menjadi kuning. Untuk yang hidup bersama perokok, pasti boleh nampak perubahan ketara ini pada mereka. Boleh lihat lanjut gambar di bawah informasi yang lebih lengkap mengenai Tar 😊


Jadi, apakah langkah alternatif yang boleh kita cuba lakukan?

Sekiranya masih memilih untuk menggunakan rokok tembakau, sila pastikan sisa asap dicuci. Bagaimana caranya? Selepas merokok, pastikan kawasan sekitar di lap bersih dan baju yang dipakai di basuh dan ditukar sebelum berjumpa orang ramai. Ini kerana, sekiranya asap rokok dan debu terdedah kepada orang lain, ia bakal mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Sila pastikan juga lokasi merokok jauh dari orang ramai. Ia bakal membawa masalah kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok secara terus dari si perokok. Ia dikenali sebagai "perokok pasif". Bahaya kan? Sila sayangi yang tersayang ya. Jadi mungkin lebih baik untuk beralih kepada alternatif yang tidak melibatkan proses pembakaran seperti contoh rokok elektronik atau ‘heated tobacco’. Memandangkan alternatif yang disebut ini tidak melakukan aktiviti membakar, (ini kerana hanya wap atau ‘vapor’ yang dihasilkan bukannya asap yang berbahaya seperti karbon monoksida), ia akan mengurangkan kadar bahaya kepada diri si perokok dan orang sekitarnya.  

Jum saya kongsikan beberapa contoh alternatif yang boleh dicuba!

E-Cigarettes (contoh: Vape, vape pens, e-hookah, e-pipe, e-cigars)

Ia adalah sejenis alat yang dioperasikan menggunakan bateri tanpa kehadiran tembakau. Dengan memanaskan sejenis cecair, yang mengandungi bahan seperti bahan kimia, perisa tiruan dan juga nikotin. Tapi sekiranya ingin memilih cecair tanpa nikotin, ia juga turut ditawarkan.  

Heated Tobacco Products (HTPs) (contoh: IQOS, Ploom TECH, PAX, Glo) 

HTPs are peranti yang menggunakan sistem pemanas berkuasa bateri untuk memanaskan tembakau untuk menghasilkan nikotin. Tidak seperti rokok, HTP tidak membakar tembakau, tetapi seperti namanya, memanaskannya sebelum membenarkan ia mencapai titik pembakarannya.

Nicotine Replacement Therapy (NRT) (contoh: Nicotine infused products such as gum, patches, lozenges, inhalers)


Kaedah yang biasa digunakan, diluluskan dari segi perubatan yang mentadbir nikotin kepada pengguna tanpa bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam tembakau. NRT datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan bentuk, direka untuk membantu mereka yang berhenti merokok - terutamanya mereka yang mengalami gejala pengeluaran nikotin yang teruk. NRT boleh didapati secara meluas di farmasi.

Smokeless Tobacco (Contoh: Snus, snuff tobacco or chewing tobacco)

Tembakau tanpa asap membekalkan nikotin tanpa pembakaran tembakau dan ditadbir sama ada secara lisan atau hidung. Oleh kerana ia tidak melibatkan pembakaran tembakau, oleh itu tidak menimbulkan resiko tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan. tanpa penyedutan asap, tembakau tanpa asap secara amnya dianggap kurang berbahaya daripada menghisap rokok - walaupun, ketagihan.

Dengan beberapa alternatif yang tersedia, perokok mempunyai peluang yang banyak untuk memilih pilihan yang mana untuk membantu mereka mengurangkan bahaya tembakau dalam hidup mereka. Paling utama, pilih sesuatu yang kena dengan pilihan dari segi tekstur, rasa dan juga pengalaman menggunakannya. Jangan risau, kerana kesemua pilihan yang disebut di atas, mudah didapati di pasaran kini. Sebelum lebih banyak lagi penyakit yang akan dikaitkan dengan si perokok, sekarang merupakan masa yang sesuai untuk berhenti merokok. Anda pasti boleh! Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website HAA’s website (https://haahub.com.my) #TobaccoHarmReduction

Untuk info yang lebih lanjut, sila layari website  HAA’s website (https://haahub.com.my

