Assalamualaikum 💗
Hi everyone! Happy monday! So.. Last June i ada share cara nak masukkan duit ke dalam ASB secara online. Kebetulan harini i keluarkan duit from ASB secara online, i share here step keluarkan duit from ASB secara online pula. Jom?
Step untuk keluarkan duit ASB secara dalam talian:
1. Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
2. Klik Log Masuk di bahagian kanan atas. Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna dan klik Teruskan
3. Akan keluar satu frasa keselamatan. Jika ini bukan frasa keselamatan yang anda pilih, jangan teruskan urusniaga. Klik Tidak. Jika ini ialah frasa keselamatan yang anda pilih, klik Ya. oki? Masukkan Kata Laluan anda.
4. Klik menu Portfolio
5 Di hujung sebelah kanan unit amanah, klik butang Transaksi. Pilih Jualan Balik
6. Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
7. Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
Maklumat ini akan terpapar secara automatik: Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
8. Akan keluar satu popup yang menatakan Jualan balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja. Jika bersetuju, klik Teruskan
9. Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
Klik Permintaan TAC, Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan. Klik Seterusnya
10. Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya. Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk
Mudah kan?
Selamat mencuba! 😊
2 comments:
Good info.. tq sharing
Good info.. tq sharing
Post a Comment