#TobaccoHarmReduction

Tuesday, 23 November 2021

Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka

Assalamualaikum πŸ’—

Lama tak singgah menulis dekat sini. Kerja hakiki dekat ofis menimbun tak sempat mak nak tarik nafas. Lepas satu satu kijo mak kena settle ngalahkan boss. Eh. Membebel sini pulak eh ko. Haha. Niat asal nak sambung cerita ke melaka. Apa pulak la sis makan kali ni eh. Setiap kali ke Melaka, list kedai makan panjang berjela sampai husband i amazed cmenae i boleh dapat senarai kedai makan ni haha. Kalau berjalan dengan sis confirm takkan blur nak makan mana πŸ˜‹

Anyway.. Kalini try makan Asam pedas Perhentian Ujong pasir, Melaka. Recommended by my contest friend Seha. Thanks babe!

Sebelum ni i singgah kedai ni tapau kuih je. Banyak gila choices kuih dekat sini. Penggemar kuih melayu macam i dengan icha memang suka laaaaa. Siap rambang mata haha. Cumanya.. Tak pernah perasan langsung asam pedas dekat kedai ni walaupun setiap kali dtg kedai ni memang penuh dengan manusia. Ke sis memang sejenis tak pandang kiri kanan eh?! πŸ˜… So lepas dapat suggestion, i ajak husband lunch sini. Musim musim covid ni, i takut sikit nak makan kedai yang ramai org. Kedai ni on that day memang cramped with people. Maka moh le tapau makan dekat hotel je oki.

Jemput tengok menu of the day:


Nasi putih
Asam pedas daging tetel
Asam pedas ikan pari
Kangkung belacan
Ayam golek 
Laksa (beli dari kedai lain tapi tak sedap sis emo)


Ni asam pedas ikan pari. MashAllah sedapppp. Kena dengan tekak kami. Takda rasa asam pedas yang pelik (which i cannot explain in words lah asam pedas pelik tu macamana tapi kalau korang makan asam pedas tak sedap mesti emo haha). Ikan pari sedap and fresh! I always terkena ikan pari rasa weird tau. So dekat sini i bagi tambahan bintang dekat ikan pari  hehe. Cukup rasa masam pedas semua. Korang boleh try k!


Lagi satu asam pedas we try was asam pedas daging tetel. This one was mine. Sebenarnya i nak asam pedas telur mayong sadly dekat sini takda jual. Kempunan i sampai today (kena repeat melaka lagi ni nampak gaya πŸ˜†). Anyway asam pedas ni pun sedap. daging dia cair dalam mulut gitu. Lembut and kuah dia pun sedap. 

If I kena choose between these two, I akan choose daging tetel lah. Love it!

Oh lupa, lepastu i ada add on sayur. I order kangkung belacan. Yang i dapat was sedikit kangkung with sedikit kobis dan carrot. More like sayur campur to me. Portion dia pun sikitttt. Tapi sebab the taste was okay, and we weere hungry habis di makan walalupun dok wonder haha.

Sebenarnya i dah tak ingat berapa harga semua ni in total. Tapi owner ada tampal siap siap dah harga dekat kaunter kedai masa nak order. So bolehla refer siap siap oki. We definitely will repeat incase ada telur mayong in the future. If not, kena makan kedai lain lah. Sebab melaka ni ada beratus kedai asam pedas nak kena try. kalau asyik repeat the same kedai rasa rugi pulak trip ke melaka. Logik kan? Siapa boleh relate macam i? πŸ˜†

p/s: Ayam golek beli dekat stall di kedai perhentian ujong pasir jugak. Kedai ni ada konsep stall stall kecik. I beli ayam golek dekat pakcik ni. Murahh tapi i lupa harga....again haha. I ambik ayam separuh and it was so good. Juicy betul ayamnya. Sedapppp. Berbaloi beli! This one oso can try oki.

Thursday, 28 October 2021

Ikan Bakar Alai, Melaka.

Assalamualaikum πŸ’—

Semenjak dah try makan seafood on our last trip to Melaka, we (read as I :p) ketagih pulak nak makan again. So I make sure to eat seafood lah for this trip eventho hubs cannot eat seafood hehe. Kalau nak baca my previous seafood experience in Melaka can read at the link here oki: https://sarafiz.blogspot.com/2020/11/jjcm-melaka-muara-sungai-duyung.html

Kali ni i nak try out new place yang dikatakan famous jugak di Melaka. Bila I google, it turns out ada other few choices yang best. 

Anyway.. I didn't even know why on earth that I choose this place out of many ahahah. So apa nama tempatnya? Ikan Bakar Alai, Melaka.

Ada banyak kedai makan around this area. Dia macam food court style. Mula mula tu i tak perasan sangat kedai ada banyak.. bila dah kena tarik masuk satu kedai ni baru i notice πŸ˜… bahagian luar bersusun kerusi, and bahagian dalam ada bangunan macam foodcourt with places for the shop to cook the seafood.

Macam biasa, seafood kena pilih and timbang. Kedai i makan ni takda option ikan pari ke ikan kembung ke. Memang ikan atasan je dia letak. So i ambik siakap lah. Itupun siakap semua besaq gila. Mintak paling kecik pun takda. Dok risau gimana nak habiskan makan siakap sebsaq alam itu. Makanya redhoooo konsepnya. Lepastu i ambik sotong 2, udang 6 ekor campur kailan satu.

 Jum tengok gambar oki! 

Whole menu spread for that day

Kailan kosong. Takda any garnish kecuali bawang dan sos tiram? Tak berbaloi bagi i. Huhu.

Sotong goreng tepung berharga RM36/ 2 ekor size penumbuk. Kalau tanya i, mahai lah. Tapi sebab yang sampai dekat i sotong goreng tepung bukan cekodok sotong, i bagi lah star for that hehe

Ikan siakap; half i request masak stim. This one sedap! Kuah dia cukup masam pedas and all. Cuma icha kenot go sebab spicy for her haha shiann anak ibu

Udang goreng butter? I rasa ni macam udang nestum instead of butter. okaylah... RM 24/ 6 ekor udang

Another half ikan i request for bakar. Masa mula mula ikan sampai togel kosong takda any sambal. Rupanya kena mention ya kalau nak bakar sambal. Ni pun i mintak dia add sambal. Sambal dia tak sedap. Sekian.

Buah potong RM 10. Okay lah bolehla buat kudap kudap sementara tunggu main dish sampai. Portion besaq kami siap tapau bawak balik.

For us, total makan all tak termasuk buah is RM 92. Harga ni memang lauk dekat atas ni dan nasi putih 3 plate sahaja. Air masak je we ordered. Kalau tanya i, macam kena ketuk pun ada. Sebab masa nak timbang tu i tak tunggu situ terus duduk sebab dia suruh duduk terus. Tapi bila i bagitau my mom harga makanan yang kami makan is RM92 her reply was eh okay la harga tu.

---- and i terus senyap hahahaha.

in conclusion, Ikan Bakar Muara Sg Duyung >>>>>>>>>>>> than this one. Maybe i tersilap pilih kedai. Maybe ada je kedai ikan bakar hat sedap and worth it dekat Alai. Sadly i tak merasa that. 

Mungkinkah akan ada penggembaraan seafood lagi on the next visit? Kita sama sama nantikan oki! 😝

Tuesday, 26 October 2021

Hotel Rosa, Melaka : Deluxe King Room

Assalamualaikum πŸ’—

Berakhir sudah our yearly trip to Melaka. Coming here have been our yearly tradition since icha smol. Sebenarnya.. We should come here early this year tapi disebabkan restrictions due to covid 19 terus drag. We plan for the visit on this coming November awal awal tu.. tengok tengok ada election pulak.. Maka i call the hotel untuk change the date AGAIN. Nasiblah di layan... Maka trip ni sesungguhnya last minit amat. Dapat confirmation on Friday, Saturday terus shoot ke melaka lepas kerja.

Bak kata my husband, #rentasselagiboleh πŸ˜‚

We choose this hotel sebab tertarik with the interior. Boleh dapat good bargain kalau beli thru shopee.

Link: https://shp.ee/km9rxc7?smtt=0.0.3

Harga yang ditawarkan for 2 night in shopee is actually one night kalau beli in any other website. So, bolehlah cuba this hotel oki. The check in process was smooth. They asked for my name and voila terus boleh check in. Bear in mind ya, kalau check in on weekend ada surcharge RM 100 tak kisah la check in for how many days. I bayar RM100 for 2 night stay. Pihak ROSA even ada remind dalam email masa nak book about this surcharge. Even masa nak purchase voucher thru shopee pun ada mention this tnc.

Okay jum layan gambar bilik yang we booked during our stay.

Icha was over the moon with the room

From the other side of the room

Hubs said: Numbering ni macam squid game kan?

Toilet overview

Shower overview

We were so happy with our stay. Bilik bersih, no weird smell and they even cleaned our room eventho we didn't ask them to. Maybe to some akan rasa they breach privacy.. to us we were happy! haha. Mula mula we contemplate to let them clean our room sebab MALAS. Boleh? Plus tak kotor mana pun. Tapi bila balik je bilik during zohor tu tengok bilik dah dikemas. Sengih happy la kami, hehe.

Okay jum i share some of the interior picture of the hotel oki.

Reception area; located at the 1st floor of the hotel

+ cafe. We ate here for dinner and it was delish! wajib try oki! they are Halal Certified! wohoo!

Bawah ni cafe area. Malam malam lagi cantikkkk

From 6th floor. 

ROSA provide a breakfast buffet for their customer as well. Kalau tak silap i, RM 31-32/ pax. So bolehla cuba kalau berminat. We didn't opt for that choice sebab nak makan breakfast dekat luar. Sadly for those two days stay, we didn't even manage to try out the famous breakfast pun haha. Ni memang petanda kena datang lagi tahun depan πŸ˜‹

Sebelum i lupa, ROSA ada sediakan parking for their customer oki. So janganlah risau kena parking merata rata ke apa ke kan... and its free! Yay. I bagi sepuluh bintang for this perks. Sebab parking nya takyah berpusing pusing ke basement or ke langit.. memang di ground floor level je. So easy!

p/s: Another 10 brownie point for ROSA sebab sediakan iron dan iron board siap siap dalam bilik. Untuk someone yang memang wajib guna iron during travel, this one sememangnya extra love i bagi hehehe.

Thursday, 21 October 2021

Tunaikan cek di mesin ATM; Kena sign dekat cek ke tak eh?

Assalamualaikum πŸ’—

Disebabkan semalam i baru pergi cash cek di kaunter, maka nak share here cara cara untuk cash kan cek di bank. Semoga post ni membantu korang yang blur blur macam i. Macam macam eh dalam fikiran. Risau duit hilang lah, salah buat lah apelah. Nervous kemain. Luckily all went well and dah settle! Yay. So jum i share here langkah langkah untuk tunaikan cek di bank pilihan anda oki πŸ˜„

First thing first masa dapat cek, sila semak nama korang ya. Pastikan ejaan nama penuh dan amaun (RM) pada cek adalah amaun yang betul. Sebelum ni i dapat cek yang ejaan nama i salah. So i kena return and wait for a new one. Nak tunggu cek baru punyalah lama.. hampir terlupa dah sebab nearly setahun πŸ˜…

Anyway, lepas dah periksa cek semua okay.. Bolehla tulis nama di bahagian belakang cek. Pastikan nama sama dengan bahagian hadapan cek ya. Isikan juga no akaun bank dan no telefon. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek di tendang. Kalau cek tendang habislaaaa hampaaaa.. 

YANG PENTING SILA SIGN CEK ANDA OKI. 

Part ni la i paling nervous taktau samada kena sign ka dak. Sebab bila baca dari cek tu kalau tukar dari bahagian kotak tu kena sign (ikut fahaman i lah). Tu i dok ulang alik depan bank sebab hesitate whether to sign or not to sign. Last last i pi approach random bank worker yang otw ke kereta tanya. Kesian dia, nervous gila masa i approach tu. Mesti ingat i nak scam dia sebab dalam masa yang sama i tanya soalan tu tangan i dok seluk dalam beg kain tepi i πŸ˜…

Anyway.....

Kalau dapat cek CIMB tetapi akaun bank Maybank, you pergi ke Maybank oki. Sila ke bank yang anda miliki akaun simpanan. Bukan ke bank yang tertera di atas cek ya.

Lepas dah settle isi semua, bolehla pi bank. Sila ke bank terdekat dan cari Cheque Deposit Machine seperti gambar bawah ni:

Masukkan cek anda

Tunggu resit anda.

Sila simpan resit untuk rujukan

Simple macam tu sahaja guys. Selesai je all dah bolehlah tunggu duit masuk ke dalam akaun bank oki.

p/s: Lepas je settle masukkan cek dalam machine terus rasa lega lain maciam. πŸ˜†Simpan sini so that in the future nak cash in cek senang refer to this entri. Hope this entri bantu you guys as well oki!